I believe now semua orang tengah sibuk buat persiapan akhir untuk sambut hari raya. Also ada juga yang tengah on the way balik kampung kan? Me? I’m stuck here takde buat apa2 persiapan pun. Tadi bangun pagi (ouh pagi la sangattt) terus rasa macam aisehhh boringnya. If not usually I would always be at my grandparents’ house of my mom’s side. Sehari before raya selalunya diorg akan sibuk bakar lemang kat luar rumah n mengacau rendang satu kawah sampai kering. My grandpa’s lemang is paling glamour kat kampung sebab semua orang kata lemang dia sedap cukup lemak, manis, masin dia semua segala. So selalunya ada la sedara mara or orang2 kampung yang nak tumpang sekaki upah order lemang kat kitorg. Ada certain tu bila dah terlupa nak tempah, diorg akan serang rumah awal2 pagi lepas beraya kat rumah sendiri sebabnya nak makan lemang punya pasal. Ada la kaum kerabat anak adik Atuk yang macam ni hahaha! Macam2 la. Tapi Atuk n Uwan dah budget2 dah bape banyak nak hidang untuk diorg. Kalau ikut2kan untuk diorg tu hidang semua pun boleh habis. Memang hantu lemang.

Besides, dalam hari ni juga Uwan, Mama n makcik2 selalunya dah start kuarkan pinggan-mangkuk Uwan yang kat dalam kabinet2 tu prepare untuk sebelah malamnya n hari esok. Pastu lepas dah rehat waktu tengahari nak dekat petang selalunya pakcik2 yang bujang tu n my brothers membakar ikan kat luar rumah. Ikan tu amik drpd lombong Pak Long. Selalunya juga waktu hari ni, my Ayah akan berehat2 kat hall rumah ajo sambil baca newspaper. Youngest brother plak sibuk main dengan cousins. Maka terjerit2 la masing2. Kejap org tu nangis pastu org ni nangis. Memekak je. I don’t have gang la kalau bab ni sebabnya saya cucu yang sulung. Anak2 Pak Long plak selalunya lepak rumah diorg ajo. Ada sorg la boleh jadi gang tp dah ada anak kecik plak. Maka saya pun melayan diri sendiri ajela enjoy suasana. Saya akan tawaf satu rumah takpun kejap ke depan n kejap ke belakang. Then I would normally just tolong tengok aje semua org kat dapur buat keje hahaha! Best tengok diorg buat benda2 tu semua jadi ralit. Plus of course la I love the suasana especially dengan asap2 masuk rumah segala. Dah la dapur Uwan tu besar maka memang best lepak kat situ sejuk, lapang n terang ajo. Selain daripada tu saya akan sibuk bermain2 dengan kuceng2 yang comel. Pastu saya sambung baring2 dlm bilik untuk study or anta2 sms kat Abang Bucuk or tdo lagi hahaha. Ouhhh masa tu student lagi laaa. Masa final year tu dah kawin tp raya jauh2 la kan. Dia raya kt Nihon.

Bila petang time buka poser selalunya hari akhir ni akan makan rendang dengan nasi or lemang aje. Ikan bakar pun ada makan dengan nasi n sambal kicap n ulam2 kampung ambik dr kebun macam terung pipit, pucuk pegaga, kacang botol n so on. Perghhh meleleh plak air liur bila teringat. Pastu makan kuih raya. Itu jela. Bila dah solat semua, akan mula la sesi mengiron baju kurung la baju melayu la. Selalunya I would be assigned to do this untuk semua org. Tp my family aje la. Kdg2 kena paksa gak dengan makcik2 hehe. Then Mama, Uwan n makcik2 sibuk prepare kuih2 dlm piring n gelas kecik2 banyak2. Saya tolong jugak masa ni. Sebabnya lepas takbir di masjid akan ada sesi hantar doa n takbir dr rumah ke rumah. Ini org lelaki jela yg join ni. Diorg akan bahagi kpd 3 kumpulan mcm tu then masing2 g bahagian masing2 n cover semua rumah kat kwsan tu sampai habisla 1 kampung. Selalunya rumah Atuk mmg xpayah tggu sampai lewat2. Dalam kul 9 lebih org2 ni dah sampai. So masa tu sama2 la takbir dlm rumah n aminkan doa. Adik2 suka la ikut org2 anta doa ni. Diorg g dgn pakcik2. Dah tu bila malam sket diorg main bunga api. Me? Xminat la. Suka gak sbnrnya tp tak tahan la bau busukkk.

Lepas dah selesai akan mulala lagi sesi mengemas. Angkat balik segala piring n gelas ke dapur. Pastu kemas2 n sapu2 kwsan hall. Adjust n tambah bentang lagi karpet n tikar apa semua siap2 utk esok. Bekas kuih raya pun dah letak n susun siap2. Lepas tu bentang tilam berderet2 untuk org laki tdo situ hahaha. Mcm tu la serba-sedikit lebih krg mcm mana suasana sehari b4 raya kt kampung belah Mama. Kampung belah Ayah jarang balik sebab jauh sangat. Tp rasanyer lagi meriah la belah Mama. Mebbe sbb dah terbiasa kot, lebih rapat n mmg byk aktiviti pun kalau kat kampung Mama.

Hmmm ni esok raya nak masak apa ni? Petang ni buka puasa pun tatau la nak masak apa. Ingat nak buat nasi impit n kuah kacang terus. Tapi ayam with bone plak xhbs lagi nak ganti dgn ayam boneless. Teringin nak buat lontong n kuah lodeh. Tapi mana nak carik tempe kat sini. I got to know ada org lain kt tempat diorg ada jual tempe. Huh bestnya. Ini la akibat tinggal kat pedalaman hehe. Suhun plak dah habis sebab haritu leh plak terbuat suhun goreng. Apa la suhun dengan meehun pun tak kenal. Tak pasal2 je suhun tu 2 kali makan dah habis. Kalau tak boleh tahan berbulan2 masak sket2 buat sayur. Cisss. Hmmm tgklah macam mana jap g. Ada 45 minutes lagi untuk pikir. Ikut2kan hati malasnyer nak masak arini. Esok plak mebbe kena masak untuk jamuan. Saya buat dessert ajo sbb xkuasa saya nak bersusah-payah sorang2. I am d only Perempuan Melayu Terakhir kt Matsukawa ni. Yang lain2 nnt kaum lelaki buat sesama diorg. Minta2 la gang tahun ni masak sedap2 n best2 mcm gang tahun lepas. Esok jugak nk kemas2 rumah sket2 pagi tu. Ala tapi xde org nk dtg beraya sini pun hehe. So layan mood sorg2 jela.

Get Your Graphic Here

Dahla kuih Mama post xsampai lagi isk isk. Nasib baik Ibu ada pos 3 jenis kuih. So esok bleh la makan kuih Ibu kasik tu dulu. Okayla dah pjg sgt membebel. So dikesempatan ini saya n hubby nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin. Maafkan segala salah dan silap sekiranya ada. Mana la tau ada terkasar bahasa ke, tersakitkan hati ke, kesalahan yang disengajakan ataupun yang tak disengajakan dan semua2nya lah. Sorry ek hehe. Halalkan juga semuanya. Kepada yang memandu berhati2 di jalan raya. Patuhi undang2. Sabar. Biar lambat asalkan selamat. Kalau ye pun tak nak memandu dengan berkhemah, jangan sampai org lain plak jadi magsa kecuaian anda. Anda cuai so biarlah diri anda saje yang jadi mangsa okay! 😛 Tak suka betul org yang menyusahkan org ni. So, beringat lah! That`s all. Have fun people!

When Aidilfitri Is Just Around The Corner

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge