Assalamualaikum,

Dah 2 hari Anugerah Juara Lagu 29 (AJL29) berlangsung tapi nama kumpulan Caliph Buskers yang nyanyi lagu Romancinta daripada kumpulan MOJO terus trending dalam media sosial. Saya sendiri yang tak tengok pun AJL 2015 tu boleh terjebak dok mencari info berkaitan diorang dalam internet. Inikan lagi kalau yang tengok sendiri persembahan AJL29 hari Ahad malam lepas.

Masa bangun pagi bila tengok Facebook rasa pelik sebab timeline berderet-deret dengan status Qu Puteh dan Romancinta. Owh rupanya ada AJL malam tu. Sungguh ketinggalan. Sejak jadi mak-mak kepada kanak-kanak ribena ni tak sempat lah nak mengadap TV. Anyway, Qu Puteh tu saya tau lah mesti itu penaja. Tapi Romancinta MOJO ni apa plak?

 

Anugerah Juara Lagu 29, AJL29, berlangsung tapi nama kumpulan Caliph Buskers yang nyanyi lagu Romancinta daripada kumpulan MOJO terus trending dalam media sosial, iklan Qu Puteh, kumpulan MOJO, Aweera, vokalis Caliph Buskers Azmi Saat menyanyi, Syabas Edry KRU Berjaya Angkat Martabat OKU Dalam AJL29, dengan pilihan lagu yang baik, suara yang mantap, sokongan muzik yang padu memang berjaya tambat hati sesiapa yang melihat, persembahan diorang diberi standing ovation, orang kelainan upaya, OKU, orang kurang upaya, mengangkat martabat OKU, beri peluang kepada golongan OKU tonjolkan bakat dan kebolehan, perjuangkan nasib golongan OKU, kebolehan luar biasa
Caliph Buskers terdiri daripada golongan OKU penglihatan

Daripada situ barulah tau pasal kumpulan MOJO, Aweera, lagu Romancinta dan juga Caliph Buskers the biggest highlight pada malam tu. Nak tau what’s the fuss is all about saya pun search la apa ke bendanya. Terjumpa orang share video persembahan Caliph Buskers. Okay dah tengok sampai habis baru lah saya faham. Sejujurnya memang saya rasa terpukau dengan bakat diorang!

Saya bukanlah minat artis daripada dulu lagi. Cuma suka layan lagu yang sedap-sedap. Mana lagu best-best tu saya print lyric dan simpan dalam folder. Tapi zaman tu dah berlalu. Saya tak ada masa nak mengikuti perkembangan carta terkini lagu-lagu yang ada. Cuma sesekali je sambil-sambil buat kerja terdengar dan tertengok mana-mana yang macam best tu. Tapi setakat tu je lah.

Sejak jadi mak-mak, memaksa saya peka dengan perkembangan lagu kanak-kanak macam nursery rhymes, lagu anak-anak Islam, nasyid, bacaan doa dan hafazan Al-Quran. Maklum lah nak ajar anak-anak hihi 😀 Tapi persembahan Caliph Buskers tu sangat memukau hati dan naluri saya. Rasa meremang bulu roma dan berair mata dengar vokalis Caliph Buskers Azmi Saat tu menyanyi.

 

Anugerah Juara Lagu 29, AJL29, berlangsung tapi nama kumpulan Caliph Buskers yang nyanyi lagu Romancinta daripada kumpulan MOJO terus trending dalam media sosial, iklan Qu Puteh, kumpulan MOJO, Aweera, vokalis Caliph Buskers Azmi Saat menyanyi, Syabas Edry KRU Berjaya Angkat Martabat OKU Dalam AJL29, dengan pilihan lagu yang baik, suara yang mantap, sokongan muzik yang padu memang berjaya tambat hati sesiapa yang melihat, persembahan diorang diberi standing ovation, orang kelainan upaya, OKU, orang kurang upaya, mengangkat martabat OKU, beri peluang kepada golongan OKU tonjolkan bakat dan kebolehan, perjuangkan nasib golongan OKU, kebolehan luar biasa
AJL29 kali ni berjaya cipta kelainan berbanding tahun-tahun lepas

 

Syabas Edry KRU Berjaya Angkat Martabat OKU Dalam AJL29

 

Dengan pilihan lagu yang baik, suara yang mantap, sokongan muzik yang padu memang berjaya tambat hati sesiapa yang melihat. Sampaikan persembahan diorang diberi standing ovation! Actually it was not really about the song or AJL at all. Tapi Caliph Buskers berjaya bawa identiti sebagai orang kelainan upaya (OKU) dengan amazing sekali!

Diorang berjaya buktikan OKU juga boleh menyerlah setanding dengan orang normal malah lebih lagi. Tak ramai orang nak bekerjasama dengan OKU. Saya puji usaha Edry KRU yang membuka peluang kepada Caliph Buskers untuk tonjolkan bakat. Secara tak langsung masyarakat lebih terbuka mata dan hati menerima, menghargai, menghormati dan lebih ambil tahu dengan golongan OKU.

Sebagai ibu yang juga kepada seorang anak OKU peluang macam ni adalah ‘golden opportunity’. Saya kurang setuju dengan istilah ‘Kekurangan Upaya’ tapi ‘Kelainan Upaya’ adalah lebih tepat. Allah dah kata setiap insannya yang lahir adalah sebaik-baik kejadian dan setiapnya adalah khalifah yang memberi pengajaran kepada orang sekeliling.

 

Anugerah Juara Lagu 29, AJL29, berlangsung tapi nama kumpulan Caliph Buskers yang nyanyi lagu Romancinta daripada kumpulan MOJO terus trending dalam media sosial, iklan Qu Puteh, kumpulan MOJO, Aweera, vokalis Caliph Buskers Azmi Saat menyanyi, Syabas Edry KRU Berjaya Angkat Martabat OKU Dalam AJL29, dengan pilihan lagu yang baik, suara yang mantap, sokongan muzik yang padu memang berjaya tambat hati sesiapa yang melihat, persembahan diorang diberi standing ovation, orang kelainan upaya, OKU, orang kurang upaya, mengangkat martabat OKU, beri peluang kepada golongan OKU tonjolkan bakat dan kebolehan, perjuangkan nasib golongan OKU, kebolehan luar biasa
Oscar Pistorius atlit sukan Paralympic untuk acara lari pecut. Kakinya dipotong hingga ke lutut dan dia guna kaki prostetik untuk kedua-dua belah kaki.

Jadi pasti kewujudan setiap individu dimuka bumi ni ada peranannya masing-masing samada OKU atau tak. Setiap orang ada kelebihan dan bakat mereka sendiri. Bakat ini perlu dicungkil, diasah, didorong dan dihargai. The keyword is beri dan sediakan ‘peluang’ untuk mereka serlahkan potensi mereka. Semoga masyarakat kita lebih mengangkat martabat OKU dan mesra OKU, insyaAllah 🙂

Saya sangat memahami cabaran golongan OKU dan sebagai salah seorang ibu yang berjuang untuk kehidupan yang lebih baik untuk anak OKU, sebab tu lah terhasilnya entry ni. OKU selalu dekat di hati saya. Saya bangga dengan kebolehan mereka. Dan saya akan terus sokong extraordinary people with different abilities ini 🙂

 

Hazrina Nasir

AJL29, Romancinta MOJO Caliph Buskers Terbaik!
Tagged on:     

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge