Assalamualaikum,

Kesiannya tengok berita pasal mangsa bencana banjir besar di pantai timur. Hujan turun kalau tak lebat pun tapi tak berhenti-henti. Selain Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak, Kedah dan Perlis pun dijangka terlibat. Saya yang tak mampu menyumbang masa dan tenaga ni cuma mampu hantar doa daripada jauh dan buat sumbangan kewangan saja. Alhamdulillah banyak gerakan bantuan dan menyelamat bukan saja daripada pihak berkuasa tapi NGO dan orang awam juga.

Tapi… isu besarnya sekarang hubungan komunikasi dan jalan darat terputus. Kalau jalan air pula arus deras sangat dan ada kawasan air berpusar. Memang bahaya untuk bot-bot kecil. Memang dah ada pun kes bos penyelamat terbalik. Kalau bot besar pula memang tak boleh nanti tersekat pula dengan tembok ke pagar ke kan. Yang ideal sekarang ni buat tugas menyelamat ialah helikopter. Tapi bukan boleh guna sebarang jenis helikopter sebab tak semua tempat selamat untuk mendarat.

Dengan yang sakit kronik di hospital, dengan baby baru lahir, dengan pesakit ICU, dengan orang nak bersalin, dengan orang tua yang uzur, yang cedera, sakit demam segala. Adus… tak terkata. Semoga Allah sampaikan bantuan kepada mereka ni secepat mungkin. Amin!

 

Bencana banjir besar di negeri pantai timur

 

Punca Banjir Luas Biasa

 

Dengar cerita ramai lagi orang yang terkandas dan tak tau apa khabar berita terutamanya di kawasan hulu kampung dan pedalaman di Kelantan. Diorang tak sempat nak larikan diri. Air naik cepat sangat. Tambah-tambah pula dengan fenomena Full Moon iaitu kedudukan bulan berhampiran dengan bumi menghasilkan fenomena air pasang. Angin monsun timur laut pula bertiup sangat perlahan jadi tak dapat nak tolak awan besar yang berat dengan hujan ke kawasan lain.

Ini lah punca banjir luar biasa kali ni. Kalau ikut pakar meteorologi yang saya dengar dalam TV di channel Astro Awani semalam katanya ni fenomena 100 tahun. Maknanya dalam 100 tahun akan ada kebarangkalian sekurang-kurangnya sekali akan jadi banjir luar biasa macam ni. Waktu ni taburan hujan akan jadi lebih 2 kali ganda daripada musim tengkujuh biasa. Jadi memang unexpected dan ramai yang tak bersedia sebab tak sangka tempat diorang pun akan dilanda banjir.

 

Doa Ketika Hujan Lebat Tak Berhenti-Henti

 

Doa untuk dibaca ketika banjir disebabkan oleh hujan lebat.
Doa untuk dibaca ketika hujan lebat dan banjir.

 

Walaupun tak terlibat sama tapi hati ni tetap rasa simpati dan sedih dengan apa yang terjadi. Yelah tak dapat bayangkan anak-anak kecil tu macam mana lah makan pakai dan tidurnya. Kalau yang ada anak istimewa tu lagilah. Bukan mudah. Dengan harta benda yang rosak sama sekali. Aduh tak terbayang banyaknya benda diorang nak fikir untuk sambung kehidupan nanti. Alhamdulillah ada banyak gerakan bantuan. Sama-sama kita sumbang ikut kemampuan masing-masing.

Syukur juga dah banyak masjid dan surau yang anjurkan solat Hajat berjemaah terutamanya di negeri-negeri lain yang tak terjejas. Boleh lah sama-sama join. Kalau tak pun boleh je buat di rumah. Yang penting sekali sama-sama lah kita tak putus berdoa. Ni saya kongsikan doa ketika hujan lebat dan banjir. Semoga Allah mengasihani dan memakbulkan doa hamba-hambaNya, amin!

 

Nak Salahkan Siapa?

 

2 hari lepas saya terdengar radio waktu pagi masa dalam kereta. Katanya ini adalah tanda-tanda akhir zaman. Dunia ni dah makin tua. Cuaca dan iklim dah tak stabil. Pemanasan global berlaku tanpa dapat dibendung. Banjir besar ni antara kesan buruk yang akan terjadi bila bumi dah makin panas. Jadi… nak salahkan siapa? Ingatlah hujan ni pun turun atas kehendak Allah. Dalam Al-Quran pun dah disebut tanda-tanda dunia akhir zaman.

Berhentilah menuding jari. Sekarang bukan masanya untuk mencari salah sesiapa. Bencana alam macam ni bukan terjadi di Malaysia saja. Cuba tengok negara-negara lain bahkan negara bukan Islam juga ada macam-macam kejadian. Ribut salji, musim sejuk luar biasa, musim panas luar biasa, musim kemarau, ribut taufan dan banyak lagi. Sebaiknya kita muhasabah diri dengan mengambil pengajaran daripada musibah yang melanda.

During this trying times sama-sama lah kita bersatu-hati membantu. Kita sokong usaha baik masing-masing. Kita kena faham memang banyak kelemahan dimana-mana bila jadi bencana pada skala besar ni. Bila komunikasi terputus pulak memang memburukkan lagi keadaan. Alhamdulillah rakyat Malaysia ramai yang prihatin. Semoga ini dapat bantu mangsa untuk bertenang dan sabar. InsyaAllah pihak berwajib sedang cuba lakukan yang terbaik. Let them do their job. They are the experts.

 

Keep Praying For Them!

 

Daripada berkata yang buruk, mengata, mengeji dan sebagainya, lebih baik kita diam. Salah cakap perkara yang entah-entah tak betul dah jadi fitnah! Ada bagusnya kita bersangka baik, berzikir dan berdoa yang baik-baik. Sekurang-kurangnya tak lah menambah dosa, tapi boleh tambah pahala untuk saham akhirat. Maklum lah kita tak tau berapa lama lagi sisa usia yang ada didunia yang makin tua ni. Pihak berwajib tahu tugas mereka dan apa nak buat.

Takziah saya ucapkan kepada mangsa yang terlibat. Semoga Allah memberikan kesabaran dan ketabahan yang jitu. Sama-sama kita redha dengan ujian Allah ini dibumi Malaysia. InsyaAllah ada hikmahNya. Kita doakan juga pihak penyelamat sendiri selamat dalam usaha menyelamat, pihak NGO dan seluruh masyarakat yang prihatin. Semoga Allah merahmati semuanya.

Bencana Banjir Pantai Timur, Doa Ketika Hujan Lebat Tak Berhenti-Henti
Tagged on:     

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge