Waktu hujung-hujung tahun sebelum buka sekolah ni saya yakin ramai ibu bapa yang dalam dilema memikirkan persoalan umur berapa yang paling sesuai nak hantar anak masuk tadika, playschool, kindergarten dan sebagainya. Kan? Saya tau lah sebab saya pun macam ni juga πŸ˜€

Memang pening kepala fikir patut ke tak patut hantar, nak pilih tadika yang sesuai lagi, anak tu sendiri dah ready ke nak pergi sekolah, yurannya berapa dan macam-macam lagi. Tambah-tambah yuran pendaftaran tadika swasta sekarang pun kebanyakannya dah macam nak masuk universiti.

Alkisahnya sekarang saya tengah fikirkan kat mana nak masukkan anak saya, Aisyah tahun 2015 ni. Aisyah pada Januari 2015 baru mencecah umur 2 tahun 4 bulan. Ikutkan tahun depan dia dalam kategori 3 tahun. Memang rasa macam kecil sangat lagi nak hantar ke sekolah. In fact dia pun belum betul-betul putus menyusu badan (wean-off)! Biar betul nak suruh sekolah dah?!

 

Umur berapa sesuai mula hantar anak ke tadika?
Saya mula hantar anak-anak saya ke tadika masa umur 3 tahun.

 

Salah Ke Hantar Anak Seawal Usia 3 Tahun Pergi Tadika?

 

Kebanyakan pendapat yang saya dengar dan baca ramai cakap umur 3 tahun ni sangat tak sesuai untuk pergi tadika. Tapi lebih kurang 2 minggu lepas saya tertengok 1 rancangan dalam TV Al-Hijrah. Ada seorang host jemputan ni yang bernama Prof. Dr. Putri Afzan Maria daripada UNITAR International University katanya, ‘Takde had umur sebenar bila sebenarnya patut hantar anak ke tadika.’

Saya ikuti rancangan tu pun sambil-sambil saja sebab tengah melayan anak-anak makan jadi saya tak dapat nak tumpu sangat. Tapi yang pasti Prof. Dr. Putri seorang yang pakar dalam bidangnya iaitu berkaitan dengan pendidikan dan pembangunan awal kanak-kanak. Dan apa yang dia katakan beliau masa temuramah tu memang saya setuju sangat.

Sedikit rumusan yang saya dapat, menurut beliau tak salah nak hantar anak ke tadika kalau anak dah bersedia. Sebenarnya ada 9 bahagian perkembangan (development areas) yang sangat penting bagi kanak-kanak seperti kemahiran bahasa, kemahiran kendiri, kemahiran fizikal, kemahiran sosial dan lain-lain. Tapi di Malaysia sayangnya rata-rata fokus kepada 1 bidang saja iaitu cognitive (academic). Sedangkan kemahiran bercakap dikhalayak ramai (public speaking) dan sebagainya adalah kemahiran yang sangat hebat kalau cuba dilatih.

 

Anak lebih berdikari sejak pergi tadika.
Antara perkembangan jelas yang saya nampak bila anak dah mula pergi tadika, dia lebih berdikari.

Sebab Saya Pilih Untuk Hantar Anak Seawal Usia 3 Tahun Ke Tadika

 

Jadi, boleh hantar anak ke tadika asalkan persekitaran tersebut kondusif. Bersesuaian dengan tahap perkembangan anak-anak dan menggalakkan mereka untuk lebih berkembang dan bukannya menekankan akademik semata-mata. Mungkin ada yang beranggapan tak patut sangat saya ni anak sekecil Aisyah tu apatah lagi saya ni surirumah sepenuh masa yang bekerja di rumah (SAHM/ WAHM). Tapi saya ada sebab-sebab kukuh yang tersendiri kenapa saya nak hantar dia ke playschool.

Antara sebabnya:

 

1. Minat Untuk BelajarΒ 

Ihsan iaitu Abang kepada Aisyah mempunyai Mild Autism. Jadi di rumah, saya selalu mengajar (homeschooling) Ihsan. Saya perasan apa yang saya ajar Ihsan, Aisyah pun menunjukkan minat untuk sama-sama belajar dan buat. Walaupun saya tak begitu fokus kepada Aisyah tapi dia masih boleh pick up pengetahuan walaupun waktu mengajar selalunya dia cuma buat kacau dan bermain-main disekeliling πŸ˜€

 

2. Peringkat Otak Menyerap Bagai Span

Menurut pembacaan saya, umur kanak-kanak daripada lahir hingga ke 4 tahun adalah dimana ‘window of opportunity’ terbuka dengan sangat luas. Masa ni lah sepatutnya kita perlu rebut untuk ‘feed’ otak mereka dengan cara mendedahkan mereka kepada pelbagai perkara. Otak mereka akan serap pengetahuan baru macam span. Jadi saya nak rebut peluang ni luaskan dan pelbagaikan lagi ruang perkembangan untuk Aisyah sebab tak semua perkara dia boleh dapat di rumah.

 

3. Kemahiran Sosial Dan Komunikasi

Saya puas hati dengan perkembangan komunikasi Aisyah. Banyak perkara yang dia dah faham tanpa perlu pun saya ajar. Saya perasan sebagai Adik, Aisyah memang suka meniru perlakuan dan percakapan Ihsan. Tapi agak terhad disini sebab Ihsan ada kelewatan perkembangan dari segi komunikasi dan sosial. Jadi, kalau Aisyah pergi tadika dia boleh bercampur-gaul dengan kawan-kawan dan secara tak langsung dia boleh asah social and communication skill dengan lebih banyak.

 

4. Tingkatkan Keyakinan

Aisyah suka berkawan dan suka nak cuba macam-macam perkara. Tapi kadang-kadang dia malu. Kalau di rumah memanglah dia heroin. Tapi kalau dengan orang yang dia jarang jumpa kadang-kadang takut dan langsung tak mau! Ni fenomena biasa lah kot bagi anak yang dijaga sendiri oleh maknya tambah-tambah lagi menyusu badan. Tak pernah berpisah kan. So dia punya melekap dengan mak tu memang lain macam sikit. Memang berbeza kalau nak bandingkan dengan anak yang ditinggalkan di nursery. Jadi saya nak Aisyah bina peribadi untuk lebih berani mencuba.

 

5. Berdikari

Saya perasan banyak perkara Aisyah dah mula nak buat sendiri. Nak buka baju sendiri, nak tolong sapu sampah, nak tolong buang sampah dan macam-macam lagi lah. Lagipun umur macam ni adalah peringkat dia rasa nak cuba dan explore macam-macam benda. Jadi kalau di tadika da disediakan module yang sesuai ikut peringkat umur. Umur macam ni kaedah learning through play lah yang paling sesuai. Sebab sambil main-main tu sebenarnya banyak benda dia belajar. Fun je kan!

 

6. Peluang Tambahan Untuk Aisyah

Walaupun saya mengajar Ihsan dan dalam masa yang sama Aisyah pun boleh je join sekali, tapi agak sukar bagi saya nak tumpukan kepada 2 orang. Peringkat umur Aisyah tahap fokusnya memang lah tak lama. Ihsan pula memang ada masalah fokus rendah. Jadi tak dinafikan bila memberi perhatian kepada Ihsan ianya memakan masa dan tenaga. Tapi dalam masa sama saya tak mahu Aisyah terlepas peluang sebab saya tahu dia ada potensi untuk berkembang dengan lebih optimum. Jadi bila hantar Aisyah ke playgroup harapnya saya dapat isi kelompongan ruang perhatian yang saya terlepas pandang.

 

Fahami Fitrah Kanak-Kanak

 

Hmm sebenarnya kan… mak saya (nenek kepada Aisyah) yang beriya-iya nak suruh cucu dia masuk tadika sebab dia nampak Aisyah dah ada minat nak belajar hihihi πŸ˜€ Mak saya ada cadangkan beberapa kali tapi saya buat tak endah je. Tapi bila dah banyak-banyak kali, ok lah why not give her a try. Lagipun untuk beberapa jam je sehari. Untuk umur 3 tahun of course la tadika yang sediakan kelas playgroup pilihan saya. Saya sangat pentingkan tadika yang faham fitrah kanak-kanak. Dan saya tak harapkan sekolah sepenuhnya untuk mendidik Aisyah. Sebab home is children’s first school!

Waktu saya survey tadika yang sesuai, saya dapat maklumat pihak kementerian sendiri kata umur 3 tahun tak sesuai pergi tadika sebaliknya elok pergi nursery atau taska. Pada pendapat saya ni agak subjektif dan ikut juga kesediaan anak masing-masing. Saya lebih prefer hantar ke playgroup sebab anak boleh dapat pengisian based on module khusus yang membantu untuk perkembangan awal kanak-kanak. Kalau di nursery atau taska tu lebih fokus kepada berfungsi sebagai pusat jagaan kanak-kanak je. Taska yang berkonsepkan child enrichment centre yang betul-betul mengaplikasikan pendidikan awal kanak-kanak memang ada tapi sangat lah terhad.

Untuk ibu-ibu yang bekerja pula nak tak nak memang kena hantar ke nursery atau taska sebab yuran ke playgroup, tadika atau child enrichment centre agak mahal. Lagipun susah pula nak kena transit daripada tadika ke taska sebab tak semua parents boleh ambil dan hantar anak sebab bekerja. In fact untuk ibu-ibu yang bekerja, sedari usia 3 bulan lagi bayi dah dihantar ke taska. Jadi bagi saya sepatutnya tak ada isu pun kalau nak hantar anak umur 3 tahun ke tadika. Tapi of course kita perlu pertimbangkan beberapa perkara sebelum buat keputusan.

 

Bukan Sebab Nak Dapat A Berderet-Deret πŸ˜›

 

Jadi, untuk Aisyah yang baru nak masuk umur 3 tahun ni memang saya langsung takde niat nak dia cepat pandai membaca, mengira, jadi genius ataupun dapat straight A. Tapi kalau dia cepat pandai pun, Alhamdulillah lah. I take that as a bonus dan akan saya hargai! Selfish rasanya kalau seawal usia fragile ni nak tekankan dia dengan pencapaian akademik. Biarlah dia membina jati diri dan pembentukan peribadi yang mantap dulu. Itu lebih penting. Saya nak dia develop sebagai all rounder. Terlalu luas ilmu Allah ni nak diteroka.

 

Setiap amal adalah unik. Bukan untuk dibandingkan antara satu sama lain.
Setiap anak adalah unik.

 

Saya tak mahu program kan minda dia sedari kecil exam kena dapat markah 100% ataupun nanti besar kena jadi doktor, engineer, cikgu atau sebagainya. Kalau dah memang minat dia takpe lah saya sokong saja. Biar lah dia pilih jalan dia sendiri asalkan menjadi insan solehah yang sentiasa beramal dengan Al-Quran dan sunnah. Dan memberi manfaat kepada keluarga, masyarakat, negara dan agama untuk kejayaan didunia dan diakhirat. InsyaAllah.

Oh saya tak daftarkan Aisyah lagi. Kalau betul-betul jadi nanti saya share lagi kisah Aisyah pergi skool ya! πŸ˜€

Umur Berapa Sesuai Hantar Anak Masuk Tadika? Dilema Ibu Bapa Sebelum Buka Sekolah
Tagged on:             

9 thoughts on “Umur Berapa Sesuai Hantar Anak Masuk Tadika? Dilema Ibu Bapa Sebelum Buka Sekolah

  • Pingback: Hari Pertama Aisyah Di Tadika Brainy Bunch Islamic Montessori (BBIM) Taman Pelangi Semenyih | HazrinaNasir.Com

  • November 17, 2015 at 9:21 PM
    Permalink

    Assalam puan.. Thn dpn ank sy umur 4 thn dan akan belajar d tadika cina.. Masalahnya sekarang, sy bimbang bila ank sy nk buang air kecil & besar nnt.. Adakah cikgunya akan tolong basuhkan.. Sbb firas hny pakai pampers waktu nk tidor malam saja.. Dan firas x pandai basuh sendiri sbb dia kata busuk.. He..he..he..

    Reply
    • November 17, 2015 at 11:08 PM
      Permalink

      Waalaikumussalam Ibu Firash πŸ™‚ Bagusnya Firash dah half potty-trained. Aisyah saya pun belum start lagi (my bad!). Rasanya puan perlu inform pihak tadika. Diorang mesti (dan sepatutnya) faham anak2 umur macam ni masih on potty training dan haruslah kena basuh dengan kasih sayang. Otherwise, untuk kurangkan kerisauan ibu sempat lagi nak train Firash sampai graduate masa cuti sekolah ni πŸ˜‰

      Reply
  • January 4, 2016 at 4:44 PM
    Permalink

    As’salam puan..
    Ank sy berusia 2 thn 4 bln..tp ank sy ade mslh speech delay..dan sy pn mmg dh bwk die jumpe speech terapy..persoalannye patut ke sy hntr ank sy ke sekolah kerana dirumah die bermain sendiri kerana die ank tunggal.sy berangapan sekiranye die ke sekolah dpt bergaul dgn kanak2 lain dan dari situ die cpt dpt bercakap.mintk pndgn puan.terima ksh

    Reply
    • January 10, 2016 at 4:41 PM
      Permalink

      Salam Puan Shahida. Pendapat saya memang elok sangat hantar ke tadika. Anak saya dulu pun saya masukkan ke tadika masa umur 2 tahun lebih atas saranan pakar. Kalau boleh pilih tadika yang tekankan konsep play learning. Macam playschool, montessori, child development centre dan playgroup. Cari yang tak ramai budak dan kelas lebih kecil. Yang paling penting cikgu faham masalah anak. Tekankan pada cikgu puan hantar untuk fokus bagi anak belajar bersosial, bergaul dan develop communication skill. Takpe kalau anak tak nak fokus akademik jangan paksa dulu.

      Reply
  • Pingback: Parenting Skill Anak Anak | Anakku Harapanku Dunia Akhiratku

  • December 2, 2016 at 8:44 PM
    Permalink

    assalamwalaikum puan…

    anak saya skrg umur 3 tahun 5 bulan tp dia tak jelas lagi bercakap..,, dan masih pakai pampers 24jam.. sesuai kah umur ni tuk masuk kan dia ke tadika ye ? satu gi anak sy hanya suka tengok youtobe speak english tp tak tau lah dia paham ke tak,,,hehe.. menurut puan tadika mcm mn yg sesuai buat anak saya ni ye ? satu gi nak tanya tadika ape yang bagus tuk pengajran dn pendidikan kanak2 ye,, then skrg berape biaya yuran tuk masuk ? trima kasih

    Reply
    • December 9, 2016 at 7:42 PM
      Permalink

      Waalaikumussalam. Pendapat peribadi saya boleh je nak hantar tadika. Cari tadika yang sesuai dengan keadaan anak, ikut apa yang puan nak fokus dan yang boleh terima pakai pampers. Tadika ni ada macam-macam konsep. Depends kepada puan lah nak macam mana. Tapi personally untuk umur anak macam ni elok lah cari yang berkonsepkan play learning, montessori ataupun yang fokus kepada child development. Bukan yang jenis fokus mengadap buku. Sebab budak2 banyak belajar melalui bermain. Yuran tu kena tanya centre berkenaan lah. Serasa saya tadika yang macam ni tak dinafikan pricey sikit πŸ™‚

      Reply
  • Pingback: Umur Berapa Nak Hantar Anak ke Tadika? | Seronoknya Bermain Sambil Belajar

Leave a Reply to Shahida Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge