Assalamualaikum 2015!

 

Alhamdulillah hari ni 1 Januari 2015! Selamat menyambut tahun baru saya ucapkan kepada semua pembaca blog ni. Saya di rumah je semalam dengan anak-anak masa detik 12 malam. Ada lah dengar bunyi mercun kat taman perumahan ni tapi takde lah berdentam-dentum dahsyat sangat. Rasa macam hari biasa pun ada. Kitorang pun dah nak tidur masa tu.

Mungkin sebab kebanyakan orang dalam mood bersederhana. Tahun 2014 dah meninggalkan kita dengan penuh kenangan suka duka pahit manis. Malaysia diuji dengan macam-macam dugaan. Walaupun bukan terkena pada diri sendiri atau keluarga sendiri tapi sikit sebanyak memang bagi kesan mendalam juga.

 

Selamat Tahun Baru 2015!
Welcome 2015!

 

Recap Tahun 2014

 

Banyak perkara yang berlaku sepanjang tahun 2014 ni. Just to mention a few peristiwa yang paling utama berlaku sepanjang tahun ni:

 

  1. Kehilangan MH370 di bulan Mac 2014
  2. Pesawat MH17 terhempas di Ukraine pada bulan Jun 2014

 

Dan yang terkini..

 

  1. Banjir di pantai timur Kelantan, Terengganu, Pahang dan juga di Perak, Kedah dan Perlis
  2. Pesawat Air Asia QZ8501 terhempas di Selat Karimata berdekatan Indonesia

 

Takziah kepada semua mangsa dan kaum keluarga terlibat. Sebagai rakyat Malaysia saya pun turut tumpang bersedih dan rasa simpati dengan apa yang terjadi. Bagi yang ditinggalkan semoga terus sabar dan tabah untuk teruskan kehidupan. Semua yang terjadi mesti ada hikmahnya. Sama-sama kita bersangka baik dengan percaturan Allah dan bermuhasabah diri selalu.

Bagi keluarga saya pula tahun ni biasalah macam tahun-tahun lepas juga ada juga turun naik. Tapi secara keseluruhannya agak mendatar. Semuanya berjalan seperti biasa Alhamdulillah. Kaum keluarga, mak ayah, suami dan anak-anak semuanya sihat-sihat saja. Anak-anak pun membesar dan berkembang dengan baik. Syukur.

Takde peristiwa besar yang berlaku tahun ni. Melainkan masa bulan Jun 2014 haritu ayah saya pencen dan menetap terus di Semenyih ni. Masa bulan November 2014 lepas datuk saya sebelah ayah yang tinggal di Langkawi meninggal dunia sebab sakit tua. Of course lah ada peristiwa-peristiwa peribadi pahit dan manis yang mencuit perasaan hihi

 

Hidup Satu Perjuangan

 

Walaupun tahun bertukar tapi perjuangan hidup perlu diteruskan! Azam saya untuk tahun 2015 ni saya nak tingkatkan kualiti diri secara keseluruhan untuk kebaikan diri sendiri dan orang sekeliling dalam semua aspek. Fuh! Banyak tu kan? Jadi untuk merealisasikan target saya tu, saya perlukan satu resolusi tindakan yang jitu. Semoga saya berjaya membina diri menjadi kaya jiwa dan kaya harta.

Apa target, azam dan resolusi kawan-kawan? Kita tinggalkan tahun 2014 tak kisahlah ianya tahun yang memberangsangkan ataupun tak. Apa yang penting pengalaman sepanjang setahun lepas kita jadikan pengajaran dan panduan supaya kita dapat lakukan yang lebih baik untuk tahun 2015 ni. Semoga Allah permudahkan segala perancangan kita untuk setahun yang akan datang untuk capai semua cita-cita dan impian!

InsyaAllah amin! 😉

Selamat Menyambut Tahun Baru 2015!
Tagged on:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge