Actually aku memang nak update blog tapi takde kesempatan sangat. Baru-baru ni bertambah plak lagi 1 tugasan nak kene study. Tugasan apa? Ouh biarlah rahsia dulu hehe. So hari tu bulan July Yatie ada tag aku. So ini baru nak bayar hutang. Punyala dah lama sangat. Aku rasa Yatie pun dah tak ingat kan Yatie kan? Hutang2 lain tu tunggula giliran kay huhu banyaknya hutang tag nak kena bayar ni.

Tag ni takde tajuk or aku tatau pun tajuk dia apa.

1. Dah pukul berapa sekarang?
-Pukul 2.35 p.m waktu Jepun.

2. Apa mood sekarang?
-Mood tengah teringin nak makan macam2. Tengah dok pikir apa nak makan. Plus rasa bosannya n malasnya nak masak.

3. Rasa nak buat apa sekarang?
-Nak habiskan tag ni cepat2 lepas tu nak baring2 kejap kumpul tenaga sebelum berperang di dapur jap gi.

4. Kalau ada magic sekarang rasa nak buat apa?
-Err nak ada pintu suka hati Doraemon atau poket serbaguna Doraemon untuk pegi, buat n minta apa2 aje hehe.

5. Rasa nak tengok citer apa sekarang?
-Mmm no idea la. Tapi rasa mcm nak tgk The Secret of Akkochan. Citer 50 First Dates ke. Mmm citer pasal binatang yang ada bulu2 n comel2.

6. Keluarga tgh buat apa sekarang?
-Hubby g keje. Hmmm napelah kilang hubby slalu xcuti masa public holiday? Kilang dia je yg pelik n lain dari yg lain haha. Kaum keluarga lain kat Mesia..gi keje, gi skolah, gi university n mcm2 lagi.

7. Apakah waktu makan sekarang? Dah makan?
-Puasa la. Tadi habis waktu sahur pukul 4.14 am. Buka puasa nanti pukul 5.43 p.m.

8. Rasa nak duduk bersama siapa sekarang?
-Semua orang kesayangan saya. Families n hubby of course. Camner tu?

9. Dan dia tgh buat apa sekarang?
-Samala mcm kat atas tadi tu.

10. Macam mana cuaca sekarang?
-Harini sunny. Tapi dah makin kurang panas. Makin dingin.

11. Kalau ada cash sejuta dalam tangan sekarang, nak buat apa?
-Beli rumah, byr loan kat bank, beli segala apa yang penting. Bagi parents n adik2 sket. Lebih simpan buat saving masa depan n buat g haji.

12. Rasa nak souvenir dari siapa sekarang?
-Yatie! Sebab dia yang tag hahaha. Nak souvenir dari kawan2 kat negara lain.

13. Setelah menjawab beberapa soklan survey ni, apa mood sekarang?
-Mood bilala tag ni nak habis???

14. Jadiknye, dah pukul berapa sekarang?
-Pukul 2.52 p.m.

15. Akhir sekali, rasa nak tag siapa sekarang?
-Errr sesapa la yang nak buat tag ni hehe. Orang yang ditag akan diinform kat blog dia ok. Haa jaga2!

Okay selamat berbuka puasa untuk harini dan seterusnya ye kawan2 🙂 Jaga diri baik2 di mana2 jua anda berada. Well, you got what I mean…

When She Was Tagged By Yatie

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge