Wah panas betul 2 3 hari ni! Betul2 terasa bahang. Dalam rumah dah rasa macam duduk dalam sauna. Maybe sebab nak hujan. Kat luar pun dah ada bunyi guruh tu. Nasib baik la summer dah di penghujung. Xlama lagi dah slowly akan sejuk balik. Lega! Yesterday hubby dah officially keje balik. Cuti Obon tahun ni hubby cuti 6 hari je started from Thursday last week sampai la last Monday. Tapi xrasa sangat macam cuti pun sebab hubby sokmo busy dengan macam2 hal. 3 hari je dia betul2 duk rumah rumah tu pun ada gak la hilang sekejap2. Haih pasrah je la labu! Nak buat macam mana kan. Kalau dia saja2 tu lain la citer memang nak kena la hihi ;P
Hari Khamis cuti bermula hubby g Nagano-shi amik visa and re-entry visas kami yang dah siap. Kuar pagi and lepas Maghrib baru sampai rumah sebab guna jalan biasa je. Jumaat kami dok di rumah je. Sabtu hubby g Tokyo sebab ada hal . Kuar pagi and after Maghrib baru sampai rumah. Ikut highway tapi sebab jauh kan lama gak la nak g balik. Hari Ahad kami dok rumah je jugak. Hubby je g pulangkan buku Ihsan kat library pastu kemas rumah sket2. Hari Isnin baru kami kuar. G Jusco beli groceries, g Daiso beli a few things and lastly singgah Cainze Home. Semuanya beli barang rumah. G Daiso tu sebenarnya nak cari party hat untuk birthday Ihsan Sabtu ni. Tapi xde plak. Xpela xyah la kot. Ingat nak concentrate on buat birthday cake je bagi sedap and cantik, InsyaAllah! 😀

Anyway masa g Jusco tu ada budak sibuk nak jalan. Bising je jerit2 nak kuar dari trolley. Padahal bukannya pandai pun berjalan sendiri lagi. Setakat berdiri tegak tu boleh lah. Mama Papa plak nak cepat2 nak balik xkoser la plak kan nak pimpin budak kecik tu bertatih. Orang sibuk lalu lalang nak ambik sayur. Dah la dia berjalan 2 3 langkah pastu sibuk nak duduk kat lantai. Cepat2 Mama pilih2 sayur. Haa cepat2 la pandai jalan nanti boleh jalan sendiri okay? Kalau dah boleh jalan nanti senang sket petang2 Mama suruh lari kat luar rumah tu. So malam boleh la tdo awal Sekarang ni dia jarang dah tdo awal. Kadang2 tu sama2 dengan kitorang masuk tdo 😀

Hari ni dah 7 Ramadhan. Sekejapan je. Pejam celik esok dah raya. Semalam tdo lewat sebab alter baju raya Ihsan. Besar gabak. Tapi itu pun dah saiz 1. Dah memang paling kecik hihi. Tapi I cuma lipat and jahit jelujur je kat kaki and tangan. Kalau nak potong sayang pulak nanti dah besar langsung xboleh pakai dah. At least kalau lipat je boleh la pakai lagi tahun depan2. Tinggal nak alter baju I plak. Actually baju I tu baju my mom. Dia beli untuk dia la pakai g keje tapi kecik pulak. So dia bagi kat I sebab I cakap nak baju purple. Tapi kalau I pakai besar pulak. So dia dah kecik kan. I cuma tinggal nak pendekkan sket labuh baju tu je. Baju hubby je xyah alter sebab dah just nice.

Xsampai 1 minit pun dia pakai songkok ni pastu dia campak. Tapi hopefully raya ni dia nak la pakai. Excuse sepah2 kat belakang tu ek and lubang kat tingkap tu. Itu memang Ihsan la punya keje. Mama and Papa dah xlarat nak pertahankan tingkap tu.


Masa hubby cuba2 pakai haritu siap dengan songkok and samping dah nampak macam pengantin pun ye jugak hihi. Dia kata dia memang boleh pun nak kawin lagi. Ada lagi kuota. I cakap kat dia ha pegi lah. Nanti I yang tukang siapkan dia nak g kawin haha! Actually tema kami tahun ni purple. Ihsan punya baju warna purple muda. Hubby warna brinjal purple. I plak purple maroon. Tapi kalau nak diikutkan I punya baju xmacam purple sangat lebih kepada maroon. Aiseh dah lari la. Tapi xpela since my mom dah hantar pun so pakai jela apa ada. Lagi pun bukannya nak beraya sakan sangat. Syarat je. InsyaAllah tahun ni kalau raya jatuh on Saturday kami plan nak raya kat embassy then beraya kat rumah Murni 😀

Ihsan ‘tolong’ Mama kemas barang2 yang baru sampai.


Hari ni untuk berbuka I xyah masak. Cuma tambah pape yang patut je hihi 😉 Sebab semalam dah masuk for 2 days terus. Semalam masak kung pau chicken dengan sayur sup suhun fucuk campur kentang, kobis bunga and fish cake. Tadi dah siapkan semua kat dapur tu. Potong buah pear je and susun pinggan segala. Air pun air kosong sejuk je hari ni sebab ada lagi sket baki air green tea botol and teh o. Lagipun dah banyak hari minum air manis. Minum air kosong jela pulak. Kuih muih apa semua xde. Malas dah la nak buat. Sebab hubby sekarang ni jenis makan sikit2 je. Nanti xhabis buat memenuhkan fridge tu je sampai dah xmuat nak menyimpan. Pastu I yang jenuh nak habis kan. Nak makan kuih or kudapan makan jela kuih raya and biskut yang melambak tu. Itupun setakat hari ni I je yang dah sentuh hubby xsentuh langsung pun lagi.

So dengan rasminya I umumkan I xbuat kuih raya tahun ni. Macam la tahun lepas2 I buat pun haha 😛 Sebab kuih ‘tunjuk’ and kuih ‘terbang’ dah siap dah. My mom and mil hantar. My mom hantar instant foods untuk Ihsan sekali dengan barang2 lain yang I pesan including my baju for raya and kuih raya. Sebab haritu kan Ihsan xnak makan. Tapi sekarang dia dah nak makan la. So xpela instant foods tu boleh guna untuk travel, breakfast, snack and bila Mama malas hihi 😛 Mil plak hantar kuih raya and baju raya hubby and Ihsan. So rasa nya memang boleh sangat bertahan sampai raya kuih2 tu sumer 😀 Maaf la ye xdapat nak share resepi kuih raya. Lagipun memang berat hati nak buat sebenarnya sebab leceh oven kecik. Nak siapkan 1 adunan kuih tu siap nak kena divide to a few batches. Lambat nak siap and membazir letrik je. Malas nak tunggu sebab xsuka!

Btw hari tu I ada buat tuna bun ni. Masa tengok kat blog Ibu Aina rasa teringin plak. Pastu ada refer MyR untuk refer gambar. Sedap bun ni lembut je. Tapi sampai hari ni ada lagi baki 1 biji sebab xsempat2 nak makan. Yelah bila dah buka puasa dah kenyang. I sorang je plak pulun makan lagi la lambat nak habis. Seb baik simpan dalam fridge if not dah lama rosak. Ni I copy resepi from Ibu Aina and here is the original link kalau nak refer gambar cara nak shape kan dough tu. Thanks to those yang share recipe 🙂

Tuna Bun

Ataupun bun bunga.


Bahan-bahan (12 biji):
120ml Susu segar
50g Telur (I guna 1 biji)
300g Tepung roti
3 Sudu besar gula
1 Sudu kecil garam
60g Butter
1 Sudu kecil dry yeast

Topping:
2 Tin tuna
1/2 Biji bawang besar
Mayonis
Cheese

Cara-cara:

  1. Masukkan semua bahan untuk buat roti ke dalam breadmaker. On kan. Tunggu siap
  2. Bila dah siap, keluarkan angin dan bahagikan kepada 12 bahagian. Buat bentuk bulat dan rehatkan selama 10 minit.
  3. Buat bentuk panjang lebih kurang 30-35cm dan buat macam bentuk ikatan.
  4. Buatlah silang-silang sampai bertemu kedua-dua hujungnya. Buat sampai habis roti. Biarkan naik 2 kali ganda.
  5. Sapukan roti dengan telur. Campurkan tuna, bawang, cheese dan mayonis. Letaklah dibahagian tengah roti.
  6. Bakar dalam oven dengan suhu 180C selama 10-12 minit.
Okay lah selamat berbuka untuk hari ni! Korang berbuka apa hari ni? 😀

7 Ramadhan

12 thoughts on “7 Ramadhan

  • August 18, 2010 at 9:06 PM
    Permalink

    jom ina kita beraya umah mummy yatie.. hihi.. cam dekat jek..
    datang raya tahun ni umah bersepah gomen tau. haha, camla sebelum ni kemas sgt.
    wowii tema purple ke.. ensem la ihsan nanti..

    Reply
  • August 18, 2010 at 11:48 PM
    Permalink

    Yatie,
    Kalau dkt u xajak pun mmg I dgn xmalu nyer g bertandang tau hihi 😀

    Murni,
    Tula ada rezeki kiter berkumpul beramai2 best gak kan. Xpe paham orang nak pindah rumah. Xpe ke kami nak g ni? If not kami singgah jap je la balik hari 😀

    Reply
  • August 18, 2010 at 11:56 PM
    Permalink

    dah besar dah dia!!!

    ohhhh ahkak memang tak pernah tahan summer di sana hahah harus kuterbang pulang kakakkakaka

    Reply
  • August 19, 2010 at 6:16 AM
    Permalink

    dah nak jalan dah ye ihsan,pasni jenuh berkepung dan kejar ihsan laa plak mamaIna,hihi…
    amboi2 purple ek,mesti comel ihsan pakai baju melayu,nanti upload byk2 ye gambar ihsan…papa ihsan sempat buat lawak plak ye,nak cukup kuota ek,hahaha…
    mmg lately panas sgt kan,tekak ni pun dah sakit,gambarimashou ne!
    raya nanti takmau dtg umah fith ke ina?hihi

    Reply
  • August 19, 2010 at 8:59 PM
    Permalink

    wah seronok lah dpt parcel drpd msia. ni 1st time raya kat jepun ke ina? or dah 2nd?

    Reply
  • August 20, 2010 at 12:21 PM
    Permalink

    Kak Fid,
    Summer kt Mesia tu pn kiter xtahan gak kak. Nak duk belah UK la summer2 pn masih dingin kot kan hihi

    Fith,
    Baju raya dh siap ni Fith jgn tetiba kami raya kt rmh je plak. Tula nnt kalau dh pandai jln jenuh nk kena ikut bontot dia jela plak kan. Haa bukan xmau dtg rmh Fith. Tp kalau dkt dgn xmalu nyer kiter bertandang hihi 😀

    Kak Oyis,
    Haha ni dh 5th time dh kak! Tp this year la baru ada plan nk smbut raya properly. Previous years mmg kami ala2 xsambut pn. Baju raya pn xde. Dolu2 ada la at least buat makan2 tp skrg dh xde org lain so xbuat la.

    Reply
  • August 24, 2010 at 10:14 AM
    Permalink

    huaa rayeee… huk. aku braye KL je thn ni sbb hubby dpt cuti jap je. 9hb blk KL, 12hb blk vietnam. so mmg xdan nk blk kg ganu or kg kulim. tp seb baik famli aku nk dtg teman kitorang kt KL. at least ade la jgk ns dagang ke ns minyak ke rendang bagai ke pagi raya tu. nk hrp aku mmg tak la.. kekekeke…

    Reply
  • August 25, 2010 at 1:46 PM
    Permalink

    Lisa,
    Ok la tu dpt jugak jmpa family. Yg pnting xyah susah2 masak sndiri. Aku ni dh boring makan sndiri masak. Tp terpaksa lor. Tp aku wat simple2 je pun. Raya mcm xraya je pun. If tmpt ramai org tu dpt la rasa sket kemeriahan tu kan.

    Hurin,
    Tq Saffa. Take care slalu ye 🙂

    Reply
  • August 26, 2010 at 1:53 PM
    Permalink

    Permata Hati,
    Haha byk la sgt. Dlm gmbr tu bukan semua kuih. Yg blakang sket tu je kuih. Silap2 xsempat raya dh habis 😛

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge