Yer saya mmg takut okeh! Semalam tak dapat tido. Nak lelap mata pun takut. Dah sedaya upaya dan pelbagai cara dibuat. Tutup muka lah. Peluk hubby kuat2 daripada belakang sampaikan kalau boleh nak melekat terus kat badan dia. Tapi tak sampai 5 minit dah kepanasan lah pulak. Tarik selimut dan bantal rapat2 pun still tak berjaya mententeramkan keadaan. Doa tido apa semua dah baca. Tapi tula kepala otak ni ligat dok pikir macam2. Bila cuba ingat benda lain tup2 tetiba patah balik pikir benda yang sama. Bila dah lepas solat subuh dan hari dah cerah pun masih takut nak tido. Memang tak dapat tido dengan aman pun. Tapi nasib baiklah takde mimpi apa2 or terganggu masa dapat tido tu. Sebelum tido tu siap pesan lagi dekat hubby, “Abang, kalau rinny nak gi toilet, Rinny kejut abang tak bangun, siap la Abang tau. Rinny kejut jugak2 sampai Abang bangun. Sumer abang punya pasal”. Pastuh dia jawab, “Ye lah Sayang. Ya Allah hai. Abang cuba lah. Tapi kalau Abang marah2 ke apa ke, tak terbangun jugak ke janganlah marah or merajuk. Abang bukannya sedar”. Pastuh yang paling best dia boleh pulak baca doa siap cakap, “Ya Allah, sekiranya isteri ku mengejutkan aku untuk pergi ke toilet. Boleh kan lah aku bangun. Supaya aku tak marah2 isteri ku atau susah nak bangun. Amin”. Hahaha geram betul rasa. Dia boleh buat lawak Doraemon plak ;P

Semuanya gara2 semalam tengok cerita Pan’s Labyrinth. Mungkin ramai yang dah tengok cerita ni. Tak kisah kalau ada sesiapa yang suka sangat dengan cerita ni. Tapi saya amatlah tidak suka! Entahlah rasa seronok juga tapi tetap rasa sangat menyesal tengok sebab setiap plot dalam cerita tu menghantui seluruh pelosok penjuru kepala otak saya. Maybe kalau dah kali ke 2 or 3 tiga ok lah kot. Lepas solat subuh masa dah baring nak sambung tido balik, sambil pusing arah dinding dan hubby pulak macam biasa melekap kat belakang; saya terus merajuk dan merungut (marah) cakap kat hubby, “Mulai hari ni Rinny dah tak mau tengok cerita science fiction macam tu. Cerita yang ada magic2, makhluk pelik2, muka buruk2, ganas2 dan hodoh Rinny memang tak suka. Abang nak tengok, abang tengok sorang2 jauh2. Lain kali nak download cerita apa2 check dulu. Cerita Eragon haritu pun asyik terbayang2 je lagi dalam kepala tau tak. Cerita cinta ke apa ke semua melambak2 tanak tengok pulak”. Pastu dia cakap, “Abang pun tatau cerita tu macam tu. Abang ingat cerita tu untuk budak-budak. Tak sangka macam tu pulak”. Pastuh saya sambung, “Sebab tu lah kena check, mesti ada cakap untuk umur berapa sampai berapa. Ini main agak-agak je”. Saya tetap nak salahkan dia jugak sebab dia yang download cerita tu hehehe. Pastuh dia cakap, “Yelah sorry”.

Baru kejap tadi saya check balik website cerita tu. Memang betul lah saya dah agak. Cerita tu restricted untuk 17 tahun ke atas. Umur bawah 17 tahun kena ada adult or guardian accompanying. Siap cakap cerita ni ada graphic violence. Tapi yang buat saya terkejut, cerita ni dapat 3 winners of Academy Awards plak tuh. Dalam category Best Cinematography, Best Art Direction and Best Makeup. Tapi hmm memang patut lah pun dan saya akui memang gambar2 dia, makeup, cinematography, jalan cerita dan sebagainya memang bagus dan best. Memang unik, special dan creative sangat2. Maka tak hairanlah kalau cerita tu memang betul2 telah terkesan di hati dan minda saya nih! =P Lagi satu perkara yang saya suka dengan cerita ni, it is in Spanish. Saya suka Spanish dan semalam saya paham jugaklah dan sambil2 tu cuba ingat balik Spanish yang saya blaja dulu. Saya suka Spanish sebab senang dan phonetic. Spanish lebih kurang sama dengan English. Sometimes even kiter tatau apa makna perkataan tu, tapi kiter boleh agak-agak maksud dia. Yang paling best, saya masih boleh baca dan sebut dengan betul dalam Spanish even though saya tak paham apa maksud ayat tu; sebabnyer dia guna ABC hehehe =D

Saya still boleh terbayangkan setiap plot yang mendebarkan dalam cerita tu. Yang paling tak boleh lupa dan asyik flashback dalam kepala saya ni ialah masa Ofelia, budak perempuan watak utama dalam cerita ni; kena selesaikan tugasan kedua. Degan pertolongan pari-pari, dalam masa singkat menggunakan sand clock; dia kena ambik pisau yang disimpan di rumah satu makhluk ni dan dia tak boleh minum atau makan apa2. Makhluk ni putih keseluruhan badan, botak, takde mata, buruk sangat2. Rumah dia ada banyak frame gambar black and white dia bunuh budak2 guna pisau tu dan makan budak2 tu. Masa tu makhluk putih ni duduk je di meja makan. Mata dia dua biji ada dalam piring depan dia. Tapi dia senyap dan tak bergerak as like tengah tido. Tapi si Ofelia ni masa tengah berjalan nak balik, dia gi makan 2 biji grapes atas meja tu. Even pari-pari dah marah tapi dia makan jugak maybe sebab dia terpukau ke apa ke. Maka makhluk putih ni terjaga. Jari dia bergerak. Panjang dan merah sangat kuku dia ada kesan darah. Pastuh dia pasang dua biji mata kat dua2 belah tapak tangan dia. Lepas tuh dia angkat tapak tangan dia letak kat mata. Jari-jemari dia mengembang semacam bulu mata. Can you guys imagine how scary is that? Maka dipendekkan cerita makhluk ni kejar Ofelia. Pari-pari cuba tolong tapi kena tangkap, kena makan dan darah mengalir. Ofelia nyaris2 dan sipi2 lagi nak kena tangkap. Memang sangat mendebarkan dan menakutkan! Ya Allah hati dan jantung haku turun-naik kencang okeh!!! Siap mengucap dan istighfar lagi tengok citer nih. Haku rasa kalau ada orang sakit jantung ke hape ke dah lama masuk hospital. Seriously tak penah aku tengok movie aku boleh berdebar macam tu sekali. Sampai tak cukup2 futon tuh aku nak menyorok. Abang dah gelak2 sambil tenang2 kan haku. Geram betul rasa ;P

Saya cakap dekat hubby cerita macam ni memang tak bagus, merosakkan pemikiran dan mengotorkan minda. Apatah lagi untuk budak2. Saya semenjak dari bertahun dulu lagi akan tapis apa yang saya baca dan tengok (kecuali yang berkaitan studies di skolah dan university lah kan). Saya akan baca mana yang penting sahaja dan kadang2 baca setakat yang perlu sebab saya tak mahu negative information meresap masuk dalam kepala saya. I’m so glad that saya dah lama sedar tentang ni tanpa perlu baca terlebih dahulu any personal development books untuk sedar hehehe (bangga sket) =D. Ops tapi saya masih selalu baca personal development books dari dulu lagi. Cuma sekarang dah kurang sket. Hmm kena rajinkan balik. Back to the main story, hatta cerita2 macam Narnia dan Harry Potter pun saya agak liat nak tengok; inikan lagi cerita Pan’s Labyrinth nih. Tapi cerita Narnia dan Harry Potter tuh okay lagi lah kan dan saya suka lah jugak. Memanglah diakui saya penakut tapi Pan’s Labyrinth nih memang melampau!

Kenapa saya cakap macam tu, ada banyak sebab okeh. Bagi saya cerita Pan’s Labyrinth nih walau pun dari segi jalan cerita, gambar apa semua segala adalah sangat menarik. Thumbs up! Tapi cerita ni sangat ganas! Memang takde tapis2 atau cover2. Tatau la scene macam ni kena potong ke tak kat wayang Malaysia. Hmm tapi dalam cerita tu terang2 tunjuk orang kena tembak, kena pukul, kena seksa dan sebagainya dengan maha ganasnyer. Kena pukul dimuka bertubi2 dengan pisau sampai mati. Kena tembak tepat kat kepala dan pipi siap leh tembus belakang lagi. Mulut kena potong pastuh kena jahit urghhh! Cerita ni langsung takde belas ihsan. Makhluk2 aneh adalah sangat buruk dan keji dan menakutkan. Pastuh nak kena bagi minum darah lah dan korban darah lah. Teruk betullah. Tapi si budak Ofelia ni kan relaks jer dia tau. Takde terkejut ke hape ke. Berani sungguh. Kesimpulannya dia pun sama pelik hahaha. Siapa yang tak tengok lagi, silalah tengok kalau tak kisah minda anda dicemari. Tak kisah lah apa pendapat korang dan korang suka bangat dengan cerita ni tapi saya tetap menciii dengan cerita ni okeh hehehe ;P

Enough about Pan’s Labyrinth. Hmmm sekarang kat sini sakura dah banyak dan bunga2 pun banyak dah kembang. Maybe hujung minggu ni atau next week nak gi tengok bunga kalau rajin. Maybe gi dekat2 je sebab duit dah byk habis gi Nagano-shi haritu hehehe. Lagipun baru2 ni baru update financial book baru tersedar about 18,000 Yen guna untuk miscellaneous expenses sahaja selepas tolak segala benda. Lebih kurang 8,000 Yen tu boleh agak guna untuk apa. Tapi 10,000 Yen tatau mana pegi. Maybe ada resit yang terbuang. Masalahnyer penat dah pikir apa benda mahal yang kitorg beli. Dah check lagi sekali apa semua. Memang takde beli apa2. Takkan lah beli kuih2, junk foods apa semua sampai 10,000 Yen? Saya rasa duit tu dah hilang kot. Tapi kitorg dah malas nak pikir dan check kat mana. Mungkin juga salah kira dimana2. Hmm Hubby patutnya gi amik driving test this week tapi tak jadi sebab visa dia tak siap lagi. So kena tangguh lagi ke bulan June pulak. Alamatnya lambat lagi lah baru boleh beli kereta. Dah bosan takde kereta. Ada kereta nanti senang sikit nak jalan2 jauh2. Hubby ada International License tapi tak sah pun guna di sini. Lagipun dah serik takut nanti kena tahan dengan polis lagi. Naya je kalau kena bayar saman banyak2. Dah la nak kumpul duit lama je, tapi nak habis duit tu tak sampai 5 minit je. Disebabkan ini jugaklah plan2 yang seterusnya pun kena ikut tangguh juga huhu. Susah hidup kat tempat orang semua benda dan macam2 kena pikir.

As for me, harini ulcer sebelah kanan mulut lah pulak. Padahal baru je elok sebelah kiri. Sejak tinggal sini selalu je kena ulcer. Seksa betul. Dulu boleh kira dengan jari setahun sakit apa je dan berapa kali je. Sekarang ni nak kata kurang minum air tak jugak. Tapi tulah maybe ada kurang or perubahan di mana2 yang menyebabkan selalu kena ulcer ni =P Paling tak pun maybe sebab selalu makan benda keras or kasar. Hmmm baru sakit sikit dah mengeluh. Patutnya bersyukur sebab itu tandanya Allah ingat kat kiter dan sekurang2nya dosa2 kecil tu dibersihkan. Maybe sebab mulut selalu tak makan saman bila cakap dengan hubby kot hehehe. Sorry la ye Ayang Bucuk. Macam tak paham je bini dia sorang ni ;P. Hubby pulak kena selsema. Harap2 tak makin melarat lah. Karang berjangkit susah. Maybe sebab sekarang pun masih sejuk dan banyak pulak debunga kan.

Sekarang ni dah bosan sangat2 dan tatau nak masak dan makan apa tetiap hari. Bosan dah makan masakan sendiri. Tapi kalau tak masak nak makan hape? Kalau ada kat Malaysia kan best tak payah bersusah-payah. Hmm dahlah tamau pikir. Tapi banyak jugak hikmahnyer dengan hidup sekarang ni. Memang banyak sangat dan tak terkata hikmahnya setanding la dengan dugaan dan cabaran diterima. Tak payah la cakap kan. Tapi sejak akhir2 ni selalu jumpa and baca macam2 daripada blog orang lain, buat saya terpikir macam2. Ada ramai lagi orang terima dugaan dan cabaran lagi mencabar dan saya sepatutnya kena bersyukur. Lagipun saya pun sedar dan tahu akan banyak lagi cabaran dan dugaan yang lagi hebat yang akan saya tempuhi selagi umur meningkat dari hari ke hari. Ouh yer semalam Regene datang 1st time semenjak balik bercuti CNY kt Mesia. Dia singgah sekejap je hantar bawang goreng dengan cili tumis. Sedap sambal tu. Makan sikit2 je sebab pedas sangat.

Semalam tengok Cari Menantu episod pernikahan. Macam2 komen saya baca. Tapi itu pendapat masing2 lah kan. Bagi saya rancangan ni bagus cuma nama rancangan tu macam tak sesuai. Rancangan ni banyak bagi ilmu kepada orang yang nak kahwin, baru kahwin atau yang dah lama kahwin sekali pun. Sebenarnya terpulanglah pada kita nak ambik yang positif. Kalau asyik pandang dan pikir negatif je memanglah tak dapat apa2 kan. Sekurang2nya boleh jadi contoh dan tauladan serta ingatan kepada masyarakat termasuklah diri saya sendiri. Semalam episod pernikahan tu memang sangat terharu, sedih, gembira dan sebagainya. Yang saya ni pulak tatau la kenapa semenjak dah kahwin perangai suka menangis ni makin menjadi2. So semalam peserta2 sibuk menangis dalam tv haku pun sibuk nak menangis sekali. Tah hape2 je hehehe. Nasib baik hubby dah tido. Kalau tak dia lah nombor 1 bab nak mengejek ;P Tapi kalau saya jadi diorang memang malu lah jugak kan. Tapi memang itulah yang dikehendaki pihak tv. Memang menjadi lah kan dari segi diorang nak bagi kesan emosi pada penonton. Maybe ada yang kata cari glamour lah, expose lebih lah apa lah. Tapi biasalah tu mana ada pihak tv tak nak untung dan dapat rating tertinggi ye tak? hoho. Memanglah ada terkurang dimana2 tapi biasalah manusia mana perfect. Lagipun kalau diorang buat conservative sangat maybe orang least conservative tak nak tengok so maybe tak dapat berdakwah kepada mereka. So bagi saya rancangan tu sederhana lah sesuai untuk semua. Pikir2 balik kalau diri kiter sendiri dikurniakan rezeki sebegitu, dah lah confirm dapat kahwin dengan segera, ada pulak lagi orang bagis sponsor macam2. Takkan tak nak kan? hehehe =D

Panjangnyer saya membebel. Entry harini lain sket daripada biasa kan? hehehe. Saje je hari ni malas nak pikir dan nak cepat. Ada banyak benda nak dibuat. Lepas ni nak kena kejar dan buat macam2 pulak. Terasa sibuk pulak sebab ada macam2 nak kena buat. Tapi baguslah macam tu kan, use and manage time beneficially and wisely. Harap2 berterusan lorrr ;P

Kowai!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge