Hari ni saya nak cakap dalam Bahasa Melayu, sempena menghargai keputusan subjek Bahasa Melayu saya masa peperiksaan SPM 2000 yang mana saya telah mendapat A1. Cehhh apa kaitan? Jadi, maknanya entry untuk kali ni memang akan jadi skema badut habis. Saya selalu tulis blog dalam Bahasa Inggeris pun sebab saya tak nak kepala otak saya ni jadi beku. Jadi, selalunya saya kena banyak pikir dan disamping dalam masa yang sama saya bolehla baiki penulisan, percakapan dan vocabulary Bahasa Inggeris saya. Al-maklumlah kan sejak dah jadi suri rumah muda berijazah nih, dah kurang la memerah kepala otak. Apa2 pun saya tetap akan balik Malaysia dan bekerja di sana suatu hari nanti, dan Bahasa Inggeris adalah penting. Lagipun saya bercita2 nak cakap Bahasa Inggeris jer dengan anak2 saya nanti. Tapi tatau la kan bila saya akan ada anak. InsyaAllah bila dah tiba masa yang sesuai dan ada rezeki. Buat masa sekarang biarla saya bersedia dari segi mental dan fizikal dulu.
Jadi hari ni saya nak mengarut-meraban habis. Sebab saya rasa kalau saya cakap dalam Bahasa Melayu je saya boleh sampaikan apa yang saya nak cakap dengan sepenuh hati dan perasaan tulus ikhlas daripada pangkal hati jantung perut saya. Bukanlah saya tak reti nak sampaikan dalam Bahasa Inggeris. Tapi, untuk kepuasan diri saya. Umpama makan ikan bakar la kan. Ada orang suka makan dengan sambal kicap, tapi saya suka makan dengan sambal belacan atau air asam. Lagi best kalau ada petai ke kerdas ke jering ke. Kalau ada pulak lagi ulam jantung pisang ke, ulam raja ke, ulam pegaga ke laaagi bagus. Paham ke? Kalau tak paham tuh buat2 paham jela ek. Anyway birthday saya bulan nih. Bila? Takyah la gitau. Senang citer saya Aquarius. So teka la bila kalau rajin.

Cakap pasal birthday tahun nih, apa ek yang saya nak? Tataulah saya nak apa. Kalau nak kata baju-bajan, buku, kasut handbag, iPod, laptop dan sebaganyer. Tak yah tunggu birthday pun leh dapat kan? Ntahlah. Kalau tahun lepas saya dapat gelang kaki emas Habib Jewel drpd parents saya. Itu pun lepas diorg dah penat tanya saya nak apa. Last2 mama saya bagi idea nak gelang kaki tak? Haku pon jawab ler lehhh jugak!. Hubby saya bagi kamera digital tahun lepas. Tapi dia bagi in advance. Nak dekat setahun gak la kan in advancenyer ahahaha. Tak kisah lah labu. Lagipun masa tuh still departed from each other, so saya tak kisah. Untuk tahun nih…ntahlah! Tapi daripada dulu sampai sekarang, kalau cakap pasal birthday idaman saya..saya nak kek. Mesti ada kek yang ada cream2 warna putih, buah-buahan dan coklat. Lagi bagus kalau kek coklat n ada benda2 tadi. Nak lilin jugak. Pastuh saya tanak teddy bear sbb saya dah ada banyak teddy bear. Aku nak tido pun dah tak muat! Hahaha so itu jela saya nak kot. Sebenarnya saya tatau la nak apa. Saya nak happy jer harituh, ada orang yang akan treat saya dgn sangat special and make me feels I am special. Lagi bagus kalau ada yang leh hadiahkan ulam-ulaman, petai jering kerdas, air asam n sambal belacan yang kawww kepada saya. Sure saya akan terharu tak hengat! =D =D =D

So, dah berlalu tahun 2006. Banyak juga dugaan, suka dan duka yang dah dilalui. Azam untuk tahun 2007? Rasanyer saya ni bukanlah orang yang suka buat azam. Bak kata Mrs. Imran, not really my thing. Rasanyer azam2 saya tu pun kalau ada adalah lebih kepada harapan dan cita2 saya. Kalau azam kena capai dlm masa yang cepat n singkat kan? So harapan n cita2 saya nih lebih kepada jangka masa panjang n lebih general. Banyak jugak benda yang saya nak capai, harap2 akan tercapai dalam masa yang cepat. Apa harapan saya? Tak payah lah bagitau kat sini. Biarlah saya sorang je yang tau. Bila akan tercapai? Tataulah kan. Apa2 pun, secara kesuluruhannya saya berdoa semoga Allah akan memberikan lebih kekuatan dan kesabaran kepada saya dalam mengharungi hari-hari yang mendatang. Semoga saya dijauhi daripada kesedihan, dugaan dan bala bencana. Semoga saya akan menjadi hamba yang sentiasa bersyukur dan sentiasa mengingatiNya disaat2 kesukaran. Semoga saya akan menjadi hambaNya yang bertakwa. Semoga Allah sentiasa melindungi penglihatan, pendengaran, perbuatan dan diri saya secara kesuluruhannya, memberikan saya kesihatan dan merahmati saya dalam setiap ketika dan keadaan. Semoga saya akan berada dibawah petunjuk Allah sentiasa, didunia dan dikhirat. Akhir sekali, semoga saya sentiasa ditetapkan iman dan juga dimatikan saya dalam iman. Amin. Aihhh sedih la pulak bila tulis macam nih. Macam doa lepas habis solat je ahahaha. Takpela…tak salah kan? ;D

Hmmm apa nak tulis? Ntahla tatau la pulak nak tulis apa. Sebenarnya banyak je cerita. Tapi sebab sejuk bangat n jari-jemari saya dah berada ditahap beku, so saya malas nk tulis panjang2. Lagipun sekarang nih hubby saya pun cuti akhir tahun sampai hujung minggu nih. So, saya jadi malas nk memblog kalau ada orang kat rumah. Ni pun saya memblog sebab dia keluar kejap. So, kirernyer saya bercuti memblog la. Konon2 cuti keje lah kan hohoho. Lagipun kalau hubby ada nanti dia asyik nak guna pc, membantutkan mood je kalau saya tgh memblog. So, next week jelah saya akan kembali aktif memblog. Tatau la nak g jalan2 ke tak cuti nih. Actually hari ni Bie ajak pegi Theme Park apa ntah tapi jauh bebenor. Kene naik train 2 jam, kena bangun awal pagi. Dah la sejuk, kalau kat theme park setakat nak main roller coaster ke, atau apa2 je ala2 Fear Factor tuh memang saya tak minat lah kan. Membazir duit jek pegi kang tak main. Saya lagi suka pegi zoo ke, g makan2 ke, g taman2 bunga ke, g tasik ke dan yang seada dengannya. Kalau kata nak g shopping, aihhh saya takde mood n takde hati lah nak shopping or window shopping kat shopping complex yang ada kat sini. Zoo yang ada kat sini tuh pun dh 3 kali saya pegi, dah la busuk, kecik bebenor. Binatang apa sangat la yang ada. Bosan! So, hari ni saya dok rumah jek tgk tv. Berdasarkan pemerhatian, tv2 yang menayangkan citer2 pasal binatang jek yang menjadi favorite saya. Saya tengok citer pasal nelayan laut dalam tangkap ikan maguro yang besar tuh. Ikan tuh besarrr dowh. Orang jepun suka ikan nih, famous untuk buat sushi or sashimi. Balik2 tgk ikan kena angkat naik bot. Tak boring2 pun ahahaha. Pastuh tadi tengok polar bear lah pulak. Lepas nih binatang hape pulak saya pun tatau la kan =P =P =P

Hmmm sebelum saya lupa, malam tahun baru tuh saya sambut hari raya haji dengan trainees Malaysia yang ada kat sini. Diorg sumer laki. Batch kali nih ramai yang bujang. Senyap jek. Tak happening macam batch2 yang lepas. Nasib baik ada Regene datang jugak dgn anak dia, so ada la gang saya. Kalau tak sangap la saya tatau nak cakap dgn saper. Diorg masak kari daging, kari kambing, ayam masak merah, nasi impit, dalca, telur rebus n nasik putih. Sedap gak la. Hubby saya tapau bawak balik banyak plak tuh. Lunch tadi baru habis sumer lauk hohoho. Lepas nih utk dinner malam nih dah nak kena start masak. Buat nasi goreng je malam nih. Malas! Anyway malam tuh saya masak untuk dessert jek. Sedap sehhh! Tapi saya sendiri pun cuma dapat makan sket jek huhuhu =(

Here were the desserts that I prepared for that night. I put only the pictures first, I will update with the recipes later okay since I am so lazy to do so now. As a reminder, ignore the ugly looks of the foods like the ugly cuts, ugly shapes, ugly arrangements and ugly representations. I was always in a hurry and wasn’t patient enough to get everything ready. Don’t judge the taste by the looks. All the foods were sooo much delicious and I recommend you to try making them later:

Marble Custard Pudding

Coffee Cake: Bluberry Boy Bait

The slice of the cake. It was a hit on that night. Worth all the hassles making it.

My first ever Black Forrest Cake with peaches, blueberries and fresh cream! Yummy!

Chocolate Chip Cookies that I made last week.

Only a few left in the jar owhhh! So fast!

Selamat Tahun Baru 2007 & Selamat Hari Raya Aidil Adha

8 thoughts on “Selamat Tahun Baru 2007 & Selamat Hari Raya Aidil Adha

  • January 2, 2007 at 11:45 PM
    Permalink

    i wanna kawin ngan awak leh tak. dh terliur tgk itu food. sure best dpt kawen ngan awak kan. huhuh =P.

    i dah save the recepi from ur previous post. nk try tp tak tertry2 lak. hehehe. caiyo to me. =D

    Reply
  • January 3, 2007 at 3:28 PM
    Permalink

    Assalamualaikum Ina,

    Wahh….teruja betul tgk choc chips yg Ina buat tu. Bole tak post recipe utk akak? Akak dah buat mcm2 jenis choc chips tp xdpt buat yg rupa mcm choc chip Ina…..tgk Ina nyer choc chip….teringat Famous Amos tu….

    Nanti tlg post eh? Klu takpun, email kat akak, bole? Ni email add akak : akazukinchacha1974@yahoo.com

    Btw, entry dlm bahasa….adalah amat kelakar membacanyer hari ini…..

    Love,
    Akak ChaCha
    Melaka, Malaysia

    p/s: kim slm org umah.

    Reply
  • January 3, 2007 at 6:44 PM
    Permalink

    Eleena: Hahaha kalau awak kawin ngan kiter kan, kiter tanak masak langsung. Awakla masakkan untuk kiter. Kiter dah penat asyik masak je keje ;P. Cehhh berbaur lesbian nihhh hehehe ;D. Takper..save je resepi2 tuh semua. Someday sure awak akan try jugak. Especially bila dh kawin nnt ker kan hehehe

    Akak ChaCha: Waalaikumussalam kak =). Kalau akak nk tau, choc chip tuh mmg ala2 famous amos pun. My mom-in-law yg bg resepi tuh. Kalau akak check kat All Recipes pun resepi diorg sumer lebey kurang ajer. Mebbe krg or lain satu dua bahan. But kiter dh compare n this one mmg sedapla. Nnt I’ll email u the recipe kay. Sorry if lambat sket. Nnt lehla wat sndiri. Sedap n murah. Famous amos mahal pastuh sket jek hehehe ;D

    Reply
  • January 5, 2007 at 1:28 AM
    Permalink

    ok entry yg sgt panjang dan penuh keazaman sang penulis menulisnya…terima kasih saye mcm terperasan nama saye disebut2 di situ..ehe

    dan juga…saye dapat merasakan betapa tulus mulusnyer pangkal hati jantung berdasarkan perbendaharaan kata serta kenamaan yang digunakan..syabasssssss

    akhir kata..coklat chips setapppppppppp…eh u buat la buku resepi INA..patu kasik i satu copy boleh..i pn nk jadik lesbo nk kawen dgn u boleh?

    Reply
  • January 6, 2007 at 9:58 AM
    Permalink

    Mrs. Imran: Yer sebagai tanda memberi penghormatan kpd Mrs. Imran so saya pun menyebut ler namanyer disitu hehe. U nak buku resepi? Okeh nnt I buat ek tapi apa kata kiter buat sistem barter nak tak. I bg buku resepi yg menonjokkan resepi2 makanan yg sememangnyer sedap tested and approved by me. Yg kalau u makan mmg meleleh air liur menjilat kuku kaki. tukarannyer dgn 1 kontena herbalife set free utk i boleh gitu? hahaha ;P

    Reply
  • January 16, 2007 at 10:10 PM
    Permalink

    Wah rajin masak yeh! Btw choc chip tu nmpk sedapp! mcm famous amos haa..

    Reply
  • January 17, 2007 at 2:21 PM
    Permalink

    Hanis: Firstly, congrats to mom-to-be! =D Ha’ah Hanis sedap tau choc chip tuh. Mmg rasa dier mcm Famous Amos pun. Actually recipe diorg mmg tk byk beza. Maybe u should try buat leh bagi baby dlm perut mamam hehehe

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge