Assalamualaikum,

Sepanjang join bisnes Shaklee ramai orang tanya saya macam-macam soalan berkaitan Shaklee samada general ataupun isu panas sensasi lagi kontroversi πŸ˜€ Ramai orang nak tahu dengan lebih mendalam hakikat sebenar berkaitan bisnes online Shaklee ni. Tapi ramai juga yang pendam je sebab malas ataupun segan nak tanya. Takut offend peniaga Shaklee? πŸ˜€

Tapi selalunya yang bertanya tu terdiri daripada orang yang bukan ahli Shaklee ataupun yang makan Shaklee pun. Tiba-tiba tergerak hati nak tanya sebab nak cuba produk. Ataupun mungkin juga dah jadi ahli tapi selama ni hanya tau makan vitamin tapi tiba-tiba terfikir nak berbisnes dan nak survey bisnes yang ada. Ataupun bertanya sebab terdengar gossip panas berkaitan Shaklee agagaga ;P

Soalan yang selalu ditanya tentang Shaklee
Ragu-ragu? Tak faham? Confuse? Tak percaya? Betul ke? Banyaknyaa soalan. Tanya je terus kan senang? πŸ˜‰

 

Bagaimana Saya Terlibat Dengan Shaklee

 

Saya sendiri asalnya daripada pengamal produk Shaklee. Family saya memang makan Shaklee sejak saya di universiti. Ke masa masih sekolah menengah? Saya pun dah tak ingat tapi memang dah lama mak ayah saya kenal dan guna Shaklee. In fact parents saya pun pernah berbisnes sampingan Shaklee satu masa dulu. Saya je yang tak nak bila diajak.

Terus terang cakap saya memang SKEPTIKAL dengan Shaklee. Tapi tiba-tiba ditakdirkan satu hari saya terbuka hati nak bisnes. Mula-mula tu saya memang berat hati tapi sebab fikir ok takpelah RM65 je pun nak daftar tak luak pun jumlah tu. Dipendekkan cerita saya re-register dengan upline saya sekarang sebab nak join group dia.

Lepas dah join baru saya nampak macam mana bisnes Shaklee ni sebenarnya. Mungkin ada yang terfikir haa ‘yelah dah join dah puas kena basuh kena clorox sebab tu tanggapan berubah’. Ataupun ada yang fikir ‘yelahhh dah merasa duit banyak’. Kalau ada yang terfikir macam ni memang salah sama sekali lah. Sebab sejak join tak pernah lagi otak saya ni diprogramkan.

In fact lepas join saya ambil masa untuk study pasal bisnes. Upline masukkan saya dalam secret groups. So daripada situ saya gali-gali semua info yang ada. Saya gunakan peluang yang ada untuk akses info-info eksklusif yang banyak bagi pencerahan kepada saya. Daripada situ kemusykilan saya terjawab satu persatu berdasarkan fakta kukuh.

Tanpa gesaan siapa-siapa lepas tu bermulalah episod perjalanan bisnes Shaklee saya. Bila dah yakin memang seronok nak buat kerja kan? Sebab kita boleh letak sepenuh hati dah perasaan dan seterusnya menimbulkan passion disitu. Jadi hari ni saya nak share sikit jawapan-jawapan kepada kemusyikilan dalam benak fikiran korang-korang yang nak cuba bisnes Shaklee tapi ragu-ragu πŸ˜€

 

Pengedar Shaklee Semenyih, Kajang, Beranang, Rinching, Selangor, Malaysia
Pengedar Shaklee Semenyih, Selangor Dan Seluruh Malaysia

Soalan Yang Sering Ditanya Tentang Shaklee

 

1. Betul Ke Bisnes Shaklee Modal Kecil Ataupun Zero Modal?

Ya. Untuk buat bisnes Shaklee mula-mula kena lah daftar jadi ahli dulu. Nak jadi ahli bayarannya RM65 je untuk seumur hidup dan tak perlu renew setiap tahun. Cukup sekadar buat at least sekali belian dalam setahun untuk kekal aktif. Boleh juga mendaftar dengan RM0. Caranya boleh beli produk yang yang nak digunakan hingga berjumlah RM670. Dah layak dapat free membership dan terus layak dapat cash rebate juga! Bila modal kecil risiko rugi pun kecil ataupun zero-risk!

 

2. Jadi Tak Perlu Buat Stok Ke?

Tak wajib buat stok. Suka hati. Kalau nak buat pun boleh ikut budget masing-masing. Sebab tu saya kata tadi tak perlu modal. Kalau ada customer nak order vitamin, boleh uruskan pembelian dia terus melalui online. Nanti Shaklee sendiri terus pos ke rumah customer. Saya mula-mula bisnes dulu pun tak buat stok. Sekarang je baru buat sikit-sikit yang murah-murah je tu pun sebab family selalu makan dan untuk customer yang tinggal dekat-dekat kadang-kadang nak COD urgent.

 

3. Macam Mana Nak Jual? Kena Jumpa Orang Ke?

Macam mana nak jual boleh mula dengan kaedah yang paling kita rasa selesa. Gunakan kelebihan diri sendiri dan peluang yang ada. Boleh buat secara offline atau online. Untuk yang tak suka jumpa orang ataupun tak suka bercakap boleh berniaga secara online melalui Facebook, Instagram, Twitter, blog dan lain-lain. Anak-anak pun tak payah kena tinggal selalu sebab tak perlu keluar rumah. Saya pun sepanjang berbisnes tak pernah lah lagi menjaja daripada rumah ke rumah.

 

4. Tak Reti Dan Tak Tau Macam Mana Nak Bisnes

Bila tak tahu bukannya tak boleh belajar. Sebab tu pentingnya pilih group ataupun leader yang ‘betul’ supaya kita akan diberi bimbingan sewajarnya untuk buat bisnes. Alhamdulillah once dah join saya terus dimasukkan ke semua group-group berkenaan. Memang terlalu banyak ilmu dikongsi bukan mengenai Shaklee je tapi motivasi, keagamaan, tips bisnes dan banyak lagi. Tinggal saya sendiri je kena selalu rajin baca ilmu-ilmu yang tersedia. Bila tak tau terus tanya leader. Senang sangat!

 

5. Shaklee Ni MLM Ke? Kena Cari Orang?

Ya Shaklee ni MLM. Takut dengan istilah MLM? Kalau ye saya confirm anda masih belum faham dengan konsep network marketing. Sebab saya dulu pun macam ni! πŸ˜€ Sistem MLM ni ada pelbagai. Memang ada yang tak betul. Boleh baca siniΒ ada saya terangkan konsep marketing Shaklee. Sepanjang bisnes saya tak pernah lagi cari orang ataupun paksa orang bisnes. Tiada istilah pasang kaki ataupun cari kepala (head hunting). Saya cuma lebihkan fokus promote kelebihan produk.

 

6. Boleh Kaya Ke Buat Bisnes Shaklee?

Pengedar Shaklee datang daripada pelbagai latar belakang. Ada cikgu, lawyer, doktor, engineer, pensyarah dan ramai lagi. Profession macam ni mestilah dah ada income selesa. Betul? Tapi kenapa nak buat Shaklee lagi? Malahan ramai yang dah berhenti kerja dan buat Shaklee sepenuh masa. Potensi bisnes Shaklee setakat yang saya tahu dah ramai yang genggam 5 dan 6 angka sebulan. Bisnes apa-apa pun kalau buat dengan sungguh-sungguh memang boleh tingkatkan taraf kehidupan.

 

7. Kalau Dah Lama Join Lagi Untung La Kan? Income Pun Lagi Banyak Kan? Upline Bolehlah Duduk Goyang Kaki

Bisnes Shaklee bukan skim cepat kaya. Bukan juga skim piramid. Jadi tak kisah lah baru join ataupun dah lama join semua ada peluang samarata sebab sistem Shaklee adil. Dalam Shaklee siapa nak, kena lah berusaha. Tak kisah la samada upline atau downline. Setiap bulan dalam income statement ada pengiraan jelas. Telus disitu sebab boleh tengok ppline tak ambil bahagian downline. Infact downline boleh dapat lebih lagi daripada upline kalau dia lebih rajin daripada upline.

 

8. Shaklee Ni Halal Ke? Shaklee Ni Produk US Kan? Amerika Kan Sokong Israel?

Ya produk Shaklee yang masuk ke Malaysia ada sijil Halal daripada badan bertauliah di Amerika Syarikat dan sijil halal tu disahkan oleh Jakim. In fact produk yang masuk ke Malaysia adalah 100% plant-based bukan sintetik, selamat sebab tiada bahan kimia merbahaya dan terbukti berkesan melalui ujian klinikal yang dah dibuat. Saya tau pernah jadi isu hangat Shaklee dikatakan sokong Israel. Ini salah faham yang sangat besar. Boleh rujuk sini untuk pencerahan dan nilai sendiri.

 

9. Nak Jual Kepada Siapa? Kan Dah Ramai Orang Jadi Ahli Shaklee Dan Buat Bisnes Shaklee?

Produk Shaklee ni produk makan atau guna habis. Bila habis orang akan beli lagi. In fact percaya tak kalau saya kata jumlah ahli Shaklee berdaftar di seluruh Malaysia baru mencecah 1% daripada jumlah penduduk Malaysia. Itupun bukan semuanya berbisnes. Dan jangan lupa setiap hari populasi rakyat Malaysia makin bertambah. Ramai orang nak selesaikan masalah kesihatan dan tingkatkan kesihatan. Ada 99% pasaran lagi untuk pengedar Shaklee teroka dan perkenalkan Shaklee.

 

10. Senang Tak Nak Buat Bisnes Shaklee?

Bisnes mana-mana pun semua ada cabaran dan dugaan masing-masing. Saya dah survey banyak bisnes. Pernah juga terfikir nak lari kepada bisnes lain. Tapi apa yang menyebabkan saya terus stay dengan Shaklee ni? Sebab bisnes ni sangat flexible dan mudah nak urus. Tapi pokok pangkalnya kena tak boleh give up! Kalau belum apa-apa lagi dah kata malas, malu, segan, tak tahu ataupun susah! Memang Β tak senang lah jawabnya. Berbisnes ni memang kena bersusah-payah dulu. Cabar diri untuk keluar daripada zon selesa. Hati kena kental. Sebab hasil memang takkan nampak sekelip mata.

 

Ok cukup lah dulu setakat 10 persoalan yang selalu bermain-main dalam kepala ramai orang. Saya jawab secara umum je. Ini pun dah panjang. Nak penjelasan terang, jelas dan nyata boleh PM saya personally. Saya terfikir nak tulis tentang ni sebab saya tau ramai kat luar sana tengah fikir jalan nak buat duit. Keadaan ekonomi sekarang sangat mendesak. Salah pilih bisnes nanti makin terbeban pulak kan? Jadi saya terdorong untuk beri pencerahan. Semoga dapat bantu mudahkan jalan bagi mereka-meraka yang rasa buntu nak cari jalan keluar daripada kos hidup yang menekan.

Yang pipih tak datang melayang, yang bulat tak datang bergolek. Bisnes apa sekalipun perlu disertakan dengan usaha keras, doa yang bersungguh-sungguh dan pergantungan tawakal yang kukuh dengan tali Allah yang memberi rezeki. Kalau terlintas dihati nak kenal Shaklee lebih lagi, terus contact saya di 019 269 2301. Saya cuba bantu tunjukkan jalan. Saya faham sangat dengan keraguan-raguan yang ada. Sebab saya dulu pun macam tu. Tapi Allah gerakkan hati saya untuk ‘tanya je dulu!’. Itu langkah yang nampak kecil tapi sangat penting. Alhamdulillah saya ambil langkah tu.

All the best dengan jalan dan keputusan yang anda pilih. Jangan fikir-fikir sangat dan banyak buang masa, buat je! Orang kata fast action fast result! πŸ™‚

 

 

Your Preferred Business Mentor,

Hazrina Nasir

ID 951 651

SMS/ Whatsapp 019 269 2301

Email heartilyina@gmail.com

 

Hakikat Sebenar Bisnes Shaklee Yang Ramai Orang Nak Tahu

One thought on “Hakikat Sebenar Bisnes Shaklee Yang Ramai Orang Nak Tahu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge