……….Transferred from My Little Munchkin & I

*****Updated (Thanks to Strawberry for the additional info)

On Mandi Wiladah, Mandi Nifas dan Tempoh Nifas

Last night while I was busy surfing for all those information untuk mencukupkan segala ilmu yang tak cukup lagi ni, I came across pasal mandi wiladah dan mandi nifas. Nasib baikkk terjumpa pasal mandi wiladah ni sebabnya honestly memang dah lama lupa bab ni even dah penah belajar dolu2. Yela nama pun xpernah bersalin kan and even belajar pun still fahamkan untuk jawab exam ajo tapi bukannya fahamkan untuk diamalkan hihihi ;P Kalau tak terjumpa semalam and andai kata xde orang ingatkan, memang confirm la aku tak buat mandi wiladah tu.

Hmm actually memang confused jugak sebab ada orang kata wajib and ada orang kata sunat. I have searched high and low… daripada forum… website2… tapi ada je percanggahan. Ustaz dengan ustazah sendiri pun boleh bagi pendapat yang berbeza. So aku yang bukan ustazah ni lagilah pening kan? So, tadi baru je lepas berYM dengan Kak S. I won’t list down the reliable sources ke apa ke… sebabnya banyak sangat. But I just mention here the conclusion that I got for myself. Kalau orang lain rasa xsuka conclusion ni… suka hati lah yerrr. Again, this is for myself.

Hasil daripada discussion dengan Kak S tadi… kisahnya begini. Hikmah mandi wajib adalah untuk menyucikan anggota badan supaya kiter boleh beribadat kepada Allah. So, lepas bersalin nanti akan keluar darah wiladah iaitu darah yang keluar bersama2 anak yang dilahirkan. Jadi, wajib untuk si ibu tu mandi wiladah selepas melahirkan anak. Sebabnyer ada certain orang memang xde keluar darah nifas pun lepas give birth. Err janganlah terus mandi wiladah tu. Rehat la dulu kan. Pastu mandi ler air panas takler sejuk ;P Tapi, andai kata selepas melahirkan tu ada diikuti oleh keluarnya darah, iaitu darah nifas; maka hukum mandi wiladah adalah sunat? (Ada confuse sket disini sebab ada orang kata ianya tetappp wajib, means ada darah nifas ke takde ke mestiii mandi wiladah). Jadinya tunggu ajelah darah nifas tu dah kering nanti baru mandi nifas. Ada sumber kata boleh combine sekali dengan mandi wiladah tu. Sebabnya if kiter mandi wiladah siap2 sebelum tu tapi masih ada darah nifas keluar, badan masih lah tidak suci untuk beribadat kan? So, mandi jelah sekali gus masa dah habis nifas nanti. Dengan kata lain… boleh dikatakan buat mandi nifas ajelah. However, adalah lebih baik buat terus mandi wiladah tu siap2 selepas lahirkan baby tu nanti. Reason nyer, if nak tunggu darah nifas habis keluar… lambatlah lagi nak buat mandi wiladah dan mandi nifas tu. Anything can happen in the meantime. Andai kata si ibu meninggal ke apa ke at least dah selamatlah dia dh buat mandi wiladah tu maka dia dah suci dari darah yang keluar ketika bersalin. So, the conclusion I made for myself… just to be safe… I will just do both mandi wiladah right after giving birth dan mandi nifas ittew selepas kering nifas. Habis citer selamat ;D After all if it is wajib… memang dah selamatlah dah buat. Kalau sunat… dapat pahala… pun tak rugi. Bukannya banyak sangat pakai air tu kan. So mandi jelah banyak kali takpe… Aku suka mandi ;D

Pasal tempoh nifas pula, sekurang2nya nifas itu adalah selahzah manakala sebanyak2nya adalah 60 hari. Walau bagaimanapun, usually darah nifas tu keluar dalam tempoh 40 hari aje. So, if still ada darah keluar selepas 40 hari; janganlah nak menggelabah pegi mandi nifas siap2 pastu pakai pad pastu solat. Sebabnyer tak sah yerrr. Tunggu je sampai 60 hari. Andai kata selepas 60 hari ada lagi darah keluar, baru lah pegi mandi nifas, pakai pad dan solat seperti biasa. Sebab darah yang keluar selepas 60 hari adalah darah istihadah iaitu darah penyakit. Kadang2 lepas 40 hari… darah kering… kiter dah mandi nifas… dah solat… tetiba beberapa hari after that ada lagi keluar darah. Ini most probably adalah darah haid. Haid dah start keluar even though masih dalam tempoh nifas tadi, 60 hari. So… tunggu jelah sampai kering… dah kering mandilah hadas besar. Sama je ler.

Sama lah jugak contohnya… pada 1 malam tu sebelum tido si isteri dan suami telah melakukan persetubuhan. Then terus tido (seelok2nya ambil lah wuduk dulu b4 tido… andai kata lepas tu mati pun sekurang2nya dah ada dalam keadaan berwuduk). Bila bangun pagi, tengok2 isteri period lah pulak. Makanya… if dia mandi wajib masa pagi tu jugak semata2 disebabkan persetubuhan dengan suami pada malam tadi… still lepas dia mandi badan dia berhadas besar jugak kan? Padahal tujuan mandi wajib adalah untuk menyucikan diri dari hadas besar. So, tunggu ajelah lepas dah habis haid nanti barulah mandi wajib sekali aje cukup. Tapi andai kata ragu2 jugak ke atau rajin sangat ke tetap nak mandi wajib sebab persetubuhan tadi, so mandi jelah. Andai kata nak double kan mandi wajib masa lepas habis haid tu (1 untuk persutubuhan, 1 untuk haid) pun boleh. Suka hati lerrr. Takde salahnya. Tapi sebenarnya sekali je dah cukup. Takde faedahnya nak ulang benda yang sama 2 kali. Jangan membazir air hahaha ;P

Ouh ye… pasal niat mandi pulak. Tak kisah la mandi wiladah ke nifas ke… adalah memadai pakai 1 niat sahaja. Iaitu niat yang sama ketika mandi kerana menyucikan diri dari haid dan junub. Iaitu… “Sahaja aku mandi untuk menyucikan diri dari hadas besar kerana Allah Ta’ala”. Kalau tak suka ayat tu, suka hati memasinglah nak guna ayat apa ;P

On Placenta

Uri/ tembuni yang keluar selepas bersalin tu, tak wajib ditanam. Sebabnya uri tak termasuk sebahagian daripada anggota badan yang haram dilihat contohnya rambut wanita, kuku wanita, bulu ari2 lelaki dll. Walau bagaimanapun, adalah cara yang elok atau sunat menguruskan uri itu adalah dengan menanamnya. Adalah memadai uri itu tak perlu basuh pun… boleh tanam terus aje. Tapi if nak basuh bersih2… nak bungkus… pun bagus juga. Lepas tu tanam lah dalam2 sikit supaya haiwan seperti anjing xde korek2 balik lubang and makan uri tu nanti. Ada orang letak dalam pasu la buyung la… pun boleh. Takde salahnya. Certain orang siap letak lada hitam… asam keping… kayu manis dan rempah ratus yang lain dengan tujuan supaya uri tersebut tidak dihinggapi atau dimakan serangga2 atau haiwan. Serangga2 dan haiwan kan tak suka rempah2 ni. Ini sebagai tanda menghormati uri tu yang dulu banyak berjasa kepada anak… yelah dah tanam tu kasik la cantik2 and elok2 kan. Lagipun asalnya manusia dari tanah… jadi seelok2nya tanamlah supaya uri tu kembali semula kepada tanah. Kalau dibuang ke tong sampah… ke sungai… dibakar… err macam sangat tak eloklah cara tu.

Tapi… ada plak yang rajin gi tanam bubuh paku… pensel lah… buku lah… segala mak nenek rempah ratus dengan tujuan supaya nanti anak tu dah besar jadi orang pandai rajin baca buku…atau nanti dah besar cukuplah sifat dia… tabah dan sabar menempuhi segala asam, manis, pahit, masin hidup didunia ni. Apsal tak tanam sekali basikal… kereta… supaya dia boleh jadi pelumba basikal ke… driver keter F1 ke… buh borang university ke supaya leh masuk university ke… kan??? hohoho! Ada jugak buat ritual2 tah apa2 kat tempat uri ditanam kononnya supaya makhluk2 halus tak kacau. Entahlah wallahu’alam. Rasanya bab ni dah salah lah. So kena lah hati2 jangan sampai jadi syirik pulak berdosa besar namanya. Memanglah certain orang ikut adat dan kadang2 xpercaya pun. Buat sekadar nak ikut je cakap2 orang tua. Tapi kalau dah maksud disebalik perbuatan tu dah begitu… eloknya dielakkan lah terus. Nak tanam atau dah tanam tu eloklah selawat aje atau baca Bismillah aje dah cukup. Berdoa terus kepada Allah supaya memelihara uri yang banyak berjasa tu. Dah habis citer kan. Tak yah nak pakai perantara2.

Somehow again, all these are reminder for myself… Sekian lah bebelan…Erkkk aku membebel bab ni je pun leh panjang gini????? 😛

Reminder To Myself

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge