Walaupun harini sebenarnya Tuesday, February 13, 2007 tapi tarikh untuk entry harini tu Monday, February 12th, 2007 kan. Sebenarnya semalam memang dah awal-awal lagi dah reserved tarikh tu. Tapi disebabkan beberapa perkara, terpaksala entry tuh ditulis dan diapproved harini. Kalau boleh harini pun tanak tulis lagi entry pasal nih, nak tangguh esok atau lusa. Tapi esok pun dah ada cerita lain pulak. So nak tak nak kena tulis gak la harini.

Sebenarnya harini dan hari-hari sebelumnya saya rasa macam tak sihat je. Mula-mula sakit kaki, lepas tu sakit peha pulak, lepas tu sakit kepala, termasukla sakit hati dan makan dalam pun ada hehehe =P =P =P Mana tak nyer setiap kali menjelang hujung minggu je mesti ada hal yang berlaku menyebabkan dua-dua orang muncung. Bila dah penat lawan mulut mesti diikuti perang dingin 1 atau 2 hari. Kalau tak gaduh hari Jumaat, Sabtu atau Ahad sure gaduh. Memang jarangla kalau tak gaduh masa weekend nih hahaha! Macam dah jadi kewajipan pulak. Kalau kami berjaya maintain berbaik-baik lebih daripada seminggu tuh memang hebat lah. Memang banyak kali jugak lah pecah record. Takkan lah tak penah kan melampau lah tu =P

Sebenarnya reason yang buat bergaduh tuh hanyalah sekecil kuman je pun. Tapi dah masing-masing gedik dan tamau mengalah sebab tu lah berpanjangan je. Tapi takpe, dalam masa merajuk tuh pun saya berjaya menghabiskan duit dia dengan membeli snicker baru Adidas warna putih with pink stripes muahaha dan juga makan-makan sushi di restoran sushi lah. Kalau ikutkan hati nak merembat tunic tops sekeping dua keping tapi disebabkan saya tamau bercakap dengan fashion advisor saya maka saya tak dapatlah beli baju. Padan muka diri sendiri dan dia juga sebab duit dia banyak habis hehehe =P

Dah tu harini sakit perut lah pulak. Rasa macam dah tak larat je. Ni mungkin sebab makan laksa 2 hari berturut-turut siang dan malam. Bila dah banyak sangat masam dan pedas masuk dalam perut haa macam ni lah jadinyer. Setiap kali makan laksa pun mesti sakit perut tapi takdela sampai macam kali ni. Rasanyer lain kali dah tak nak dah buat laksa sebab dah banyak kali sangat buat. Pertama kali buat haritu bukan main sedap lagi laksa tuh saya rasa (tataula lidah orang lain rasa macam mana). Tapi kali ni buat dan bila rasa je, “Ehhh apa dah jadi dengan laksa aku nih?”. Dah alter-alter pun tamau sedap jugak. Mungkin sebab tu lah kot perut yang gedik ni mengamuk kerana telah disumbat dengan laksa yang kurang best huh!

Seperti yang tertulis di title di atas, bermakna masuk hari ni dah genap la 2 tahun 1 hari usia perkahwinan kami. Alah..baru 2 tahun je pun, bukannya 20 tahun ;P Tak sangka pejam celik pejam celik dah masuk 2 tahun pun kami kahwin. Rasa sekejap dan cepat je masa berlalu. Tapi bila ingat-ingat balik segala dugaan dan cabaran yang dah dilalui tu, rasa macam susah sangat-sangat pulak nak capai usia 2 tahun tu. Hmm apatah lagi kalau orang yang dah kahwin 10 atau 20 tahun atau lebih daripada tu kan.

Walaupun dah 2 tahun kahwin tapi masuk harini baru je 5 bulan 3 hari kami officially tinggal bersama. Nak buat macam mana, masa kahwin tuh pun dua-dua masih di final year di university. Dia kat Shiga-ken tapi saya kat KL. Dulu 12th February 2005 kami buat kenduri akad nikah dan jemput seluruh saudara-mara, orang-orang kampung dan kawan-kawan rapat sahaja. Kalau buat wedding reception terus ramai kawan-kawan masing-masing tak dapat hadir, so tak best lah pulak. Saya pulak sibuk dengan thesis malah tak menang tangan pun nak buat persiapan kahwin. Hanya pada 26th August 2006 yang lepas kami baru je buat wedding reception. Lambat sikit lah. Tapi memang best sebab ramai kawan-kawan saya pun dah habis belajar masa tu. Dah jadi macam school-reunion pulak masa wedding reception tuh =D =D =D

Sebenarnya parents-in-law yang cadangkan kami kahwin once mereka dapat tau si dia dah ada steady gf. Bukannya apa, mereka kata untuk mengelakkan maksiat dan lagipun masing-masing terutamanya si dia dah bersedia dari semua segi. Saya sangat mengagumi cara parents kami berfikir, tengok niat, matlamat dan tujuan asal kita; dan kita pilih jalan yang diredhai Allah. Alhamdulillah seperti yang parents masing-masing cakap, hidup lebih bahagia, rasa lebih diberkati dan pintu rezeki lebih terbuka. Saya rasa kepala otak saya kosong dan jiwa saya rasa tenang sangat sebaik sahaja lepas akad nikah. Saya rasa macam semua masalah dan persoalan dalam kepala hilang macam tu sahaja. Tapi dalam masa yang sama saya sedar komitmen dan tanggungjawab yang perlu saya pikul adalah lebih berat. Dan semestinya apa yang lebih penting perkahwinan tu perlu diiringi dengan teras agama, barulah rumahtangga aman bahagia.

Sebenarnya saya pun tak pernah rancang dan terfikir nak kahwin awal. Tapi saya akui saya sebelum tuh tak penah putus-putus doa nak kawin cepat. Sebelum daripada tuh juga lepas saya clashed dengan ex-bf, saya rasa dah tamau bercinta lama-lama lagi. Membuang masa, usaha, tenaga dan duit! Semuanya sia-sia belaka. Mungkin sebab niat saya tu lah doa saya dimakbulkan. Kami kenal pun pada 16th October 2003, declared couple 10th November 2003, first time jumpa 14th February 2004, got engaged 12th December 2004 dan akhirnya 12th February 2005 kahwin. Sekejap dan cepat sangat-sangat. Saya pun macam tak sangka je hmmm. Alhamdulillah mungkin sebab memang jodoh saya dah sampai dan dah memang rezeki saya dapat kawin awal kan =)

Semalam takde apa pun yang menarik. Sama macam hari biasa. Takde sambut pun 2nd wedding anniversary nih. Mana tak nyer masing-masing pun senyap je. At last masa nak tdo malam tadi dia cakap, “Happy Anniversary (wish sambil mumble je macam tak ikhlas)”. Saya tanya balik, “Apa dia? (tak dengar)”. Then dia cakap lagi, “Happy Anniversary”. Pastuh saya cuma jawab, “Mmm”. Tapi selepas itu saya menggeletek lah ketiak masam dia. Maka tamatlah sesi bergaduh kami hehehe ;P ;P ;P Rupa-rupanya dia memang tunggu sepanjang hari nak saya wish kat dia. Yang saya pulak tunggu dia wish saya dulu sampai la ke sudah sampaikan saya ingatkan dia dah lupa semalam hari anniversary. Tapi takpelah, esok, lusa or hujung minggu ni pun boleh celebrate lagi. Hadiah? Takde hadiah pape lah. Tetiap hari pun boleh dapat hadiah jugak hehehe. Cumanyer nanti nak buat la satu entry khas untuk anniversary nih. Ingatkan nak buat harini lah. Tapi material yang saya nak bubuh kat sini tak jumpa pulak ditambah pulak dengan sakit perut nih aihhh langsung rasa malas dan takde mood =P

Hmm apa-apa pun usia perkahwinan kami ni ni masihlah sangat muda pun. Perjalanan hidup yang nak dilalui masih jauh. Banyak lagi yang perlu dihadapi di hari-hari mendatang. Semoga kami tabah dan sabar mengharungi segala dugaan dan cabaran bersama-sama sehingga ke akhir hayat kami. Semoga kami sentiasa memperbaiki diri dari hari ke hari dan menjadi hambaNya yang beriman dan bertakwa. Semoga kami dikurniakan cahayamata yang soleh dan solehah sebagai penyeri hidup kami nanti InsyaAllah. Sekian lah sahaja coretan buat hari ini. Happy 2nd Wedding Anniversary to my dear Hubby. I love u so much mmmuahhh! =D

Happy 2nd Wedding Anniversary

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge