Alhamdulillah! Sedar tak sedar sekarang saya dah ‘graduate’ dengan cemerlang penyusuan susu ibu sehingga umur anak dah 2 tahun. Kalau difikirkan balik, banyak tips yang diamalkan secara konsisten untuk menjayakan breastfeeding ni tanpa perlu top up susu formula. Syukur sangat saya dapat lengkapkan exclusive breastfeeding semasa 6 bulan pertama. Setelah itu saya perkenalkan solid food dan teruskan dengan breastfeeding sehinggalah umur anak 2 tahun dalam usaha memberikan anak khasiat daripada susu terbaik!
Terus terang saya cakap sebenarnya bukan lah mudah. Tapi tak lah susah sangat kalau kita tau macam mana caranya kan. Jadi kepada ibu-ibu yang berazam nak susukan bayi sepenuhnya sampai umur 2 tahun, saya nak kongsikan 10 tips penting yang anda perlu ambil tahu kalau nak berjaya lengkapkan penyusuan macam saya, insyaAllah!

Pengalaman Saya 2 Kali Menyusukan Anak-Anak Selama 2 Tahun

Ingat lagi masa mula-mula menyusukan anak dulu selalu terfikir…
‘Wah baru 6 bulan. Lagi setahun setengah nak habis ni’
Lepas tu terfikir plak…
‘Yes dah setahun!’
Lepas tu rasa macam baru je semalam terfikir-fikir…
‘Eh 3 bulan je la lagi’
Sekarang…
‘Eh… besar dah budak ni?!’
Sebelum kali pertama mengandung lagi saya dah mula belajar pasal breastfeeding. Sejak tu memang saya azam nak susukan anak sampai umur 2 tahun. Tapi hajat tak kesampaian sebab anak pertama meninggal dalam perut di minggu 38 kehamilan/ 9 bulan setengah (stillborn). Jadi lepas bersalin doktor terus bagi ubat untuk stop penghasilan susu. Sedih sangat masa tu tengok susu mengalir tapi takde baby nak bagi minum.

Alhamdulillah saya dapat manfaatkan ilmu dan teruskan niat breastfeeding lepas kelahiran anak ke 2. Syahdu betul waktu tu maklumlah sebab sebelum tu dah merasa kehilangan. Anak ke 2 ni lelaki. Saiz kecil je tapi pattern menyusu dia fuhhh sungguh demanding! Dia menyusu setiap 2 jam selama 6 bulan! Lepas 6 bulan baru lah jarak menyusu tu lama sikit. So selama 6 bulan tu memang saya jarang dapat tidur nyenyak huwa huwa huwa

Ini lah anak ketiga saya berumur 2.3 tahun yang sedang mengalami proses weaning-off. Ni tactic nak tidurkan dia. Kalau tak harus lah nak melekap je kan. Serba tak kena mood jadinya. Sampaikan dah develop seperation-anxiety pulak. Saya nak masuk tandas je pun dia dah susah hati. Kalau saya mandi tu lagi lah hihi 😀 Dah besar dah Adik ni. Bouncer tu pun dah tak muat sampai terkeluar kaki. Saya masih belum berjaya bercerai susu dengan beliau.

Semoga khasiat terbaik susu ibu 2 tahun lebih yang Adik dapat membantu menjadikan Adik anak yang sihat, bijak dan solehah.
Anak ke 3 saya perempuan. Just like my 1st breastfeeding journey, this 2nd experience has been wonderful. Pattern menyusu dia sangat lah berbeza dengan Abangnya. Malam-malam dia jarang minta susu dan selalunya tidur straight sampai pagi. Saya pula susah hati kenapa dia tak nak menyusu? Tak lapar ke? Ok ke? Jadi dengan si Adik ni memang saya dapat rehat banyak sebab dia menyusu in bulk gitew hihi 😀
Sekarang ni it’s a mixture of feelings bila nak hentikan penyusuan (wean-off breastfeeding). Pahit, manis, masin, masam, kelat macam-macam perasaan ada. Lepas ni tak tau lah ada lagi tak rezeki nak merasa susukan anak lagi. Perlahan-lahan ini lah titik pertama sebagai Mama saya perlu mula belajar ‘melepaskan’. Cepat je masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah besar dah baby saya ni :’)

10 Tips Penting Untuk Menjayakan Penyusuan Susu Ibu Hingga 2 Tahun

Pada pendapat saya breastfeeding ni sangat lah mudah, jimat, cepat, selamat dan terbaik! Tak susah pun. Tapi kalau tak kuat semangat memang awal-awal lagi dah surrender! Support system yang mantap sangat mempengaruhi kejayaan penyusuan. Jadi kalau anda berazam nak lengkapkan penyusuan anak hingga 2 tahun, saya cadangkan bersiap-sedia secukupnya mental dan fizikal.
1. Buat Persediaan Mental Dengan Tanamkan Niat Dan Azam
Saya dan suami memang merancang. Jadi bila dah bersedia nak ada anak sebelum mengandung lagi saya dah study berkenaan kehamilan. Dalam proses study tu saya terjumpa berkenaan breastfeeding. Sejak daripada situ lah saya jadi teruja dan semangat nak susukan anak. Pernah seketika saya jadi fanatik hihi 😀 Tapi sekarang dah matang, rasanya bersederhana tu lebih baik.
2. Tambah Ilmu
Kalau dah ada niat tapi tak tau caranya pun susah juga. Jadi saya pun mula lah tambah ilmu breastfeeding. Saya baca artikel-artikel di internet, refer blog-blog ibu menyusu, tanya kawan-kawan dan juga join forum penyusuan susu ibu SusuIbu.Com dan juga babycenter.com. Saya juga beli buku Mayo Clinic Guide To A Healthy Pregnancy sebagai buku rujukan. Bila ada ilmu saya rasa lebih faham dan yakin. Contoh kalau ibu bekerja tu mesti nak kena tau macam mana nak urus stok susu perahan EBM dah sebagainya kan.
3. Sokongan Suami Dan Ahli Keluarga
Saya bagitau suami dan keluarga. Diorang tak berapa tau pun pasal susu ibu ni. Tapi diorang menyokong niat saya dan serahkan kepada saya untuk buat pilihan terbaik. Dalam masa sama saya kongsi juga sikit-sikit ilmu breastfeeding dengan diorang. Tujuannya supaya bila ada masalah timbul, diorang tahu macam mana nak bantu saya. Sekurang-kurangnya bila kita dah ada ilmu dan mental yang kuat, lebih senang nak kuatkan hati, pekak kan telinga, tepis segala kata-kata orang dan cabaran negatif yang langsung tak membantu.
4. Persediaan Material
Antara barang penting yang perlu ada kalau nak menyusu baby ialah breastfeeding-pump set, breast pads, nursing pillow, nursing bra dan macam-macam lagi. Bila ada barang-barang ni, proses penyusuan tu akan jadi lebih mudah dan selesa. Barulah seronok dan feeling je kan nak menyusukan anak. Masa mula-mula dulu saya excited sangat sampaikan segala mak nenek saya beli. Sudahnya banyak tak guna. Dah lah mahal. Membazir! Jadi beli apa yang penting saja dulu. Lepas baby lahir boleh tambah mana-mana yang perlu.
5. Persediaan Rohani
Masa mengandung sampai lah anak saya umur 2 tahun saya sentiasa doa semoga Allah permudahkan saya untuk susukan anak, cukupkan dan banyakkan susu untuk anak supaya anak dapat membesar dengan baik dan macam-macam lagi lah saya doa. Tapi antara amalan penting yang saya amalkan secara istiqomah untuk ikhtiar banyakkan susu ialah:
  • Zikir Ya Matin – Ambil segelas air. Mulakan dengan Bismillah (3x/10x/100x) dan selawat. Zikir Ya Matin 70x. Akhiri dengan selawat dan Bismillah (3x/10x/100x). Minum air dengan niat nak menyusukan anak.
  • Surah Al-Hujurat – Ikhtiar memperbanyakkan susu dan agar anak bersifat berhati-hati.

***Tips eksklusif masa menyusukan anak, kalau boleh sentiasa berlapang hati, tenangkan emosi, elakkan rasa marah. Ini untuk pastikan aura-aura positif saja yang sampai kepada anak dan membantu membentuk peribadi anak yang baik, insyaAllah. Tak mudah tapi jangan tak cuba ya 🙂

6. Persediaan Fizikal

Ibu menyusu perlu sangat jaga kesihatan fizikal. Sebabnya kalau badan penat, nak menyusukan bayi tu sendiri akan rasa sangat mencabar! Apatah lagi kalau sakit. Jadi nak dapatkan kesihatan yang baik saya jaga pemakanan, rehat secukupnya, selalu happy dan positif. Mula-mula anak lahir rasa susah juga nak rehat. Tapi bila dah biasa dengan rutin baru, ok lah. Tips untuk dapat rehat yang cukup ialah bila anak tidur, ibu pun tidur sekali.
7. Pemakanan Sihat Dan Seimbang
Saya amalkan makan secara sihat dan seimbang. Saya pastikan setiap kali waktu makan mesti ada buah, sayur, protein, karbohidrat dan air yang mencukupi. Saya kurangkan dan elakkan makan makanan proses dan tak berkhasiat. Setiap hari saya minum lebih kurang 3 liter air dan saya amalkan makan makanan yang menggalakkan penghasilan susu macam buah kurma.
8. Makanan Tambahan
Masa menyusukan bayi, zat-zat dan nutrien penting daripada badan ibu akan disalurkan ke baby melalui susu ibu. Dalam masa sama proses penyusuan susu ibu tu sendiri banyak guna tenaga. Jadi, sangat penting sebagai ibu menyusu saya kena pastikan badan saya dapat nutrien lengkap yang penting supaya badan saya boleh hasilkan susu dengan baik, kesihatan saya terjaga sebab nutrien penting yang diperlukan badan saya dapat diganti balik dan baby pun boleh dapat nutrien penting untuk membesar dengan baik. Yang penting sekali saya pun rasa lebih bertenaga.
9. Elakkan Stress
Tertekan ni biasa lah kan. Ada banyak punca tertekan. Tambah-tambah bila baru saja bersalin tu susah nak dapat rehat berkualiti. Tapi apa yang penting kena pandai manage tekanan. Jangan terlalu ikut kan hati. Kadang-kadang penghasilan susu merudum. Saya risau juga. Tapi selalunya saya tak suka nak fikir sangat. Saya buat relax je. Saya kerapkan direct feeding dengan baby dan dalam masa sama cuba ikhtiar dengan makan makanan yang galactogogue (makanan yang menggalakkan penghasilan susu badan). Untuk ibu bekerja mungkin kena tau cara buat power pumping supaya stok EBM tak susut.
10. Tawakal
Saya perasan ramai ibu menyusu yang suka fikir ‘risau susu tak ada’. Personally saya jarang fikir macam tu. Bagi saya apa yang penting kita fokus dengan objektif kita dan usaha buat yang terbaik. Tak lupa juga berdoa supaya Allah bantu dan makbulkan. Selebihnya kita serah bulat-bulat kepada Allah. Yang penting kita dah buat kerja/ bahagian kita.
Ini lah tips yang menjadi faktor-faktor penting dalam menyumbang motivasi dan membantu saya menjayakan penyusuan lengkap 2 tahun. Pokok pangkalnya mental kena kuat. Tapi kalau badan letih, emosi pun terganggu, fikiran pun dah tak fokus, semangat apatah lagi dah hilang entah ke mana. Jadi sangat penting untuk pastikan badan sihat.

Saya rasa ramai mak yang bersetuju dengan perkara ni. Jangan main-main dengan badan letih dan cepat penat bila menyusu badan. Kebanyakan kita merasakan benda yang sama betul tak? Termasuklah peer counselor laktasi, Puan Dilla Jalil seperti dalam video di atas. Puan Dilla Jalil amalkan set vitamin penyusuan Shaklee untuk bantu diri dia rasa lebih bertenaga dan tak cepat letih.

Cadangan Vitamin Set Penyusuan Yang Saya Amalkan

Sama macam Puan Dilla saya juga, sepanjang menyusukan anak saya amalkan set vitamin seperti di bawah:
1. ESP – Bantu kurangkan rasa lapar dan bagi tenaga. Bekalkan protein yang penting untuk proses penghasilan susu ibu yang penting untuk perkembangan bayi. Bantu pelihara kesihatan sel, kulit, kuku, rambut ibu dan bayi.
2. Vitamin C – Kuatkan sistem imun. Bantu perkembangan tulang dan gigi bayi.
3. B Complex – Baik untuk kesihatan saraf dan peredaran darah. Bantu redakan tekanan ibu dan memberi ketenangan serta keseimbangan emosi.
4. Ostematrix – Bekalkan sumber kalsium penting untuk perkembangam bayi dan ganti semula kalsium ibu yang hilang. Bantu ibu tidur lebih nyenyak dan bangun rasa lebih cergas.
5. Alfalfa Complex – Alfalfa adalah penggalak susu yang tak panas dan tak mudaratkan baby. Kaya dengan mineral dan serat untuk bantu kurangkan sembelit dan cuci usus untuk bantu ibu kurus dan kempiskan perut. Bagus untuk kesihatan dalaman wanita lepas bersalin.
6. Multivitamin Vita-Lea – Diformulasi dengan zat besi yang membantu penghasilan sel darah mana yang mana ibu lepas bersalin banyak kehilangan darah. Membekalkan dan mengisi kelompongan nutrien daripada diet harian untuk pemulihan sel dan kesihatan keseluruhan.
Ramai ibu yang dah cuba dah berpuas hati dengan set penyusuan ni antaranya testimoni seorang ibu yang dapat hasilkan banyak susu dan boleh buat banyak stok EBM.

Never Give Up!

Akhir kata, all the best untuk ibu-ibu yang baru nak tanam azam, yang baru nak mula dan juga yang sedang berjuang. Apa pun pilihan yang ibu buat, semestinya anda tau apa yang terbaik untuk anak anda. Setiap anak dah ditetapkan rezeki mereka masing-masing termasuklah zat susu ibu. Tahniah sebab sentiasa berusaha untuk buat dan beri yang terbaik.

Setiap ibu nak beri yang terbaik selagi mampu. Tapi hanya Allah juga lah yang tahu apa yang terbaik untuk diberikan kepada setiap hambaNya. Saya bersyukur Alhamdulillah diberikan rezeki dan peluang ini. Ibu-ibu jangan mudah putus asa ya! Sentiasa berdoa Allah akan bantu anda capai matlamat. Selalu lah bersangka baik.

Sekiranya anda memilih untuk berazam susukan anak sehingga umur 2 tahun dengan mengikut 10 tips yang saya kongsikan bersama bantuan set penyusuan Shaklee, boleh segera hubungi saya di 019 269 2301. Saya bersedia untuk membantu dan memberikan konsultasi. Jangan mudah berputus asa dengan terus memberi susu formula. Sayangnya kalau tak berikan khasiat terbaik susu ibu selagi belum cuba sehabis baik kan?
Saya sangat memahami kerisauan dan tekanan anda daripada sebelum hamil, selepas bersalin sehinggalah semasa menyusukan anak sebab saya sendiri pernah mengalaminya. Anda boleh luahkan permasalahan anda dan insyaAllah saya akan cuba berikan bimbingan dan info berguna eksklusif khas untuk pelanggan saya. Pokok pangkalnya atas diri sendiri. Mesti yakin, anda boleh!
Sekiranya anda rasa artikel ini bermanfaat dan boleh membantu kenalan anda yang hamil, baru bersalin, ataupun sedang mengalami masalah penyusuan, anda boleh tekan button share di bawah. Semoga ianya memberi kebaikan.
Daftar jadi ahli Shaklee untuk penjimatan pembelian produk sehingga 25%.
 
Pengedar Shaklee Semenyih, Kajang, Rinching, Selangor:
Hazrina Nasir [ID 951651]
SMS/ Whatsapp: 019 269 2301
Email: blossomwidad@yahoo.com
 
Ketahui daripada saya bagaimana Shaklee boleh bantu anda jana pendapatan secara online dengan modal rendah.
10 Tips Menjayakan Penyusuan Susu Ibu Sehingga 2 Tahun, Tanpa Perlu Top Up Susu Formula

3 thoughts on “10 Tips Menjayakan Penyusuan Susu Ibu Sehingga 2 Tahun, Tanpa Perlu Top Up Susu Formula

  • December 16, 2014 at 10:14 AM
    Permalink

    That Skinny Elephant,
    I wish you all the best. You surely can do it too 🙂

    Rosmawati Ahmad,
    InsyaAllah. Semoga dimurahkan rezeki untuk anak 🙂

    Reply

Leave a Reply to Rosmawati Ahmad Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge