Bila sebut saja MLM automatik dalam kepala orang akan terfikir bisnes yang kena paksa cari orang. Pasang kaki kiri, pasang kaki kanan, cari pair, head hunting, cari kepala, paksa orang join dan macam-macam istilah lagi. Bencinya bisnes kena cari orang ni! Payah tau, tak larat! Bukan senang nak ajak orang join! Lepas tu orang atas yang kaya. Bisnes MLM penipu betul! Termasuklah bisnes Shaklee memang selalu tak terlepas daripada tanggapan yang sama.

 

Bisnes MLM online sistem piramid dan sistem cepat kaya memang penipu!
Memang banyak bisnes multi-level-marketing yang menipu orang ramai. Duit banyak habis. Sudahnya habuk pun takde. Sigh!

 

Betul Ke Bisnes MLM Shaklee Ni Pun Kena Cari Orang?

 

Terus terang lah cakap saya pun menyampah dengan bisnes MLM yang kena cari orang ni. Tapi yang peliknya macam mana pulak saya boleh berbisnes Shaklee sepanjang 2 tahun ni? Shaklee kan MLM? Tapi tu lah sepanjang berbisnes Shaklee ni tak pernah lagi saya kena keluar cari orang atau pun paksa orang join bisnes saya. Memang tak pernah. Orang cari saya ada lah hihi. Cuba tengok akak dalam video ni dia setuju tak dengan saya 🙂

Bisnes Shaklee Penipu? Isk3. Tak Percaya? Tengok Ni from iReach HD on Vimeo.

 

Kalau dulu saya memang menyampah nak buat bisnes Shaklee. Memang tak nak dekat dengan mana-mana MLM. Tapi tulah orang kata benci tu berpada-pada. Adakalanya apa yang kita benci tu lah yang baik untuk kita dan apa yang kitsa sayang sangat sampai taksub tu lah yang buruk untuk kita. Tapi macam mana saya boleh terbuka hati? Pelik kan MLM tak payah cari orang macam mana nak jalan?

Itulah pengajarannya yang saya dapat. Dalam menilai sesuatu gunalah akal fikiran bukannya emosi. Ibarat kata pepatah ‘Don’t judge a book by it’s cover’, mula-mula sekali kita carilah sebanyak maklumat yang mungkin untuk kita kaji. Dan barulah kita nilai mana betul mana salah.

Ok lah dipendekkan cerita, mula-mula sekali sebelum memulakan bisnes MLM, pastikan MLM yang anda nak join tu mematuhi syariah. Sebelum ni saya ada kongsikan dalam entry ini, Adakah Bisnes MLM Shaklee Patuh Syariah?

Sebenarnya saya tiba-tiba rasa nak cerita pasal ni sebab hari Ahad lepas masa baru sampai daripada Langkawi, kami ambil perkhidmatan airport taxi daripada KLIA balik ke rumah. Kami anak-beranak balik kampung mengejut sebab menziarah Tokwan saya yang tenat dan meninggal dunia. Masa dalam perjalanan balik tu suami saya bersembang lah dengan brother taxi ni. Macam-macam topik yang keluar termasuk lah topik pekerjaan.

Bila sampai turn saya, suami sebut lah saya buat home-based business Shaklee. Brother taxi tu terus kata, “Oh ok jugak kan Shaklee. Kawan-kawan saya ramai juga buat MLM memang OK. Tapi tu lah saya ni nak cari-cari orang ni yang susah”. Hihihi yelah Bang. Lepas dengar brother taxi tu cakap macam tu saya senyum je lah sambil bagi feedback ringkas yang menidakkan tanggapan dia tu 😉

Saya tak hairan dia cakap macam tu. Sebab dulu saya pun fikir benda yang sama! Tapi dulu lah! Sebelum saya dapat maklumat lengkap yang sebenar. Jadi, tujuan saya buat entry ni adalah nak kongsi kebenaran tentang bisnes Shaklee. Saya tau ramai orang kat luar sana mencari-cari peluang nak tambah pendapatan. Yelah zaman tengah gawat ni kan. Dengan GST nya dengan cost of living yang naik mendadak-dadak tapi gaji tetap ciput huhu

Saya tak nak mereka yang terdesak dan sangat memerlukan kewangan tambahan terlepas peluang daripada mengetahui tentang bisnes Shaklee. Sebab Shaklee menawarkan banyak kelebihan yang tak ada pada bisnes lain.

 

Hakikat Sebenar Bisnes MLM Shaklee Yang Tak Menipu

 

Macam saya bagitau tadi, saya tak pernah lagi cari orang sepanjang berbisnes Shaklee ni. In fact dalam buku panduan sistem pemasaran Shaklee pun takde sebut tentang distributor kena pasang kaki atau pun head-hunting. Sebaliknya bisnes Shaklee sangat menekankan penjualan produk. Kitorang jual produk sambil tekankan kebaikan dan kelebihan produk Shaklee berbanding produk jenama lain.

 

Produk Shaklee dijamin semulajadi, selamat dan berkesan.
Produk Shaklee bukan saja selamat dan semulajadi tapi ada kelulusan KKM dan sijil Halal yang diiktiraf Jakim.

 

Good products sell themselves. Kelebihan Syarikat Shaklee ialah produknya yang memang bagus dan berkualiti. Kalau tak, takkan lah produk Shaklee masih bertahan sejak lebih 90 tahun dulu dan Shaklee Corporation juga kekal kukuh untuk lebih 50 tahun? Hasil kajian saintifik Shaklee pun dah banyak diterbitkan dalam journal kesihatan dan jadi rujukan pihak-pihak universiti.

 

Bagaimana Memulakan Dan Menjalankan Bisnes Shaklee Semudah ABC?

 

Nak mula berbisnes Shaklee pun mudah sangat semudah 3 langkah:

 

  1. Daftar jadi ahli dengan bayaran keahlian seumur hidup RM68.90. Ini je lah modal nak mula berbisnes tak perlu pun beribu-ribu RM apatah lagi nak kena buat loan bank.

 

  1. Gunakan produk Shaklee untuk bantu perbaiki kesihatan sendiri. Contohnya boleh cuba Alfalfa Complex. Sebotol RM53.75 saja ada 330 biji! Ramai orang tak tau kepentingan detoksifikasi untuk cuci usus. Kebanyakan punca penyakit adalah berpunca daripada perut. Banyak lagi produk lain yang lebih murah macam Multipurpose Herbal Cream RM27.50 yang bagus sangat untuk bantu baiki masalah kulit yang ringan.

 

  1. Dah boleh mula menjual! Kongsikan pengalaman anda menggunakan produk Shaklee dengan seramai orang yang boleh. Maklumkan kebaikan dan kelebihan produk Shaklee yang selamat, semulajadi, dan terbukti berkesan. Anda boleh gunakan apa-apa platform untuk berkongsi samada online atau offline, ikut keselesaan. Tanamkan niat untuk memperbaiki dan meningkatkan kesihatan seramai orang yang mungkin!

 

Shaklee bisnes online mudah modal rendah
Bisnes online Shaklee sesuai untuk ibu-ibu surirumah mahupun ibu bekerja yang suka main internet. Alang-alang online je kan. Sesambil boleh juga tambah pendapatan cari duit untuk beli susu dan pampers anak ye dak?

 

Secara basicnya memang ini lah yang saya buat. Saya sendiri bermula sebagai pengguna produk Shaklee selama bertahun-tahun sebelum mula berbisnes. Konsepnya banyakkan sharing je. Alhamdulillah sekarang dah ramai downlines saya yang jadi ahli untuk makan sendiri sebab nak perbaiki kesihatan. Tapi bila ada downlines yang nak berbisnes, saya akan bagi bimbingan dalam secret group khas.

Saya tak pernah paksa setiap ahli untuk berbisnes. Pokok pangkalnya siapa rajin, dia lah dapat. Dan saya pun sentiasa ikhlas nak berkongsi dan mencurahkan segala ilmu yang saya ada. Sebab bagi saya ini salah satu amal jariah yang boleh jadi saham akhirat. Bila kita dapat tengok ilmu yang kita kongsi memberi manfaat dan membawa nilai tambah dalam kehidupan orang lain, ada 1 rasa puas dalam hati. Susah nak explain macam mana perasaan ni  🙂

 

Dah Namanya Pun Bisnes!

 

After all, dah namanya pun bisnes. Memanglah kerja kita kena promote kepada orang ramai supaya orang akan beli dan kita dapat keuntungan. Kita nak bagitau dan kongsi dengan ramai orang tentang berapa bestnya produk kita dan kenapa diorang perlu dapatkan. Sama lah dengan peniaga kedai runcit. Kalau dia tak buka kedai dan alu-alukan kedatangan pelanggan mana ada orang nak tau dia menjual ye dak?

Bila kita mempromosi bukan bermaksud kita memaksa. Tak sama sekali. Saya fokus untuk sampaikan maklumat kepada seramai orang yang boleh. Lagipun dengan lambakan bermacam-macam produk kesihatan di Malaysia ni yang kita taktau dengan terperinci apa bahan dalamnya, selamat ke tak, ada kajian saintifik tak dan sebagainya, jadi saya rasa perlunya saya kongsi tentang supplement semulajadi Shaklee.

Nak beli ke tak nak beli ke itu bukan urusan saya. Tapi kalau ada yang nak beli, Alhamdulillah! Bila dah rasa betapa bestnya produk yang semulajadi, berkesan dan selamat daripada bahan kimia bahaya ni, bolehlah kongsi dengan family, saudara-mara dan kawan-kawan. Barang baik jangan selfish simpan sorang-sorang. Kumpul order tolong belikan bagi siapa-siapa yang nak. Ehhh dapat cash rebate lah sebab beli banyak. Dah tak pasal-pasal terbisnes pulak hihihi! 😀

Shaklee bisnes yang adil dan bukannya skim cepat kaya.
Shaklee bukan skim cepat kaya ye. Dalam bisnes Shaklee kena rajin. Siapa buat dah lah dapat.

 

Memang diakui ada banyak bisnes MLM yang fokus kepada head-hunting. Tapi kalau nak tau sebenarnya kadang-kadang bisnes tu memang OK. Tapi ada pulak ahli-ahli yang ubah suai sistem sebenar sebab nak cepat kejar keuntungan, income besar, pangkat dan sebagainya. Oleh itu, berhati-hati lah juga dengan group yang anda pilih untuk sertai. Choose the right group and the right leader! Jangan sampai terpesong!

Alhamdulillah group saya Stellar Family berada di bawah susur-galur empayar iReach Family yang awesome! Nak join saya dalam secret group exclusive dan kaut sebanyak-banyaknya ilmu berharga yang tak terhad kepada Shaklee saja tapi boleh dimanfaatkan dalam kehidupan harian dan akan datang? Jom! Let’s build your own empire! 😉

 

 

Your Shaklee Business Mentor 😉

Hazrina Nasir

ID 951651

SMS/ Whatsapp 019 269 2301

Dapatkan produk berserta diskaun 15-25% yang lebih menjimatkan dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee sekarang . Dan ketahui daripada saya bagaimana Shaklee boleh bantu anda jana pendapatan secara online dengan modal rendah.

Pengedar Shaklee Semenyih, Kajang, Rinching, Selangor dan Seluruh Malaysia!

Bisnes MLM Penipu, Kena Paksa Cari Orang
Tagged on:             

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge