Assalamualaikum,

 

Kita dah berada dalam pertengahan bulan Januari 2015. Sepanjang baru 2 minggu masuk tahun baru ni saya terperasan harga makanan dah naik sikit. Hmm belum lagi tengok harga benda-benda lain. Membuatkan ramai ibu yang terfikir nak buat bisnes sambilan dari rumah. Baru-baru ni biras saya tanya tips macam mana saya urus masa antara bekerja sambil jaga anak-anak?

 

Tips membahagikan masa bagi ibu bekerja di rumah sambil jaga anak
Tips menguruskan masa antara kerja dan urusan rumah tangga bagi WAHM

 

Biasa tak jadi macam dalam gambar kat atas ni? Bila kita kerja akan ada assistant kenit nak menolong. Hati harus kena kental! hihi 😀

Anyway biras saya ni tanya sebab dia rasa nak tak nak kena fikir juga macam mana nak tambah pendapatan keluarga. Dia terfikir option buat side income dari rumah. Yelah anak dah masuk 2. Perbelanjaan keluarga makin naik. Tapi anak-anak pun kecil lagi. Yang bongsu baru je habis pantang. Kalau boleh kerja dari rumah sambil mengasuh anak sendiri lagi bagus.

Sebelum masuk tahun baru 2015 hari tu dah kecoh pasal kenaikan yuran taska 2015. Kalau 2 orang anak dah nak dekat RM1000. Itupun belum lagi campur tambahan bayaran lain-lain. Kalau jaga sendiri anak di rumah lebih terjamin. Lagipun asuhan ibu tu lebih berkat. Tambah-tambah dengan macam-macam kes di pusat asuhan, memang susah hati nak tinggalkan anak dengan pengasuh.

So saya pun share lah dengan biras saya apa-apa yang saya tahu berdasarkan pengalaman sendiri dan juga apa yang saya dapat melalui perkongsian kawan-kawan. pembacaan di blog, forum dan sebagainya. Memang mencabar nak urus bisnes sambil jaga anak-anak yang kecil lagi. Bila kita kerja dia pun sibuk nak tolong. Senang kata, mental dan fizikal kena kuat hihi 😀

 

Tips Ibu Bekerja Dari Rumah Sambil Urus Anak

 

1. Buat Perancangan Awal ‘To-Do-List’

Setiap hari sebelum tidur saya senaraikan segala perkara yang saya rancang nak buat esok. Pentingnya buat pada waktu malam supaya kita boleh set dalam minda separa sedar. Daripada situ kita dah remind anggota badan kita untuk ambil tindakan sebaik bangun tidur. Lagipun jimat masa takdelah bangun pagi baru nak termenung dan terfiki-fikir. Dah berapa banyak masa terbazir kan?

 

2. Buat Jadual!

Ya bagi saya penting sangat buat jadual ni. Jadual boleh guide kita untuk disiplin dan stay on track. Jadual juga bantu kita urus masa dengan seimbang dan hargai masa dengan lebih baik. Kita boleh buat jadual ikut keselesaan. Ada orang buat jadual dengan detail sampaikan berapa minit nak makan, bila nak mop rumah, waktu anak belajar, bila nak bermain dengan anak dan sebagainya.

 

3. Buat ‘Checklist’

Kita boleh juga senaraikan semua perkara-perkara yang wajib kita buat tiap-tiap hari secara terperinci. Buat terus list tu untuk sebulan. Dan setiap hari kita tick tengok mana yang dah buat dan belum. Cara ni bantu kita elak daripada terlepas pandang atau ‘terlupa’ atau bertangguh. Setiap hari tengok balik banyak tak lompong dan usaha kurangkan lompong-lompong tu.

 

4. ‘Source-Out’ Kerja Rumah

Walaupun bergelar surirumah bekerja, tidaklah menjadi dosa kalau kita nak source out kerja rumah. Kalau ada kemampuan apa salahnya kan? Contohnya boleh panggil part-time maid untuk kemas rumah, sesekali makan luar so tak perlu masak, hantar baju ke dobi, daftar anak ke kelas playgroup dan lain-lain. Jadi ibu boleh spend lebih masa untuk uruskan bisnes ataupun main dengan anak-anak.

 

Tips urus masa ibu bekerja dari rumah ambil jaga anak, tips urus bisnes sambil jaga nak, tip ibu bekerja dari rumah sambil urus anak, macam mana cara bahagi masa antara bisnes dan keluarga, cara bahagi masa antara bisnes dan anak-anak, bagaimana bahagi masa antara bisnes dari rumah dengan rumahtangga, tips bisnes online dari rumah, tips buat part time jana duit dari rumah, tips surirumah jana pendapatan tingkatkan ekonomi keluarga, bagaimana seimbangkan masa untuk keluarga dan bekerja, idea side income yang sesuai untuk surirumah, stay at home mom, working at home mom, SAHM, WAHM, buat to-do-list, ibu kena mahir multitasking, business-support-group, senang tak buat bisnes shaklee, buat jadual harian, time management, luang masa dengan anak-anak, part time maid
Boleh panggil part-time maid kalau tak sempat nak kemas rumah!
5. Kuasai Kemahiran ‘Multitasking’

Ibu-ibu kena ada skill ‘tangan sotong octopus’ supaya boleh buat banyak kerja serentak. Cara ni boleh jimat banyak masa. Contohnya bangun pagi boleh terus jalankan washing machine. Sementara tu siapkan anak-anak dan bila diorang dah ke sekelolah, baju yang siap dibasuh tu dah boleh sidai. Kalau yang ada baby tu, breastfeeding sambil tangan menaip di laptop tu biasa lah kan hihi 😀

 

6. Susun Atur Jadual Anak-Anak

Saya perasan anak-anak ni kalau cukup makan, pakai, tidur InsyaAllah diorang tak banyak ragam. Sebab tu jadual diorang kena teratur dan selaras. Pastikan bagi makan awal dan perut kenyang. Tidur dan bangun serentak supaya takdelah sorang tidur sorang berjaga. Jadi buat jadual anak-anak bila waktu main, waktu belajar, dan kalau ibu ada buat homeschooling, buat juga lesson plan anak-anak.

 

7. Hati-Hati Dengan Pencuri Masa

Masa pun ada yang nak curi? Cemana tu? Tapi pencuri masa ni bukan orang. Walaupun macam tu beliau sangatlah licik dan efficient! Tak percaya? Cuba tengok Facebook, Instagram, Whatsapp dan banyak lagi lah. Daripada 1 ke 1. Kalau tak beringat memang terhanyut. Nak-nak pula terbaca yang hot dan sensasi. Daripada ‘Sekejap je’ ataupun ‘5 minit je’ tengok-tengok dah setengah jam. Habisss!

 

8. Masak Menu Simple

Sebolehnya kita surirumah mestilah nak bagi keluarga makan hasil air tangan sendiri. Lagipun bersih dan jimat! Tapi kalau hari sibuk misalnya boleh masak seringkas mungkin. Contohnya untuk sayur potong ulam-ulaman je macam timun, sup ayam untuk lauk dan buah limau untuk pencuci mulut. Air? Air masak je lah bagus. See? Masih boleh makan dengan sedap, sihat, seimbang dan cukup zat!

 

Tips urus masa ibu bekerja dari rumah ambil jaga anak, tips urus bisnes sambil jaga nak, tip ibu bekerja dari rumah sambil urus anak, macam mana cara bahagi masa antara bisnes dan keluarga, cara bahagi masa antara bisnes dan anak-anak, bagaimana bahagi masa antara bisnes dari rumah dengan rumahtangga, tips bisnes online dari rumah, tips buat part time jana duit dari rumah, tips surirumah jana pendapatan tingkatkan ekonomi keluarga, bagaimana seimbangkan masa untuk keluarga dan bekerja, idea side income yang sesuai untuk surirumah, stay at home mom, working at home mom, SAHM, WAHM, buat to-do-list, ibu kena mahir multitasking, business-support-group, senang tak buat bisnes shaklee, buat jadual harian, time management, luang masa dengan anak-anak, part time maid
Sup ayam senang nak masak. Campak-campak je dah siap 😀
9. Moral Support/ Sokongan Orang Sekeliling

Penting sangat sebenarnya moral support daripada orang sekeliling terutamanya suami dan keluarga. Jadi surimah jaga anak 24/7 tanpa henti tu adalah satu komitmen yang tinggi. Bisnes pun kena jalankan dengan penuh komited kalau nak berjaya. Jadi kerjasama orang lain untuk faham dan bagi pertolongan kat mana-mana patut sangat membantu ibu untuk lebih bermotivasi untuk buat kerja.

 

10. Business-Support-Group

Tengok juga nature of bisnes tu macam mana. Bisnes ni biasalah tak lari daripada macam-macam cabaran. Dalam masa sama banyak benda perlu belajar. Macam saya memang cari bisnes yang boleh bagi coaching untuk bimbingan berterusan. Macam bisnes Shaklee ni kitorang ada banyak secret groups. Semua ilmu dan perkongsian sangat memudahkan dan membantu saya berbisnes.

 

11. Jangan Lupa Bertenang Dan ‘Enjoy-Life!’

Kadang-kadang kita sibuk sangat nak capai target sampai lupa nak nikmati hidup. Risaukan anak-anak. Mana dengan nak concentrate bisnes lagi. Lepas tu stress lah. Buntu pun ye sebab tepu taktau mana dulu nak buat. Jadi bawa bertenang! Letakkan limit. Jangan lupa masukkan dalam jadual harian waktu untuk rehat dan treat diri sendiri. Supaya lepas tu kita boleh refresh dan bangkit balik untuk berfungsi dengan momentum yang lebih tinggi.

 

12. Amalan rohani

Semua benda kalau boleh kita nak lakukan yang terbaik untuk keluarga dan bisnes. Semua ni perlukan kekuatan dalaman yang kuat. Supaya kita sentiasa bermotivasi dan bersemangat. Kita boleh dapat kekuatan mental dengan mengutamakan amalan rohani harian yang berterusan. Bila kita letakkan sepenuh pergantungan kepada Allah insyaAllah usaha kita lebih diredhai dan Allah akan bantu. Usaha perlu selalu seiring dengan doa dan tawakal.

 

Tips urus masa ibu bekerja dari rumah ambil jaga anak, tips urus bisnes sambil jaga nak, tip ibu bekerja dari rumah sambil urus anak, macam mana cara bahagi masa antara bisnes dan keluarga, cara bahagi masa antara bisnes dan anak-anak, bagaimana bahagi masa antara bisnes dari rumah dengan rumahtangga, tips bisnes online dari rumah, tips buat part time jana duit dari rumah, tips surirumah jana pendapatan tingkatkan ekonomi keluarga, bagaimana seimbangkan masa untuk keluarga dan bekerja, idea side income yang sesuai untuk surirumah, stay at home mom, working at home mom, SAHM, WAHM, buat to-do-list, ibu kena mahir multitasking, business-support-group, senang tak buat bisnes shaklee, buat jadual harian, time management, luang masa dengan anak-anak, part time maid
Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah

Bekerja dari rumah sambil jaga anak is very possible! Ramai orang yang buat. Tapi hati mesti kuat. Takde garis panduan spesifik untuk ukur kejayaan pencapaian seorang ibu tu. Tapi untuk sampai ke tahap berjaya menguruskan masa antara kerja bisnes dengan urusan rumah tangga secara seimbang, perlukan latihan yang sangat banyak.

Untuk yang terfikir-fikir nak mencuba, janganlah takut. Kalau tak macam mana nak tau boleh ke tak. Dah cuba baru tau. Silap-silap naik syok pula. Kehidupan sekarang memang menuntut kita untuk upgrade kehidupan. Nak tak nak memang kena cabar diri dan keluar daripada zon selesa dan buat sesuatu yang luar biasa.

Sekarang ni ‘Working-At-Home-Mom’ ataupun WAHM adalah status yang makin mendapat tempat dihati para mak zaman moden ni. Namun masih ramai ibu yang memilih untuk kekal berkerjaya dan bergaji tetap tapi dalam masa sama turut buat side income untuk menambah pendapatan. Keadaan dan situasi setiap orang tidak sama. Apa yang paling penting kita pilih dan buat apa yang paling sesuai untuk diri dan keluarga kita.

Tapi apa-apa pun samada mak bekerja di office ataupun di rumah kedua-duanya penting untuk menguasai pengurusan masa yang baik. Both moms are equally required to be super!  🙂

 

 

Hazrina Nasir

ID 951 651

019 269 2301

12 Tips Urus Masa Ibu Bekerja Dari Rumah Sambil Jaga Anak
Tagged on:         

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge