Assalamualaikum,   Salam Maulidur Rasul 1436H kepada semua. Hari ni 12 Rabiulawal ataupun 3 Januari 2015 kita menyambut dan memperingati hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Peristiwa keputeraan Nabi Muhammad SAW bukan saja membawa titik perubahan besar dalam kehidupan umat Islam seluruh dunia tapi juga seluruh tamadun manusia.

 

Pengajaran Daripada Hari Maulidur Rasul

 

Hari Maulidur Rasul bukan setakat perarakan ataupun perhimpunan yang dilihat sebagai amalan tradisi atau aktiviti tahunan peringkat kebangsaan saja. Tapi ramai yang tak ambil endah sangat dan menghayati kenapa Maulidur Rasul ni disambut tiap-tiap tahun. Tapi hari ni apa kata kita selidik sikit tentang pengajaran yang kita boleh dapat disebalik hari bersejaran yang penting bagi umat Islam ni. Bukan setakat tau ada perbarisan saja tapi banyak perkara yang kita boleh belajar daripada hikmah hari kelahiran Nabi Muhammad SAW ni. Antaranya:

  • Kenali biodata dan sejarah hidup Rasulullah Nabi Muhammad SAW.
  • Mengenali akhlak dan peribadi Nabi Muhammad SAW yang patut kita contohi dan jadikan amalan.
  • Hidup dengan mengamalkan ajaran Al-Quran dan sunnah seperti yang diperjuangkan Rasullullah SAW.
  • Ketahui perjalanan dan perjuangan dakwah Rasulullah SAW dalam menyebarkan syiar Islam ke seluruh dunia.
  • Hikmah dan kebaikan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan ganjarannya.

Sebenarnya banyak lagi aspek sepanjang kehidupan Rasullullah SAW yang boleh kita contohi. Sebagai seorang Islam sebenarnya perlu ada rasa tanggungjawab terhadap diri sendiri untuk perbaiki diri menjadi seorang Muslim yang lebih baik. Pokok pangkalnya kita perlu back to basic dan amalkan ajaran Nabi yang berlandaskan Al-Quran dan sunnah sepenuh hati bukan sekadar ikut-ikutan saja. Malam hari tu saya ada tengok rancangan Forum Perdana Ehwal Islam di TV. Tajuk ceramah berkaitan hari Maulidur Rasul.

Salah seorang ustaz yang bagi ceramah tu ada sebut walaupun Nabi Muhammad SAW dah lama wafat dan baginda pun tak pernah sampai ke Malaysia ataupun banyak negara lain tapi syiar Islamnya tetap sampai ke seluruh pelosok dunia dan berterusan hingga ke hari ini. Jadi, sekarang giliran kita pula pikul tanggungjawab amalkan ajaran Islam berlandaskan Al-Quran dan sunnah untuk menghidupkan dan memanjangkan lagi dakwah Rasulullah SAW, insyaAllah. Oklah jom banyakkan berselawat pada hari ni! 😉

Salam Maulidur Rasul 1436H/ 2015
Tagged on:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge