Hello peeps how’s ur puasa so far? As for us so far so good. Well, this is not the first time we are are fasting right. As for us we just feel the same as how we felt when we were not fasting.

Anyway hari ni aku malas nak pikir. Kena update blog cepat2. Kesian blog aku ni makin hari makin dilupakan. Sekarang dah pukul 2.30 p.m. Kul 3.15 p.m dah masuk waktu Asar. Aku kena check segala resepi berkaitan sebelum Asar sebab lepas Asar aku dah nak start masak. Arini buka puasa kul 5.53 p.m. Makin hari makin cepat.

Honestly dari sebelum puasa lagi aku dah asyik teringat Bazaar Ramadhan. Tahun ni belum apa2 awal2 lagi aku dah rasa sedih semacam. Tapi sedih aku tu lebih kepada sebab tak dapat gi Bazaar Ramadhan n sebab2 yang lain2 tu aku tak kisah sangat hehehe. Maklumla aku kan suka makan. Malaysia memang best la ada banyak makanan sedap. Walaupun tahun lepas2 lepas gi Bazaar Ramadhan je mesti aku tak berenti2 membebel sebab penyediaan makanan kotor la, harga mahal sangat n tak munasabah la, makanan tak sedap la, peniaga kedekut taik idung masin la, peniaga tamak la n macam2 lagi. Aku kan cerewet. Tapi kat sana la aku dapat cari macam2 makanan yang aku suka masa bulan2 puasa ni.

Tahun ni aku mampu terliur je la. Kejap2 teringat itu ini. Dah la aku suka makan kuih. So aku pun sibuk dok tengok resepi sana-sini sebab nak buat kuih la kononnya. Bila jumpa resepi, alahai susah sangat la pulak nak buat, bahan takde la plak, perkakas masak yang betulnya takde la pulak atau tak cukup n macam2 lagi. Maka aku kena la carik resepi lain pulak. Yang mana aku tak dapat buat n makan tu aku mampu tahan air liur jela. Pelan2 lupakan kuih tersebut. Macam hari first puasa aritu aku buat cucur udang. Aku ingat susah sangat la cucur udang ni tapi senang sangat rupanya macam buat cucur yang lain2 gak la. Tak la jadi sangat cucur udang aku n berlebih2 plak tu hari ke 2 puasa baru habis. Tapi okla puas hati at least dapat gak la tekak aku ni merasa. N on the other hand, bertambah la lagi skill aku memasak hehehe. Dulu langsung aku xreti masak tapi sekarang boleh la setakat nak makan berdua ni no prob la.

First day puasa aku masak scramble egg with tuna, masak lemak cili api rebung, ikan cencaru goreng, cucur udang n air lemon tea. Second day aku buat macaroni goreng, mushroom soup, buah epal, air lemon tea n cucur udang lebih semalam. Second day ni la yang tak best sebab tah apa2 je aku masak. Macaroni goreng tu tak jadi sgt. Pastu mushroom soup tu aku memandai2 ubah resepi. Memang la sedap tapi dah takde rupa common mushroom soup. Aku memang slow sket kalau makan benda yang rupa macam pelik sket. Third day masak meehun tomyam, mushroom soup semalam, buah epal n air oren sunquick. Fourth day masak sup tulang, kerabu ikan bilis peria, buah epal n air oren sunquick. Uish memang sedap sup tulang aku sehingga menjilat siku. Aku ingatkan 1 kg daging tulang tu penuh dengan tulang aje. Rupa2nya banyak plak isi dagingnya. So yesterday panaskan aje sup tulang tu n buat air asam, sayur timun aje, salad buah n air oren. Wahhh makan macam tak ingat dunia hehehe. Arini aku still dok pk nak masak apa. Kitorg makan simple2 je. Aku buat banyak2 pun tak habis. Makan banyak2 sangat pun tak bagus jugak kan. Itupun lepas buka puas terduduk dua2 orang.

Setakat ni Alhamdulillah terawikh still tak tinggal. InsyaAllah tak tinggal kot. Tahun lepas pun aku buat penuh. Tahun sebelum tu pun sama. Hubby pun last year penuh kot terawikh dia. Tahun ni pun kena penuh. Memang aku paksa rela hehehe. Tapi memang dia sendiri nak buat pun. Baguslah tu. Kadang2 jemaah sekali kadang2 tak sebab kadang2 hubby ada keje.

Ouh yer teringat pasal Salam Perantauan. Sesapa yang terperasan gambar aku kat Utusan n BHarian tu senyap2 jela hehehe. Ala biasala kan dah nama pun perantau. Saje2 je just for fun. Yang bestnyer ada citer ngok-ngek gak la sebalik tu. Maka disebabkan itu, aku nasihatkan korang abaikan jela gambar aku kat BHarian Online or newspaper tu n tgk Utusan Online aje. Aku xtaula akan kuar ke tak kt Utusan newspaper.

Anyway pasal citer ngok-ngek tu, aku sendiri la yang ngok-ngek sebenarnya. Nyampah lak kalau ingat balik. 2 ari b4 puasa aku anta Salam Perantauan kt Utusan n Bharian. Aku buat tgh2 mlm mmg ngantukla. Aku anta Utusan dulu pastu br anta BHarian. Kebetulan mlm tu aku bengang sket dgn hubby. Masa anta kat Utusan tu ada format yg dah ditetapkan. Disebabkan aku bengang, aku pun tulis nama parents aku dulu kt depan. Pastu aku anta BHarian plak. Masa nk anta ni aku kena la edit balik supaya tak jd pjg sgt. Sbb kt BHarian xde format. Kalau buat mcm Utusan akan jd pjg sgt. So dlm kepala aku dok pk2 nak tulis nama parents aku dulu ke parents hubby. Dlm aku dok sibuk2 cut copy paste cut copy paste tu last2 aku aku kata ala anta jela sapa2 dulu. Penat dah. Aku terus copy paste masuk emel. Aku tak check betul2 n aku baca skali imbas je. Aku check lama jugak tp tatau la mcm mana aku leh tak pasan. Pastu send. Cumanyer aku saje2 la guna gmbr lain2 utk Utusan n BHarian.

Lepas tu gmbr aku kuar Utusan Online. Mmg ok la no prob. Pastu kuar kat BHarian Online plak. Aku pelik aikkk apasal ucapan aku hbs kene potong. Tinggal seciput je. Dah tu nama PIL aku xde. Aku dh rasa xbest. Aku dh bengang2 awal2 pagi tu. Tghari mcm tu aku dpt offline msg drpd SIL aku kata, “arini ada beli berita harian sbb gambar ada kuar kt Salam Perantauan. Abah nangis sebab nama takde sebut he he”. Of course la Abah main2 je takkan la nak nangis betul2 plak kan hohoho. Pastu aku pun terus la tepon rumah in-law kata aku pn xtau nape jd mcm tu. Kene potong kot. Ni pun tgh bengang la ni bla bla bla. Pastu aku suh diorg check Utusan Online. Dah la tu rupanya PIL aku tau pun drpd adik dia kot (pakcik2 hubby). Diorg sms abah aku ni kata gambar hubby ada kuar paper. Maka abah aku ni kelam kabut la suruh budak2 adik ipar aku ni g beli BHarian. Sekali tgk nama dia takde. Terkejut la pakcik tu. Tapi diorg tak kisah langsung pun. Diorg pn tau aku bkn mcm tu. Hubby aku lagi tak kisah. Dia bukannya amik pusing benda2 ni. Dulu masa student pun dia xpenah hantar benda2 ni.

Yg bestnyer mama aku pun tau gmbr kuar paper sbb kwn mama dari Ganu lagi siap sms ke Kota Kinabalu tu gtau mama. Parents aku dh bising2 nape aku tak tulis nama PIL. Aku ckp la bukan salah aku. Dah tu yang best nyer ramai plak tu kwn2, sedara mara pe sumer baca paper tu. Aku xkisah org lain. Tp aku kisah pasal sedara mara hubby aku la. Kang salah paham plak kan. Tak best la. Nnt pk bukan2 plak.

Maka aku pn dah geram. Tgh2 mlm tu aku terus anta emel teguran kt BHarian. hubby aku pun sokong. Tapiiiiiiiiiiiiiii bila aku dh anta baru hubby aku kata, “dah check tak sent email?”. Pastu terus dia check kan. Tergamam sekejap rupa-rupanya memang salah aku tertinggal nama PIL. Yang best nyer sumer nama adik2 ipar aku tulis plak hahaha. Maka aku pun menggelabah tahap cipan terus anta emel minta maaf bla bla bla ckp aku yg cuai.

Smlm plak org tu balas kata aku mmg xde tulis nama PIL. Pastu dia kata ini khidmat free jd kalau dh terpilih tu kirer bertuah la. Sbb ramai lg ribu2 org anta hohoho. Nasib baik dia tak marah aku.Mebbe dia pun dah baca email aku cakap sorry tu.

Serius aku rasa bengang dgn diri sndiri. aku rasa mcm nk sembunyi kepala ni dlm tanah je. Aku mmg tak suka kalau aku buat salah yg bukan2 mmg aku rasa mcm end of the world je. Mmg sikap aku mcm tu. Korang tolonggg la bgtau aku its a small matter je sebab aku takleh berenti pikir pasal ni huwaaa!

Ni belum aku citer kt mama lagi. Dah la aritu aku beriya kutuk2. Sure mama gelak golek2. Hampeh laaaaaaaaaaaa. Adik aku plak awal2 dah cakap aku tah pape cissssss! Kenapa la aku menggelabah sgt. Smlm 1 hari aku takut check emel. Tp nasib baik arini aku dh tak rasa sangap sangat ke apa ke hahaha! Mencik!!!!! Itula Abang lain kali jangan buat orang bengang! Yang aku plak suka ikut sangat perasaan tu nape??? Haaa itu la citer ngok ngek hahaha ;P ;P ;P

Hmm nway aku dah makin malas plak nak update blog. Busy la. Disebabkan busy tu la aku malas. Jangan ingat aku takde keje n takde anak lagi aku takleh busy. Banyak benda aku boleh buat, nak buat n kene buat. Urus makan pakai suami, urus rumah tangga, buat eksperimen kat dapur. Pastu disebabkan everything has to be done on our own so aku sentiasala kene blaja dari semasa ke semasa. Aku kene baca internet itu ini untuk tgk resepi, baca pasal kesihatan, baca pasal cuaca n macam2 la lagi, email2 family sana-sini sebab kena update itu ini n macam2 lagi lah. Kang aku senaraikan semua nanti ada plak kata aku riak lah aku sorang jelah yang busy apa lah n macam2 lagi. Sooo sila lah jangan pelik bila aku kata aku busy. Actually it depends to the person la dia nak busy kan diri ke tak. Tapi sebab aku ni terpelajar n aku tanak otak aku ni daripada beku aje n aku nak ilmu aku bertambah dari hari ke hari so thats y lah aku takleh dok diam aje. Makin banyak aku cari n jumpa baru aku tau makin banyak rupanya benda aku tatau. Ilmu ni pelbagai n terlampau meluas n tak rugi kiter tambah especially kalau kiter nak guna n manfaatkan sebagai bekalan masa depan. Sebab tu la juga general knowledge aku ok sket tapi jangan expect la apa korang tanya aku leh jawab ek. Ye aku tau orang lain pun masuk university tapi kalau dah sikap orang lain tu suka duduk goyang kaki aje bagi aku itu lagi rugi.

Sometimes aku ok je bila orang tanya tapi bila dah ramai2 sangat aku rasa annoying la. Come on la I don’t have to tell n korang leh pk sndiri. Life masing2 lain2 n diri masing2 lain2. So if korang (read: orang berkenaan) jenis yang suka lepak2, goyang kaki n tengok tv, jangan expect aku pun mcm tu. Yelah mebbe sometimes life seseorang revolves around family dia sahaja so sbb tu dia xleh terpk benda yg luar daripada kebiasaan dia kan. But that is so not me utk tgk idiot box tu 24/7. Kalau National Geographic ke atau apa2 berkaitan then thats ok.

N ouh ye tak rugi juga aku ada degree tapi aku tak gunakan dijalan yang sepatutnya. Mebbe keadaan sekarang membataskan aku daripada meneruskan impian aku tapi aku rasa berbaloi juga berkhidmat n berkorban untuk suami terlebih dahulu. After all dia berusaha untuk masa depan keluarga juga. Tak rugi aku belajar tinggi2 sebabnya at least aku pandai berpikir n anak2 aku nanti untung sebab dapat mama yang boleh mendidik, hubby aku pun untung sebab ilmu bini dia ada sedikit-sebanyak boleh memudahkan kehidupan n urusan suami, aku tau apa yang aku tak tau n aku tau mana nak cari n apa nak buat untuk membolehkan aku tau. That is wayyy much better daripada aku biarkan diri aku taktau yang aku tak tau. Got it? Dah la malas nak cakap panjang2 jaga diri masing2 dah la. N aku pun tau apa yang aku buat. Aku ada kepala n boleh pk sndiri ok. If not pun aku ada family aku yang boleh nasihat ke apa ke. Takyah la risau2.

Oklah sekian sahaja sesi bebelan aku harini. Aku nak masak la. Alamak dah 3.30 p.m. Erkkk nak masak apa ek??? Selamat buka puasa 😀

PS: Jangan terkejut ye entry hari ni lain dari yang lain hehehe ;D

When Her Ramadhan Is Without Bazaar Ramadhan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge