Sebagai seorang ibu pernah ke terfikir macam soalan kat atas perlu ke bagi anak makan vitamin? Yelah kalau anak dah sihat walafiat buat apa lagi nak bagi makanan tambahan kan?Β Saya tak tau lah para emak lain macam mana. Tapi saya memang ada tertanya-tanya juga persoalan ni. Sebagai Mama prihatin mestilah kita nak memberi yang terbaik dan pastikan anak selalu sihat kan?

 

Adakah perlu bagi anak makan vitamin walaupun anak jarang sakit?
Kalau anak sihat masih perlu bagi vitamin? Atau masa sakit je baru bagi?

Betul Ke Kanak-Kanak Sihat Perlukan Vitamin Atau Makanan Tambahan?

 

Jadi berbalik semula kepada soalan di atas, betul-betul perlu ke? Ok sebelum kita dapat jawapan yang paling tepat, jom kita tanya diri sendiri soalan-soalan di bawah:

 

  • Adakah anak anda setiap hari makan makanan daripada pelbagai kelas makanan yang lengkap seperti karbohidrat, protein, sayuran dan buahan ataupun benci buah dan sayur?
  • Adakah anak anda sangat cerewet ataupun memilih atau memakan beberapa jenis makanan sahaja?
  • Adakah anak anda suka dan selalu makan makanan rapu yang berperisa, berperasa dan berpengawet serta mempunyai pewarna dan perasa tiruan?
  • Adakah dalam seminggu ada beberapa kali anak anda akan makan makanan yang diproses macam sosej, nugget, daging burger serta makanan dalam tin seperti sardin dan kacang panggang.
  • Adakah anak anda seorang yang aktif bersukan?
  • Adakah anak anda ada mengambil minuman berkarbonat?
  • Walaupun sihat adakah anak anda menghidap penyakit kronik seperti asma ataupun menghadapi masalah penghadaman serta bergantung kepada ubat-ubatan?
  • Adakah anak anda dalam seminggu ada beberapa kali makan makanan segera seperti burger, pizza, french frise dan sebagainya?
  • Adakah anda sekeluarga dan anak anda mengamalkan pemakanan vegetarian?
  • Adakah susah sangat nak bagi anak makan dan dia tak suka makan?

 

Kalau anak anda memang sihat dan jawapan bagi semua soalan di atas adalah TIDAK, maka silalah CAMPAK semua vitamin ataupun makanan tambahan untuk anak anda yang ada di rumah tu ke dalam tong sampah sekarang! Sebab mengikut pendapat pakar, kanak-kanak begini tak perlu ambil vitamin. Ini serius πŸ™‚

TAPI!!!… Saya yakin ramai yang jawapannya YA bagi kesemua soalan di atas. Betul tak? πŸ™‚

Owh tak perlu jawab kepada saya. Cukup sekadar jujur terhadap diri sendiri. Sebab sebagai ibu anda perlu buat keputusan untuk anak sendiri. Anak yang anda sayang. Bukan anak saya atau anak orang lain. Cuma apa yang perlu anda tau, anak anda PERLU diberi vitamin atau makanan tambahan walaupun sihat πŸ˜‰

 

Sekiranya anda menjawab YA bagi kesemua ataupun sebahagian soalan di atas, saya sarankan teruskan membaca perkongsian bermanfaat ni. Sebab saya yakin anda sebagai ibu prihatin tak nak ketinggalan maklumat-maklumat yang sangat berguna untuk kebaikan kesihatan anak. Anak-anak adalah permata dan sebahagian nyawa seorang ibu. Bila anak tak sihat of course jiwa seorang ibu tu serba tak kena kan?

 

Bagaimana Vitamin Ataupun Makanan Tambahan Sangat Membantu Untuk Maintain Kesihatan Anak-Anak Secara Berterusan?

 

Vitamin ataupun makanan tambahan sangat diperlukan oleh kanak-kanak walaupun anak-anak kita selalunya sihat. Sebabnya:

 

  • Tahu tak kanak-kanak yang mengikuti diet vegetarian mungkin memerlukan vitamin yang mengandungi zat besi ataupun iron.
  • Kanak-kanak yang mengikuti diet yang bebas produk tenusu pula mungkin memerlukan vitamin yang mengandungi kalsium.
  • Air bikarbonat pula kalau diminum selalu boleh melunturkan ataupun menyingkirkan sebahagian jenis vitamin dan mineral penting dalam badan.
  • Anak-anak yang sedang mengalami perubahan fizikal dengan pesat sangat memerlukan vitamin dan mineral yang optimum untuk menyokong proses tumbesaran yang sempurna.
  • Kanak-kanak yang aktif bersukan ataupun banyak menggunakan fizikal juga perlukan nutrien yang cukup untuk menyokong tenaga dan perkembangan otot.
  • Amalan pemakanan yang tak sihat contohnya makanan segera dan makanan proses menyebabkan ketidakseimbangan nutrien penting dalam tubuh. Jadi vitamin membantu mengisi kelompongan vitamin dan mineral dalam diet harian.
  • Bagi anak-anak yang sihat pula, kesihatan adalah sesuatu yang perlu sentiasa dipelihara. Jadi nutrien penting yang mencukupi membantu sel tubuh berfungsi dengan sempurna dan mengekalkan sistem imun tubuh Β yang kuat.
  • Apatah lagi bagi anak-anak yang jatuh sakit. Vitamin yang kaya dengan sumber nutrien membantu memperbaiki sel badan yang rosak dan menstabilkan keseimbangan sistem dalam tubuh yang seterusnya menggalakkan penyembuhan penyakit.

 

Seperti yang kita tau anak-anak ni mudah sangat jatuh sakit. Paling tak pun dalam sebulan mesti ada kena demam, batuk atau selsema. Nak-nak pula kalau anak-anak yang dihantar ke nursery ataupun taska. Hari ni sihat esok dah selsema sebab berjangkit dengan kawan-kawan. Jadi pengambilan vitamin boleh mengurangkan risiko jangkitan penyakit dan kalau sakit pun tak lah teruk sangat insyaAllah. Mak ayah pun takdelah asyik kena ambil unpaid leave.

 

Vitamin Apa Yang Sesuai Untuk Kanak-Kanak?

 

Budak-budak susah sikit nak makan vitamin especially yang berbentuk tablet. Silap-silap boleh tercekik. Tak pasal-pasal je trauma terus nak makan. Mak pun pening nak suruh anak makan vitamin hihi. Jadi vitamin yang paling sesuai untuk kanak-kanak ialah multivitamin sebab dalam tu dah lengkap ada macam-macam nutrien yang diperlukan tubuh. So tak payah nak ambil banyak-banyak.

 

Vita-Lea For Children

 

Untuk memenuhi keperluan nutrisi kanak-kanak, Shaklee ada juga vitamin yang dicipta khas untuk kanak-kanak iaitu Vita-Lea For Children. Alhamdulillah setelah sekian lama multivitamin chewable ni dah takde dalam pasaran akhirnya menjelang 1 Januari 2015 dah ready for sale! Kali ni multivitamin kanak-kanak dalam bentuk kunyah ni kembali dengan formulasi yang dah diperbaharui.

 

Kebaikan Dan Kelebihan Vita-lea For Children

 

  • Berbentuk tablet kunyah berperisa anggur.
  • Tidak mengandungi pewarna, pemanis dan perasa tiruan.
  • Setiap tablet kunyah Vita-Lea Chewable menyediakan 18 vitamin dan mineral perlu termasuklah kesemua 8 jenis Vitamin B. Lengkap dengan semua vitamin yang sangat penting untuk kanak-kanak membesar dan berkembang dengan optimum. Cuba compare dengan multivitamin kanak-kanak jenama lain. Ada tak mengandungi lengkap kumpulan Vitamin B dan kalau ada berapa jumlah kandungannya? Cukup tak untuk penuhi keperluan seorang anak yang tengah membesar?
  • Mengandungi pemanis semulajadi iaitu daripada xylitol yang tidak menyebabkan kaviti.
  • Gluten-free ataupun bebas gluten, jadi tidak merengsakan perut bagi yang alah dengan gluten.
  • Mudah nak makan sebab macam gula-gula. Sesuai untuk anak-anak yang susah nak ambil makanan tambahan jenis minuman.

 

Fungsi Setiap Bahan Yang Terdapat Dalam Tablet Multivitamin Vita-Lea Chewable

 

 

Dengan improved formula ni, terdapat 14 vitamin dan mineral dalam Vita-Lea Chewable yang telah ditambahkan kandungannya untuk kesan tindakan yang lebih baik untuk memelihara kesihatan kanak-kanak. Setiap vitamin dan mineral bermanfaat untuk:

 

  1. Vitamin C – Menggalakkan kesihatan otot, tisu penyambung dan kulit.
  1. Vitamin D – Menggalakkan pembentukan tulang dan gigi dan membantu badan menyerap kalsium.
  1. Vitamin E – Menguatkan sistem imun untuk bantu tubuh melawan kuman jangkitan. Menggalakkan salur darah yang lebar untuk darah mengalir lancar dan membantu sel tubuh menjalankan fungsi penting dalam tubuh.
  1. Vitamin A – Menggalakkan pertumbuhan dan tumbesaran normal, permbaikan tulang dan tisu, dan kulit yang sihat, mata dan tindak balas imun
  1. Thiamin – Membantu tubuh menukarkan karbohidrat kepada tenaga, untuk kegunaan otak dan sistem saraf.
  1. Riboflavin (Vitamin B2) – Penting untuk kesihatan rambut, mata, hati dan kulit. Menggalakkan sistem saraf berfungsi dengan sempurna.
  1. Niacin (Vitamin B3) – Menggalakkan metabolisme tenaga. Menyokong kesihatan kardiovaskular, sistem saraf dan sistem endokrin.
  1. Vitamin B6 – Penting untuk menukarkan makanan kepada tenaga dan membantu tubuh memetabolismakan lemak dan protein.
  1. Folate – Untuk perkembangan dan tumbesaran menyeluruh yang sempurna. Diperlukan untuk menghasilkan sel darah merah. Membantu memastikan tubuh mempunyai tenaga untuk membuat aktiviti fizikal.
  1. Vitamin B12 – Membantu memastikan sistem saraf dan sel darah merah yang sihat. Membantu menghasilkan DNA iaitu bahan genetik dalam setiap sel. Membantu mengelakkan anemia dan rasa lemah dan letih.
  1. Biotin B7 – Menyokong sistem adrenaline, rasa tenang, sistem metabolik dan sistem saraf yang sihat.
  1. Panthothenic Acid B5 – Penting untuk penghasilan tenaga, penghasilan sel darah merah, fungsi sistem adrenaline yang baik dan kesihatan sistem penghadaman.
  1. Calcium – Menggalakkan pembentukan tulang yang sihat semasa anak membesar.
  1. Iron – Membina otot dan penting untuk penghasilan sel darah merah
  1. Iodine – Penting untuk menggalakkan fungsi thyroid dan penghasilan hormon yang sempurna. Menggalakkan metabolisme, tumbesaran dan perkembangan yang baik.
  1. Magnesium – Memabntu menguatkan tulang dan menstabilkan denyutan jantung. Menyokong sistem imun, sistem saraf dan otot.
  1. Zink – Penting untuk sistem penghadaman dan metabolisme tubuh supaya tumbesaran anak tidak terencat.
  1. Copper/ Kuprum – Bersama-sama dengan iron sebagai komponen penting dalam pembentukan sel darah merah. Penting untuk tumbesaran dan kesihatan yang normal. Menggalakkan fungsi jantung dan arteri yang baik. Mengelakkan kerosakan tulang. Menggalakkan penghasilan tisu penyambung yang sihat.

 

Kaya Dan Padat Dengan Bekalan Nutrien

 

Untuk bekalan nutrien yang optimum, boleh bagi anak makan sehari 1 hingga 2 biji. Setiap 2 tablet Vita-Lea Chewable adalah bersamaan dengan:

 

  • Vitamin A (2,500IU) = 1.5 cawan cantaloupe
  • Vitamin C (60mg) = 6 ounces jus oren
  • Vitamin D (400IU) = 3 cawan susu
  • Vitamin E (30IU) =Β 10 sudu mentega kacang yang diperkaya
  • Asid Folik (400mcg) = 4 cawan brokoli yang sudah dimasak
  • Zat Besi (6mg) = 1.5 cawan bayam yang sudah dimasak
  • Magnesium (40mg) = 6.5 cawan Brussle sprouts yang sudah dimasak
  • Zink (5mg) = 3 cawan kacang merah yang sudah dimasak

 

Banyak kan khasiatnya? Agaknya dalam sehari anak-anak kita larat ke nak kan semua ni? Mesti tak kan? Walaupun tiap-tiap hari kita dah pastikan anak makan dengan cukup dan dengan zat yang seimbang tapi kita tak tau samada makanan yang dah dimakan tu mengandungi vitamin dan mineral yang mencukupi ataupun tak. Sebab sebahagian vitamin dan mineral mungkin dah musnah disebabkan proses memasak tu sendiri.

 

Masa Terbaik Untuk Mula Dan Cuba Beri Bekalan Khasiat Terbaik Untuk Anak

 

Sekarang adalah masa terbaik kalau nak mula dan cuba beri anak makan vitamin sebab bulan ni sempena come back Vita-Lea Chewable ni, Shaklee offer promosi best! Sepanjang bulan ni, boleh dapat PERCUMA 1 botol dengan setiap pembelian 3 botol Vita-Lea Chewable. So dapat 4 botol lah. Boleh bagi anak-anak sorang satu tak payah berebut-rebut lagi dah πŸ˜€

Setiap botol mengandungi 60biji dan berharga RM111. Boleh tahan selama sebulan. Harga yang sangat berbaloi dengan kualiti dan khasiat penuh yang terdapat dalam setiap botol. Memang banyak kebaikan dan kelebihan dalam memberi makanan terbaik untuk anak-anak. Apatah lagi kalau bagi anak makan makanan yang kaya nutrien macam Multivitamin Vita-Lea Chewable ni.

 

 

Saya yakin ramai ibu nak anak membesar dan berkembang dengan baik dan sihat kan? Kalau anak tak sihat tu memang susah hati. Jadi masa sihatlah vitamin adalah sangat perlu supaya kita dapat bantu maintain kesihatan anak yang berterusan. Lebih jimat dan berfaedah kalau kita laburkan sikit duit untuk kesihatan anak berbanding terpaksa leburkan duit untuk beli ubat bila anak sakit.

Saya memahami pemikiran dan naluri seorang ibu sebab saya sendiri adalah Mama kepada 2 orang anak yang berusia bawah 6 tahun. Alhamdulillah kesihatan anak-anak saya sangat memuaskan. Sesekali ada juga sakit tapi setakat sakit perut, demam, batuk dan selsema biasa. Saya bagi anak-anak minum Meal Shakes, Omega Guard, Lecithin dan Chewable Vitamin C.Β 

Saya tak tau lah kalau tak bagi makan vitamin macam mana kesihatan anak saya. Sambil-sambil tu saya memang jaga pemakanan, kebersihan dan aktiviti anak-anak sebagai pencegahan daripada jatuh sakit. Semua ni sekadar ikhtiar saja. Yang penting saya sentiasa cuba lakukan yang terbaik sebagai tanggungjawab saya dalam menjaga kebajikan anak-anak. Selebihnya saya serah kepada Allah.

Saya sendiri pun tak sabar nak cuba bagi anak makan Vita-Lea Chewable ni pula. Yelah baru je available for sale semalam, tak sempat nak beli lagi! πŸ˜€ Anda boleh hubungi saya di 019 269 2301 kalau berminat nak cuba Vita-Lea Chewable ni untuk anak. Bila anak sihat, ibu pun gembira betul tak? Yang penting jangan berhenti usaha untuk cari dan beri yang terbaik πŸ™‚

 

 

Dapatkan produk berserta diskaun 15-25% yang lebih menjimatkan dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee sekarang πŸ™‚

Hazrina Nasir

ID 951651

SMS/ Whatsapp 019 269 2301

Perlu Ke Ibu Bagi Anak Sihat Makan Vitamin Ataupun Makanan Tambahan?
Tagged on:     

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge