Assalamualaikum,

 

Hari ni minggu ke pertama secara sesi persekolahan 2015 bermula bagi seluruh negeri di Malaysia. Selamat memulakan buka sekolah! Macam-macam ragam budak-budak baru masuk darjah satu kita boleh tengok dalam TV dan media sosial. Memang geli hati. Tapi rasanya tahun ni tak dengar lagi kes kepala budak tersepit celah kerusi. Harap-harap tak ada lah hihi 😀

 

Hari ni minggu ke pertama secara rasminya buka sekolah bagi seluruh negeri di Malaysia, selamat memulakan tahun bau persekolagan 2015, buka sekolah, mulakan alam baru persekolahan, stay strong, never give up, tsunami Jepun, gempa bumi besar Jepun, mangsa banjir di Pantai Timur, kelengkapan persekolahan, pengalaman persekolahan, membina jati diri yang kuat, pengalaman berharga, semangat orang Jepun, sangat positif, sangat bersemangat dan sangat optimistik, mengekalkan nilai-nilai murni, Saya percaya segala dugaan dan cabaran anak-anak dan keluarga mangsa banjir ni akan membentuk mereka menjadi orang yang lebih cekal, tabah dan berjaya, Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang, Dia takkan bebankan hambaNya melebihi kemampuan, Semoga hati kita selalu bersangka baik dan redha dengan perancangan Allah
Cuti dah habis. Selamat buka sekolah!

Tapi dalam keseronokan memulakan alam baru persekolahan, ada macam-macam kisah lain juga yang menyentuh perasaan. Saya terfikir-fikir macam mana dengan anak-anak yang di negeri Pantai Timur yang terjejas teruk kena banjir. Pergi sekolah dengan seadanya saja. Terpaksa berjalan menempuh jalan berlumpur. Tanpa pakaian dan peralatan sekolah.

Sampai saja sekolah, cabaran baru menunggu. Hari pertama sekolah dah kena mula bergotong-royong cuci kawasan sekolah. Mesti ambil masa lama juga untuk ubah semula keadaan sekeliling supaya selesa untuk belajar semula. Aspek akademik dah jadi perkara nombor 2. Yelah kelengkapan banyak yang musnah dan keadaan serba-serbi kekurangan.

Memang kita yang tak mengalami mudah berkata-kata. Saya simpati dengan nasib yang menimpa. Tapi macam mana pun hidup mesti diteruskan. Saya yakin setiap yang terjadi banyak hikmahnya terutama bagi yang mengalami sendiri. Saya percaya anak-anak ni akan dapat ilmu berharga yang tak ternilai harganya daripada pengalaman persekolahan yang extraordinary ni.

 

Pengajaran Daripada Peristiwa Gempa Bumi Besar Dan Tsunami Jepun

 

Saya teringat pengalaman saya merasai kejadian tsunami besar di Jepun masa bulan Mac 2011. Ohhh… baru menulisnya aje dah meremang bulu roma saya. Walaupun tempat saya tak terlibat secara langsung dan hanya merasai serpihan-serpihan bencana alam tu tapi kesannya sangat mendalam dalam diri saya. Apatah lagi yang mengalaminya sendiri.

Masa hari tu salji tengah turun. Saya nak tidurkan Ihsan. Elok nak baring bawah kotatsu ternampak lampu gantung berhayun-hayun. Saya berdiri. Huish memang bergegar sungguh ni. Saya kaget kejap. Tapi otak saya pantas terfikir yang rumah syataku saya duduk ni daripada kayu dan dah berusia. Apa lagi terus saya capai tudung dan lari melompat keluar sambil dukung Ihsan.

Hari ni minggu ke pertama secara rasminya buka sekolah bagi seluruh negeri di Malaysia, selamat memulakan tahun bau persekolagan 2015, buka sekolah, mulakan alam baru persekolahan, stay strong, never give up, tsunami Jepun, gempa bumi besar Jepun, mangsa banjir di Pantai Timur, kelengkapan persekolahan, pengalaman persekolahan, membina jati diri yang kuat, pengalaman berharga, semangat orang Jepun, sangat positif, sangat bersemangat dan sangat optimistik, mengekalkan nilai-nilai murni, Saya percaya segala dugaan dan cabaran anak-anak dan keluarga mangsa banjir ni akan membentuk mereka menjadi orang yang lebih cekal, tabah dan berjaya, Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang, Dia takkan bebankan hambaNya melebihi kemampuan, Semoga hati kita selalu bersangka baik dan redha dengan perancangan Allah
Boleh bayangkan tak skala kerosakan Tsunami ni? Kemusnahan sekelip mata. Beratus-ratus ribu orang jadi mangsa. 19,000 orang masih hilang ataupun mati.

Saya tinggal di perkampungan. Suasana sekeliling sunyi je. Saya nampak makcik jiran relax je angkat futon masuk dalam rumah. Saya perhati sekeliling. Memang terasa dunia bergoyang kiri-kanan. Pokok-pokok pun bergoyang. Memang agak lama dan agak kuat jishin (gempa bumi) kali ni. Bila dah reda saya masuk rumah. Tak lama lepas tu jadi lagi dan lagi kuat! 2 kali saya lari keluar rumah.

Bila keadaan dah reda saya masuk rumah dan tengok Facebook. Kawan-kawan semua panik. Terus buka TV. Masa tu baru tau gempa bumi dahsyat dengan 8.9 skala richter tercetus daripada kawasan lautan Pasifik. Dan tak lama lepas tu tsunami besar melanda kawasan Timur Laut Jepun. Dan peristiwa tu terus menjadi sejarah antara bencana alam terbesar dunia.

 

Stay Strong, Never Give Up!

 

Lepas peristiwa tu kami hidup dalam constant fear. Malam tidur tak lena. Hati sedih. Rasa hopeless. Semua pun ada lah. Yelah sebab kena sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga. Sebab gempa susulan masih berlarutan tak kira siang malam. Tapi dalam masa yang sama banyak perkara yang saya belajar daripada semangat orang Jepun ni. My hats off to them!

Saya tak tau nak cerita macam mana betapa mereka sangat positif, sangat bersemangat dan sangat optimistik. Walaupun kehilangan ahli keluarga dan segala-galanya dan dalam hati sendiri diorang pun of course lah sedih beyond words! Tapi dalam keadaan kucar-kacir pun mereka masih mampu mengekalkan nilai-nilai murni seorang insan disebabkan jati diri yang kuat. Dan sekarang diorang mampu bangun balik! Sesungguhnya pengalaman hidup tu sendiri adalah pelajaran yang paling berharga. Kalau orang Jepun boleh, kita Muslim sepatutnya mesti lagi boleh. Kan?

Saya percaya segala dugaan dan cabaran anak-anak dan keluarga mangsa banjir ni akan membentuk mereka menjadi orang yang lebih cekal, tabah dan berjaya. Semoga dipermudahkan urusan kehidupan mereka semua selepas ni. InsyaAllah Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang. Dia takkan bebankan hambaNya melebihi kemampuan. Semoga hati kita selalu bersangka baik dan redha dengan perancangan Allah.

 

 

 

Hazrina Nasir

Selamat Memulakan Sesi Persekolahan 2015 🙂
Tagged on:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge