Assalamualaikum πŸ™‚

 

Hari ni saya nak buat sikit review tentang Tadika Brainy Bunch Islamic Β Montessori (BBIM) cawangan Taman Pelangi Semenyih. Kisahnya masa hari pertama Aisyah pergi tadika, saya post status di Facebook dengan gambar Aisyah pakai unform. Tak sangka pula lepas tu saya terima beberapa private message daripada kawan-kawan yang juga tengah survey dan nak buat perbandingan tadika. Memang penting juga sebenarnya kena tanya parents yang berpengalaman.

Yuran pendaftaran tadia brainy bunch islamic montessori, yuran bulanan bbim, fees structure bbim, review tadika brainy bunch islamic montessori cawangan taman pelangi semenyih, bbim pelangi semenyih, bayaran bulanan tadika brainy bunch, playhouse regular program brainy bunch, umur berapa sesuai hantar anak masuk tadika, survey tadika untuk anak 3 tahun, playschool untuk anak 3 tahun, hantar anak 3 tahun ke playschool, playschool islamic, tadika guna medium english, tadika islamic, kindergarten for 3 years old in semenyih, uniform brainy bunch, sesi program brainy bunch, solat camp brainy bunch, Respond Positif Lepas Masuk Tadika, menangis masa hari pertama pergi tadika, tadika montessori di pelangi semenyih, tadika small ratio student, bbim cawangan semenyih, memilih tadika untuk anak
Fees Structure Tadika Brainy Bunch Islamic Montessori Sesi 2015

 

Sebelum buka sekolah hari tu saya cerita kami masih terfikir-fikir tadika mana nak hantar Aisyah kan? Akhirnya kami pilih BBIM cawangan Taman Pelangi Semenyih ni. Aisyah pun dah masuk minggu ke dua ke tadika. Tapi baru 5 hari je to be exact sebab hari Jumaat haritu dia demam so ponteng lah. So far Aisyah is doing great attending kindergarten for the first time! In fact hari ni dia tak menangis langsung. Waktu hantar pun dia sendiri galas beg, pegang tangan dan salam teacher πŸ˜€

 

Review Tadika Brainy Bunch (BBIM) Cawangan TPS Semenyih (Ada perbezaan ikut cawangan)

 

Boleh rujuk website Brainy Bunch Malaysia untuk maklumat penuh. Di sini saya kongsikan maklumat asas yang berkaitan je:

 

1. Ada 3 sesi kelas yang ditawarkan iaitu:

  • Regular untuk separuh hari (8am – 12pm)
  • Star (8am – 3pm)
  • Full day (730am – 630pm)

 

2. Ada 2 program iaitu:

  • Playhouse bagi kanak-kanak 2 hingga 3 tahun
  • Preschool bagi kanak-kanak 4 hingga 6 tahun

 

3. Ada 2 uniform yang dipakai bergilir-gilir:

  • Gala uniform
  • Sports uniform

 

4. Aktiviti:

  • Little Scientist (Compulsory)
  • Sports Day (Optional)
  • Field Trip (Optional)
  • Graduation (Optional)
  • Solat Camp (Optional)

 

Untuk cawangan BBIM yang tertentu ada juga disediakan Elementary Program (sekolah rendah) dan juga High School Program (sekolah menengah). Untuk program Star dan Full Day ada disediakan kelas hafazan dan sebagainya. Ada juga yang sediakan kelas kokurikulum macam martial arts dan kelas renang. Peralatan sekolah macam beg sekolah pun ada.

Untuk Aisyah saya pilih program Playhouse Regular dengan pakej paling basic termasuklah dengan uniform 2 pasang yang berlainan jenis. Itu sahaja. Saya tak ambil beg sekolah dan aktiviti-aktiviti tambahan tu semua sebab saya tak sure lagi Aisyah boleh join ke tak. Kot-kot lah ada apa2 hal lain ke waktu tu kan. Lagipun principal kata nanti kalau nak join boleh bayar kemudian.

 

Yuran pendaftaran tadia brainy bunch islamic montessori, yuran bulanan bbim, fees structure bbim, review tadika brainy bunch islamic montessori cawangan taman pelangi semenyih, bbim pelangi semenyih, bayaran bulanan tadika brainy bunch, playhouse regular program brainy bunch, umur berapa sesuai hantar anak masuk tadika, survey tadika untuk anak 3 tahun, playschool untuk anak 3 tahun, hantar anak 3 tahun ke playschool, playschool islamic, tadika guna medium english, tadika islamic, kindergarten for 3 years old in semenyih, uniform brainy bunch, sesi program brainy bunch, solat camp brainy bunch, Respond Positif Lepas Masuk Tadika, menangis masa hari pertama pergi tadika, tadika montessori di pelangi semenyih, tadika small ratio student, bbim cawangan semenyih, memilih tadika untuk anak
Aisyah pakai uniform sukan πŸ™‚

Rasanya ramai yang dah tau BBIM ni tadika yang berkonsepkan montessori, menerapkan Islamik dan bermedium bahasa Inggeris. Sebabnya itu lah yang ditunjukkan dalam iklan di TV. First impression saya terhadap tadika ni memang saya rasa tadika ni agak posh. Tapi bila tengok balik konsep tadika ni, memang padan lah dengan yurannya sebab berkonsepkan montessori. Alatan montessori tu pun bukannya murah.

Jumlah bayaran masa pendaftaran tadika untuk Aisyah ialah RM1550 untuk first term termasuk yuran untuk bulan Januari. Dan untuk bayaran bulanan seterusnya ialah RM350. Memang mahal sikit berbanding tadika-tadika franchise yang lain. Walau macam mana pun bila tengok respond positive daripada Aisyah dan servis yang baik daripada pihak tadika, saya rasa berbaloi dengan bayarannya.

 

Respond Positif Aisyah Bila Mula Masuk Tadika

 

Hmmm sebenarnya Aisyah menangis setiap kali saya hantar pergi tadika masa minggu pertama. Tapi ini normal lah untuk anak-anak kecil sebab terpaksa berpisah dengan Mama Papa. Tapi dia menangis sekejap je lepas tu dia memang enjoy semua aktiviti dalam kelas. Masa hari ke 2 je dia menangis lama sikit sampai 15 minit. Di minggu ke 2 ni Aisyah langsung tak menangis which is bagi saya Aisyah dapat sesuaikan diri dengan sangat cepat dengan rutin baru dan persekitaran baru!

Memang sangkaan saya meleset sama sekali! Dalam kelas pun saya ingatkan Aisyah masih malu, menangis ataupun takut. Tapi takkk! Saya tau sebab principal sesekali akan hantar dalam group Whatsapp video, gambar dan report berkenaan anak masing-masing. Principal kata Aisyah likes to wonder around like a boss. Most of the time she is being the supervisor and sometimes be the instructor at the front. Amboi!

Aisyah antara yang paling kecil di tadika. Dalam kelas dia ada 6 orang termasuk dia. Diorang lah baby kat situ hihi. Walaupun baru beberapa hari Aisyah pergi tadika tapi saya dah nampak kesan positive. Ada vocab baru. Nampak lebih berdikari dan berani sebab banyak benda nak buat sendiri. Suka menanyi dan menari. Dan Aisyah macam teruja sangat sebab kat rumah asyik buka tutup beg sekolah pink dia dan heret sana-sini. Pak Ngah dia hadiahkan pula beg baru. Haa siap bawa tidur!

Yuran pendaftaran tadia brainy bunch islamic montessori, yuran bulanan bbim, fees structure bbim, review tadika brainy bunch islamic montessori cawangan taman pelangi semenyih, bbim pelangi semenyih, bayaran bulanan tadika brainy bunch, playhouse regular program brainy bunch, umur berapa sesuai hantar anak masuk tadika, survey tadika untuk anak 3 tahun, playschool untuk anak 3 tahun, hantar anak 3 tahun ke playschool, playschool islamic, tadika guna medium english, tadika islamic, kindergarten for 3 years old in semenyih, uniform brainy bunch, sesi program brainy bunch, solat camp brainy bunch, Respond Positif Lepas Masuk Tadika, menangis masa hari pertama pergi tadika, tadika montessori di pelangi semenyih, tadika small ratio student, bbim cawangan semenyih, memilih tadika untuk anak
Penat sangat ya menuntut ilmu? Sampai tertidur dalam kereta πŸ˜€

Walaupun Aisyah tak lah patuh sangat masa di sekolah tapi saya tengok anak-anak sebaya lain pun lebih kurang macam tu juga. Tapi kalau di rumah memang menjadi-jadi perangai heroin dia tu. Principal ada Whatsapp gambar Aisyah ikut Solat Dhuha. Bagi saya kalau dia boleh stay dalam saf sampai habis solat tu memang dah bagus sangat. Alhamdulillah! Sebab kat rumah lepas kita angkat takbir je dia mesti tersengih-sengih lari sambil kacau orang lain. Sabar je lah! πŸ˜€

Ini langkah tarbiyah pertama Aisyah selepas di rumah. Semoga Aisyah terus maju jaya. Serta membesar sebagai seorang solehah yang mempunyai jati diri yang kuat dalam mengahrungi zaman yang penuh dugaan dan cabaran ni. Hmm tetiba terbayang-bayang pula nak hantar Aisyah ke sekolah rendah islam swasta. InsyaAllah. Mana tau kan? πŸ˜€

 

 

Hazrina Nasir

Review Tadika Brainy Bunch Islamic Montessori (BBIM) Taman Pelangi Semenyih
Tagged on:             

16 thoughts on “Review Tadika Brainy Bunch Islamic Montessori (BBIM) Taman Pelangi Semenyih

  • September 9, 2015 at 10:14 AM
    Permalink

    As salam. Sekadar berkongsi rasa sedih dan terkilan saya dengan tadika ini di Cawangan Sungai Ara Pulau Pinang. Anak saya dikurung di dalam chest freezer atas alasan nakal dan tak mendengar kata. Terjadi semalam. Today rasa sangat sedih bila hubby tangkap gambar lakonan semula anak saya. Saya rasa budak-budak lelaki klu nakal perkara biasa. Bukan jahat. Huhu…sedih. takde cara lain ke utk mendidik sbg tadika yg ada standard. Bukan tahap tadika perpaduan!

    Reply
    • September 9, 2015 at 6:14 PM
      Permalink

      Salam. Saya cadangkan puan tanya direct dengan cikgu. Pastikan samada perbuatan tu dilakukan sekadar gurauan atau memang dilakukan dengan serius sebagai denda. Kalau betul denda, hingga memberi kesan emosi kepada anak dan kawan2 tadika yang lain, nyatakan dengan jelas pendapat tak setuju puan masa jumpa tu. Minta rakaman cctv kalau ada dan buat aduan ke hq bbim. Pendapat saya, tadika semuanya sama saja samada mahal atau murah tak menentukan kualiti yang diberi. Tapi terpulang kepada peribadi cikgu2 dan kakitangan yang handle anak2 murid ni. Bila terkena dengan cikgu2 yang kurang ilmu ni, anak kita yang jadi mangsa. Saya simpati dengan anak puan. Sabar ye. Moga tadika anak puan ambil langkah penambahbaikan. Alhamdulillah tadika anak saya setakat ni belum ada kejadian yang macam ni. Semoga anak2 kita dapat cikgu2 yang komited dan penyayang.

      Reply
  • September 11, 2015 at 11:44 AM
    Permalink

    Tq puan. Saya dah keluarkan anak saya dari tadika ni walaupun dah towards the end. Cikgu tsb pon dah ngaku. Sedih saya puan. Sekarang saya tengah google utk home school.

    Reply
    • September 11, 2015 at 6:36 PM
      Permalink

      No prob puan. Bila cakap pasal tadika ni kadang2 nasib2 bila nak terkena dengan cikgu yang tak ok. Saya pun pernah kena. Hopefully next tadika anak puan cikgu2nya bagus2 dan anak enjoy pergi skool πŸ™‚

      Reply
  • October 2, 2015 at 12:50 PM
    Permalink

    salam puan farah..boleh contact saya thru email tak..sb anak saya bbim sg ara jgk..

    Reply
    • October 6, 2015 at 10:40 PM
      Permalink

      Aisyah tahun depan 2016 umurnya 4 tahun. Kalau tak salah saya bbim ambil anak start umur 3 tahun. Boleh cuba tanya bbim/ tadika yang sis olie nak hantar tu terima umur berapa πŸ™‚

      Reply
  • December 17, 2015 at 7:51 AM
    Permalink

    Assalam. …sekadar mohon pandangan…sy dh survey psl bbim ni….cuma sy pelik sbb mrk panaskan semua frozen food kt pelajar….hanya nasi je yg masak….

    Reply
    • December 17, 2015 at 10:44 AM
      Permalink

      Salam. Saya tak pasti tentang ni sebab anak saya half day saja. Cuba tanya habis2 bila masa diorang masak. Apa bahan2 dia guna. Pendapat saya nak masak daily ngam2 sebelum makan macam kat rumah tu tak dapat kot sebab budak2 ramai, cikgunya berapa orang saja. Jadi mungkin dah masak banyak2 awal2 beforehand dan divide dalam bekas siap2. Ataupun guna makanan frozen macam karipap frozen etc. Nak makan panaskan saja. Pendapat saya ok je sebab so far di tadika yang anak saya attend bukan makanan yang merepek2 yang diberi. Alternatif lain, boleh sediakan bekal utk anak kalau nak yang betul2 fresh.

      Reply
  • May 10, 2016 at 12:27 PM
    Permalink

    Salam. Sis sy pon ngh survey nk hantar ank ke sini,. Utk Praschool 4-6, ank sy bru nk hantar thn dpn tp da 5 thn bleh hantar gak ke?

    Reply
    • May 10, 2016 at 4:15 PM
      Permalink

      Salam. Boleh je sis. BBIM konsep mengajar diorang ikut pace budak. Cara belajar diorang fun and not too academically. Anak mesti suka πŸ™‚

      Reply
  • July 3, 2016 at 11:14 PM
    Permalink

    bbim = jual nama agama

    Reply

Leave a Reply to ibu khalif Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge