Hihihi apa lah tajuk. Busuk betul. Anyway hari ni sejuk sangat. Semalam hujan sampai pagi tadi. Sedap je tido. Papa kata bestnyer kalau dia dapat sambung tido hihihi. Pagi tadi kabus punya lah tebal. Nasib baik boleh nampak lagi rumah depan ni. Mama siap pesan kat Papa jalan elok2 pegi keje tu n tengok kete. Maklum lah kan tinggal kat kawasan gunung ni so lagi lah kabus teballl! Sekarang pun sejuk sangat n cuaca still gloomy. Mama perasan tadi pokok2 kat luar pun baru betul2 tukar color obviously. Ada pokok dah togel dah pun. Apa lah ni dah nak masuk winter baru nak betul2 tukar warna. Kalau dari hari tu kan senang nak tangkap gambar. Tapi leceh la tangkap gambar pun. Kawasan sini pagi petang siang malam sentiasa berkabus aje. So sudahnya gambar nampak blur aje. Tak secantik macam yang dilihat dengan mata sendiri. Hmmm memang confirm lah tahun ni Mama dah terlepas lagi chance nak tengok pokok2 yang cantik. Dah tak sempat dan takde masa lagi dah. Makanya memang takde lagi lah gambar Mama posing dengan pokok2. Hopefully tahun depan takkan terlepas peluang lagi.

Anyway berkaitan dengan tajuk kat atas. Semalam Mama n Papa tak pegi pun pre-natal class tu. Hari Sabtu Papa kena keje macam biasa. Bila balik keje petang tu Papa kata dia terlupa sebenarnya dia ada department party malam tu. So, kenalah g party. Kawan dia pun ada datang sini malam tu. So, lepas habis party, jumpa kawan n akhirnya nak dekat pukul 2.00 pagi baru sampai rumah. Mama pun mmg takleh tdo la kalau Papa takde. So, betul2 tido pun masa dah nak pukul 3.00 pagi. Paginya tu Subuh dinasour la jawabnya. Lepas solat Mama sendiri cakap kat Papa takyah pegi lah sebab Mama mengantuk. Papa pun sengih je sebab dia mmg dari malam sebelumnya dah cakap kalau boleh tak nak pegi sebab tak larat. So, kitorang sambung tido sampai tengahari hahaha 😛 Apaaa lah! Padahal Mama yang paling semangat daripada hari tu siap cakap kat Papa class tu penting mesti pergi! Sekarang ni semua maklumat boleh dapat dihujung jari aje. Mama carik sekejap je dah boleh dapat. Takpe lah nanti Mama blaja sendiri macam mana nak buat solid foods okay. Alah lambat lagi baby baik Mama boleh makan solid foods pun. Kalau boy lagi lah, Papa nak suh minum breast milk aje semata2 sampai 2 tahun sebab dalam Quran sendiri cakap macam tu. Tapi Mama really wonder lah. Untuk baby girl tak leh apply lah ek ayat tu? If not mesti dalam Quran cakap bayi sahaja n bukan bayi lelaki kan? So macam mana ek untuk girl? Sapa boleh jawab?

Petang, lepas makan Papa bawak Mama keluar. Kitorg g Shimamura kat Moto-Zenkoji. Mama pun belilah sehelai maternity jeans. Murah aje. Pakai pun ngam2 aje n still ada space untuk expand. Mama pun suka sangat sebab seluar Mama semua dah ketat. Nak button seluar pun semput perut dibuatnya. Sure baby baik Mama lemas je kesempitan bila Mama buttoned seluar kan? Haa sekarang tidak lagi hahaha. Mama beli sekali 1 bantal untuk letak lapik tempat duduk dalam kete. Tapi mama terbeli bantal tebal n tinggi sangat lah. Tapi takpe lah nanti bantal tu penyek jugak. By the way sekarang ni dah start winter n Christmas sales. Boleh jadi gila tengok sales sana-sini. Tapi bak kata Papa, kene sekat sket nafsu nak shopping tu. Papa kata Mama nampak happy je kalau g shoppig or even window shopping aje. Papa tatau ke shopping tu therapy? hihihi. Kalau dapat membeli lagiii lah happy hahaha 😛 Lepas shopping sket Papa bawak Mama makan kat shokudo. Alhamdulillah kenyang sampai takleh nak button seluar. Tapi sebab masa suntuk, Mama makan laju2. Takleh nak masuk sangat pun sebab digestion Mama sekarang ni dah lambat betul lah. Papa yang banyak habiskan Mama nyer portion.

Hmmm berkenaan sales sekarang, Mama ada jugak cakap kat Papa. Untung jugak kalau beli barang2 baby baik Mama ni sekarang sebab banyak less. Tapi ye lah masalah pulak kalau dah beli banyak2 mana pulak nak simpan. Rumah sekarang ni dah la kecik. Memang rumah ni bukan untuk family. Tapi Papa kata still awal sangat lagi. Takut nanti apa2 jadi karang barang2 dah beli tu buat menambahkan sedih je. Huhuhu Papa jangan lah cakap macam tu pulak! Lagi pun ada ramai plak kawan2 Papa nak bagi barang2 baby. So better tunggu dulu. Tapi ye lah betul jugak apa Papa cakap. Adush, sejak expecting ni selalu terpikir2 takut jadi benda2 tak baik. Bukan suka nak pikir tp memang takleh nak berenti. Mama baca dalam buku, it is a normal thing for expecting parents. Hmmm yelah sapa tak risau kan. Apa2 pun semoga semuanya selamat lah hendaknya, InsyaAllah. Bulan Januari, Februari or Mac nanti tu baru masa yang sesuai untuk beli barang2 untuk baby baik Mama. Takde lah nanti membazir plak. Lagi pun sebetulnya Papa pun dah takde budget. Dalam bulan ni Papa nak kena tukar tayar winter lagi. Dah la mahal. Pastu kalau dapat cari rumah yang sesuai nak kena pindah lagi pun pakai banyak duit jugak. Hmmm cakap pasal rumah mintak2 la dapat jumpa rumah yang sesuai secepat mungkin, InsyaAllah.

By the way, tengahari tadi masa Mama tengah masak Papa called kata tak nak balik sebab ada keje. Padahal Mama baru je tercakap dalam hati mintak2 lah Papa balik makan. Memang selalu jadi macam ni. Macam ada instinct plak hihihi. Dah tu Mama terus cakap kat Papa yang Mama masak kebab ayam. Terusss Papa kata haaa ok lah nak balik. Pulakkk! Hahaha lawak lah Papa ni. Maknanya dia bukan lah memang tak boleh balik pun. Huh sabar je lah ;P Sedap kan Mama masak kebab tadi kan baby baik Mama? Tapi sorry lah mayonnaise dah habis kalau tak sure lagi mengancam. Oklah that’s all for today. Baby baik Mama yang comel semoga membesar dengan sihat dalam perut ye, Amin; InsyaAllah 🙂

Hangat-Hangat Tahi Ayam

6 thoughts on “Hangat-Hangat Tahi Ayam

  • December 3, 2007 at 4:29 PM
    Permalink

    wah ina xmorning sickness ke? bestnya… kita 4 bulan xbole makan nasik, xbole masak pun!

    semua baby pn Quran sarankan bfeed sampai 2 tahun. mybe asben ina ckp boy tu sbb kencing bb boy yg minum susu mak dia je di bawah umur 2taun dikira najis ringan & xpayah dicuci, ckp dgn percikkan air je. maybe senang utk beribadat dgn boy yg minum BM je, kalo kene kencing xpayah salin2 baju.

    antara hadis pasal tu “pakaian yang terkena air kencing bayi perempuan harus dicuci, sedangkan pakaian yang terkena kencing bayi laki-laki cukup dipercik dengan air, jika dia minum susu ibu saja”.

    & ada kisah Rasulullah tgh duduk2 & ada orang dtg bawa bb boy, bb tu kencing atas baju bgnda, bgnda cuma percikkan air je.

    hehe. itu yg kita tahu la.

    Reply
  • December 3, 2007 at 4:44 PM
    Permalink

    Mami Hafiy,
    Morning sickness setakat loya2 aje. Masa awal2 first trimester aje. Cuma masa bulan puasa terasa teruk sket sbb takleh makan. Even takleh bau mkanan pe semua but still boleh lawan, bangun n buat keje. Muntah pun sampai skrg tak penah. Since hujung 1st trimester until now rasa mcm betul2 dah sihat. Alhamdulillah. Harap2 mudah sampai ke sudah, InsyaAllah 🙂 Ooo mcm tu ke. Betul lah tu sbb u sendiri ada baca Hadis pasal tu. Haah kan yang membezakan cuma air kencing sahaja. I mmg tak pasti pasal ni. Tq ya Mami Hafiy for the info. My hubby suka la nnt sbb if baby girl pun I boleh brestfeed smpi 2 tahun xperlu pk2 nak kena bg mkn benda lain hihi 🙂 I thought applied to boy sahaja n girl kene bg jugak mknan lain selain BM. Rupanya tak… 🙂

    Reply
  • December 4, 2007 at 10:30 AM
    Permalink

    annyeong ha seyo….

    kehkehkehkeh…subuh dinosour..first time dengo nih..camne tuh? ina, jangan fikir2 sgt bende2 tak baik..u juz relax je k..dulu kak kim penah miscarriage b4 conceivekan si little ranger tuh…2 thn baru berjaya pregnant..kadang2 kite terlampau suka or terlampau berhati hati sangat pun x elok jugak..insha allah everything will be smooth sailing..amin.

    Reply
  • December 4, 2007 at 11:21 AM
    Permalink

    Kim,

    Konnichiwa…

    Hihihi subuh dinasour tu samala mcm subuh gajah. Dah cerah br nk solat ;P Mmg xnak pk sbnrnya tp kdg2 tu xsedar terpk2 jugak. Actually my mom pn dlu b4 dpt kiter dia penah miscarriage. Pastu kiter baca buku anak sulung mmg common if miscarriage masa 1st time conceived. Kiter ni terlalu risau sgt kot kan. Okay will try not to pk2 lagi dah n buat relax je. Tq for the reminder Kak Kim 🙂

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge