Assalamualaikum,

 

Jarang-jarang membaking semenjak dah 2 tahun lebih balik Malaysia ni. Tapi hari ni berjaya baking lagi. Alah buat muffin coklat nestum kurang manis je. Sedap, senang, tak renyah dan semestinya cepat! Itu yang penting 😀

Lepas tidur petang tadi perut pun rasa laparnya. Terfikir-fikir apa nak makan. Anak-anak bangun nanti mesti nak kudap-kudap juga. Nak buat cucur anak-anak kurang minat. So muffin je lah sebab diorang pun suka.

Resepi ni saya Google saja dan refer a few recipes yang hampir sama. Saya ubah sikit letak serbuk koko sebab kitorang peminat coklat-coklat ni. Tapi resepi kurang manis. Sesuai la untuk orang yang nak jaga kesihatan.

Boleh serve dekat mak ayah penghidap kencing manis/ Diabetes ataupun yang nak jaga berat badan ke kan. Tapi rasanya next time kalau saya buat lagi saya tambah sikit lagi gula supaya manis sikit dan kurangkan sikit nestum supaya tak kenyal sangat.

 

 

Jarang-jarang membaking semenjak dah 2 tahun lebih balik Malaysia, Tapi hari ni berjaya baking lagi, Alah buat muffin coklat nestum kurang manis,  Sedap, senang, tak renyah dan semestinya cepat, Lepas tidur petang tadi perut pun rasa laparnya, Terfikir-fikir apa nak makan, Anak-anak bangun nanti mesti nak kudap-kudap, Nak buat cucur anak-anak kurang minat, resepi ni saya Google saja, ubah sikit letak serbuk koko sebab kitorang peminat coklat-coklat ni, Sesuai la untuk orang yang nak jaga kesihatan, Boleh serve dekat mak ayah penghidap kencing manis, Diabetes ataupun yang nak jaga berat badan, tambah sikit lagi gula supaya manis sikit dan kurangkan sikit nestum supaya tak kenyal sangat, resepi mudah untuk bekal anak-anak, resepi muffin untuk minum petang, hidangan minum petang
Muffin Coklat Nestum untuk hidangan minum petang. Boleh juga dibuat breakfast ataupun brunch.

Resepi Muffin Coklat Nestum

 

Bahan A

 

2 biji telur

Susu 100ml

Minyak sayuran 120ml

Gula 1/2 cup (untuk kurang manis)

 

Bahan B

 

180g tepung gandum

2 sudu besar serbuk koko

20 gram nestum

1 sudu teh baking powder

1/2 sudu teh soda bikarbonat

1/4 sudu teh garam

Coklat chip secukupnya

 

Cara-cara:

 

  1. Panaskan oven pada suhu 180°C dan susun muffin cup dalam muffin tray.
  2. Masukkan bahan A dalam mangkuk dan pukul sampai sebati.
  3. Masukkan bahan B dalam mangkuk dan kacau sampai bercampur.
  4. Buat lubang pada bahan B dan masukkan bahan A sikit demi sedikit.
  5. Kacau dengan spatula beberapa kali hingga adunan sekadar bercampur. Adunan akan jadi lumpy.
  6. Cedokkan adunan ke dalam muffin cup sebanyak 3/4 supaya tak terlalu penuh.
  7. Bakar dalam oven selama 20-25 minit.

 

Saya dapat buat dalam 20 cups saiz sederhana. Sedap dimakan panas-panas untuk minum petang. Nak-nak pula cuaca panas sekarang. Badan tu berpeluh dan lapar je. Letih pun ye juga lesu nak buat apa-apa. Mungkin sebab kalori banyak terbakar. Jadi kita ganti lah balik kalori yang hilang tu hihi 😀

 

Ok selamat mencuba!

 

 

 

Hazrina Nasir

Resepi Muffin Coklat Nestum Kurang Manis
Tagged on:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge