Assalamualaikum,

 

Alhamdulillah Aisyah dah masuk tadika.Β Akhirnya kami pilih tadika Brainy Bunch Islamic Montessori (BBIM) di Taman Pelangi Semenyih.Β In fact hari ni hari ke 3 Aisyah pergi ke Brainy Bunch. Walaupun masih lagi menangis sejak hari pertama masa hantar waktu pagi tapi cikgu-cikgu kata tak berlanjutan. Dia menangis kejap je. Lepas tu dia boleh join semua aktiviti. Secara keseluruhan Aisyah is doing just fine di sekolah! Yeay! Lega hati Mama πŸ˜€

Hari pertama pergi tadika, review tadika brainy bunch islamic montessori  cawangan pelangi semenyih, pengalaman masuk tadika, hantar anak pergi tadika, anak menangis di tadika, cara tinggalkan anak-anak di tadika, bbim pelangi semenyih, playschool sesuai untuk anak 3 tahun, tadika mana sesuai nak masukkan anak 3 tahun, anak menangis masa hari pertama pergi tadika, bila anak bersedia nak pergi tadika, hantar anak ke kindergarten, tadika konsep montessori, tadika medium bahasa inggeris, bagi pergi tadika untuk bersosial , pergi tadika bermain dengan kawan-kawan, ajar anak berdikari,  hari pertama di tadika, islamic playschool, survey tadika untuk anak umur 3 tahun, berapa yuran tadika brainy bunch islamic montessori, memilih tadika untuk anak, umur berapa sesuai hantar anak masuk tadika
Tadika pertama tempat Aisyah menuntut ilmu!

 

Perasaan masa mula-mula hantar tu memang agak syahdu. Pejam celik je rupanya Aisyah dah 2 tahun lebih. Terasa macam dia masih baby masam-masam dan comot-comot. Tambah-tambah dengan badan dia yang chubby macam baby tu memang sedap peluk. Nasib baik lah saya ni bab untuk kebaikan anak-anak saya mampu berkeras hati. Kalau tak, mesti tak ready lagi nak hantar Aisyah pergi tadika.

Setakat baru 3 hari hantar ke BBIM ni memang dah nampak sikit-sikit perubahan. Honestly saya sangat surpised! Memang betul lah orang cakap budak-budak ni cepat tangkap dan cepat mengikut. Memang otak anak-anak umur 4 tahun dan ke bawah ni macam span. Serap semua yang dia tengok dan nampak. Saya noticed perkataan-perkataan baru yang jarang saya dengar Aisyah cakap dan perlakuan-perlakuan baru yang positif. Tapi kalau dia kutip semua yang baik-baik tu of course lah rasa suka kan πŸ™‚

 

Hari Pertama Di Tadika!

 

Malam sebelum mula sekolah principal dah Whatsapp bagitau yang policy tadika tu untuk new parents dan student, mesti tinggalkan anak secepat mungkin. Tak boleh pun ikut masuk ke dalam kelas dan tak boleh tunggu-tunggu atau tinjau-tinjau. At first memang saya rasa pelik dan tak setuju dengan cara ni. Sebab pada pendapat saya takut anak jadi lagi trauma. Saya lebih selesa ikut sekali anak masuk dalam kelas. Bila dia leka, saya senyap-senyap keluar dan tinggalkan.

Hari pertama pergi tadika, review tadika brainy bunch islamic montessori  cawangan pelangi semenyih, pengalaman masuk tadika, hantar anak pergi tadika, anak menangis di tadika, cara tinggalkan anak-anak di tadika, bbim pelangi semenyih, playschool sesuai untuk anak 3 tahun, tadika mana sesuai nak masukkan anak 3 tahun, anak menangis masa hari pertama pergi tadika, bila anak bersedia nak pergi tadika, hantar anak ke kindergarten, tadika konsep montessori, tadika medium bahasa inggeris, bagi pergi tadika untuk bersosial , pergi tadika bermain dengan kawan-kawan, ajar anak berdikari,  hari pertama di tadika, islamic playschool, survey tadika untuk anak umur 3 tahun, berapa yuran tadika brainy bunch islamic montessori, memilih tadika untuk anak, umur berapa sesuai hantar anak masuk tadika
Muka kena bangun awal. Masih blur dengan apakah yang bakal terjadi ;P

Knowing Aisyah dia jenis kalau menangis susah nak pujuk. Boleh bertahan menangis berterusan for a few hours. Tapi tu lah saya kena percaya pihak tadika lebih arif dan tahu apa yang diorang buat. So kena lah ikut peraturan. Pagi tu kami bangun awal dan husband tolong juga siapkan anak-anak. Aisyah kena sampai tadika pukul 7.30am sebab by pukul 7.45am sepatutnya semua budak dah bersedia dengan telekung etc untuk solat Dhuha.

Aisyah muka blur je sebab kena bangun awal. Kitorang siap ambil gambar depan rumah dan depan tadika. Hantar Aisyah dengan 2 kereta ke tadika hihihi πŸ˜€ Principal dah bersedia depan pagar untuk terima murid. Saya pun pimpin Aisyah dan cuba nak pass kepada principal tapi seperti dijangka memang Aisyah nangis dan menjerit ‘Nak Mama!’. Saya pimpin Aisyah sampai depan pintu dan terus pass dia kepada sorang cikgu sebab dia tak nak lepas daripada dukungan saya!

Lepas tu saya terus balik. Terfikir-fikir juga ok ke dia? Tapi masa saya nak ambil dia balik surprisingly saya tengok Aisyah dengan gembiranya tengah main dekat playhouse area! Buat tak tau je kita panggil. Punya lah excited. Padahal pagi tadi beriya nangis. Tapi memang lega lah tengok Aisyah ok je. Cikgu-cikgu pun kata Aisyah pandai dan tahu banyak English vocab. Masa solat dia sendiri yang pakai telekung. Dia suka nanyi dan menari tapi cikgu tak faham apa dia cakap πŸ˜€

 

Hari Kedua!

 

Semalam husband yang hantar Aisyah dan dia still menangis masa ditinggalkan. Cikgu informed yang Aisyah tak berapa makan sangat di sekolah. Tapi saya tak terkejut sangat sebab Aisyah memang picky eater. Tapi tu lah kena fikirkan sesuatu sebab waktu breakfast sebelum pergi sekolah pun susah sangat nak makan. Takut sementara nak lunch dia kelaparan pula. Owh hari ni Aisyah nangis 15 minit! Husband cerita cikgu suka cium-cium Aisyah sebab cute macam baby πŸ˜€

Hari pertama pergi tadika, review tadika brainy bunch islamic montessori  cawangan pelangi semenyih, pengalaman masuk tadika, hantar anak pergi tadika, anak menangis di tadika, cara tinggalkan anak-anak di tadika, bbim pelangi semenyih, playschool sesuai untuk anak 3 tahun, tadika mana sesuai nak masukkan anak 3 tahun, anak menangis masa hari pertama pergi tadika, bila anak bersedia nak pergi tadika, hantar anak ke kindergarten, tadika konsep montessori, tadika medium bahasa inggeris, bagi pergi tadika untuk bersosial , pergi tadika bermain dengan kawan-kawan, ajar anak berdikari,  hari pertama di tadika, islamic playschool, survey tadika untuk anak umur 3 tahun, berapa yuran tadika brainy bunch islamic montessori, memilih tadika untuk anak, umur berapa sesuai hantar anak masuk tadika
Beberapa minit sebelum menangis kena tinggal πŸ˜€

 

Hari Ketiga!

 

Hari ni agak sibuk sebab saya kena hantar Aisyah dan kemudian hantar Ihsan ke PDK. Masa tinggalkan Aisyah again dia menangis menjerit berjujuran air mata. Cikgu ada Whatsapp gambar Aisyah ikut solat Dhuha. Not bad juga lah sebab dia boleh stay dalam saf. Kalau di rumah elok lepas kita angkat takbir je dia mesti berdiri depan kita sambil sengih. Lepas tu kacau Abang Ihsan. Memang berbeza perangai Aisyah di sekolah berbanding kalau di rumah. Di rumah Aisyah sangat playful dan cheeky. Elok lah tu pergi sekolah boleh belajar berdisiplin.

Masa balik principal pass daily event card. Macam report lah hari ni Aisyah buat apa, macam mana dan makan apa etc. Hari ni Aisyah makan cereal dan boleh cooperate ikut semua arahan. Owh Aisyah dalam program playhouse. Ada 6 orang murid umur 3 tahun sama macam Aisyah. Dalam ramai-ramai tu Aisyah antara yang paling kecil di tadika. Ada sorang lagi sama saiz macam dia juga. Tadi masa ambil ada parents lain tanya, ‘Keciknya! Berapa tahun ni?!’. Ada juga yang cakap, ‘So cute lah baby ni!’Β πŸ˜€ Dah budak kecik memang lah semua kiut hihi ;P

Saya perasan jadual di tadika ni on time ikut jadual. Saya terambil Aisyah awal sikit hari ni. Sepatutnya kena tunggu sampai 12pm tepat baru ambil. Mungkin sebab tunggu diorang beratur, baca doa dan kemas alatan belajar. Bagus lah macam ni kan worth the money spent sebab memperuntukkan sepenuhnya waktu di sekolah. So far saya puas hati dengan tadika BBIM Pelangi Semenyih ni. Tak lah perfect macam yang saya nak tapi tak boleh lah cerewet sebab bukan tadika saya sendiri kan hihi ;P

 

Again, Alhamdulillah Aisyah diberi peluang rezeki untuk merasa belajar di tadika montessori ni. Memang ada dalam wish list saya dan doa saya tiap-tiap hari nak hantar dia ke montessori kindergarten. Allah izinkan dan makbulkan walaupun bukan dengan setepatnya seperti yang saya mahukan. Tapi saya mesti bersangka baik sebab Allah hanya memberi apa yang sesuai dan terbaik untuk setiap hambaNya. Semoga langkah pertama Aisyah dalam bermujahadah memberi lebih banyak kebaikan untuk Aisyah dunya wal akhirah, Amin!

 

 

 

Hazrina Nasir

Hari Pertama Aisyah Di Tadika Brainy Bunch Islamic Montessori (BBIM) Taman Pelangi Semenyih
Tagged on:             

2 thoughts on “Hari Pertama Aisyah Di Tadika Brainy Bunch Islamic Montessori (BBIM) Taman Pelangi Semenyih

Leave a Reply to Nurul Huda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge