Pasal balik Langkawi ni, sebenarnya kitorang tak plan pun nak balik. Walaupun Mama saya dah tanya banyak kali tapi rasa macam berat hati nak balik. Bukannya tak nak balik. Memang teringin nak tengok Tokwan kali terakhir sebab dah tau Tokwan tenat. Cumanya bila mengenangkan nak travel jauh dengan Ihsan ni. Ku pendamkan je hasrat tu.
Nak dijadikan cerita, pagi Jumaat tu Mama saya tanya lagi. Pung pang pung pang kitorang pun terus book tiket MAS online. Suami pun terus cancel segala appointments. Saya pun packing kain baju macam lipas kudung. Tak sempat lah nak kemas rumah. Buat apa-apa yang patut je. Pukul 3.00pm taxi datang rumah terus bawa pergi KLIA.
Last Ihsan naik flight masa umur 1 tahun 10 bulan masa balik for good ke Malaysia daripada Jepun. Flight 7 hours tu rasa sungguh lama dan memenatkan! Ihsan masa umur tu sangat lah restless dan tak boleh duduk diam. Bila sampai Malaysia kitorang sakit seluruh badan dan flat 2 hari! Sejak tu memang elak naik flight sebab rasa lebih selesa naik kereta.
Tapi untuk kali ni tak dapat elak. Ajal maut bukan boleh tunggu-tunggu. It’s now or never. Jadi kami redah je sebab flight pun 1 jam je. Saya dah social story sikit-sikit kat dia daripada rumah so that he knows what’s going to happen and what to expect. Jadi takde lah dia terkejut dan dia lebih tenang.
Honestly we are surprised sebab Ihsan did quite well. Saya dah bawa siap-siap bekalan toys untuk bagi dia entertained. Toys tu tak lah laku sangat pun sebab Ihsan lebih berminat nak explore the environment. Bila dah makin besar ni Ihsan dah kurang restless. Banyak arahan dia dah faham. Tapi sangat kena hati- hati sebab dia suka tiba-tiba je pecut lari. Jadi semua pancaindera kena alert untuk ambil tindakan kalau dia buat apa-apa.
Masa dalam balai pelepasan Ihsan dengan sengaja pergi rempuh Atok mat saleh yang tengah baca magazine. Terkejut Atok tu! LOL! Masa dalam flight dia duduk atas husband throughout the flight. Nasib baik dia takde banyak sensory issues. So he was OK. Perangai tak sabar, nak menjerit nak marah tu biasa lah.
Bab ni je kena hati-hati handle with care ibarat menarik rambut daripada tepung gittew. Sebab tak nak trigger lagi kemarahan dia. Kalau tantrum lagi susah. Terpaksa main kejar-kejar dengan Ihsan tu biasa lah. Wajib punya. Alhamdulillah selamat sampai Langkawi pukul 7.15pm.
Banyak hikmah juga terpaksa balik kampung ni. It was not bad at all actually. Dapat tau Ihsan boleh coorperate untuk short distance flight. Ada juga rezeki Aisyah nak jejak Langkawi dan tengok great grandfather dia for the first and last time. Rezeki Aisyah dapat naik flight for the first time. Dan ada rezeki kami berkumpul anak-beranak tengok Tokwan kali terakhir.
Owhhh tak lupa juga… dapat create more Autism Awareness. Lebih ramai saudara mara yang tau Ihsan Autism. Saya pun baru tau rupanya ada cousins yang kerja as cikgu pendidikan khas. Itu lah dia… cousins sendiri pun ramai tak kenal. Kalau berselisih pun agaknya memang tak tau pun bersaudara. Fakta kelakar yang menyedihkan LOL!
Walaupun balik kampung tapi kitorang stay di motel hujung kampung sebab rumah Tokwan penuh ramai orang tua-tua. Keadaan rumah panas dan ramai orang tak selesa untuk Ihsan. Lagipun Ihsan bising. Takut mengganggu Tokwan dan orang lain di rumah tu nak baca doa dan Yasin. Untuk keselesaan dan ketenangan semua pihak samada Ihsan sendiri, mak pak Ihsan dan saudara mara lain kena lah buat macam ni.
Being an Autism parents bukannya anti sosial. Tapi tak boleh ikut cara orang biasa. Bila ada majlis sebegini kena salah sorang saja pergi. Sorang lagi jaga anak-anak. Diri sendiri perlu banyak korbankan kehendak sendiri dan kepentingan orang lain demi anak. Dan orang lain pun perlu terima dan faham tanpa perlu banyak soal atau mempertikaikan.
Honestly saya tak kisah apa orang cakap. Walaupun orang tak faham kadang-kadang tu. Tapi saya buat keputusan apa yang terbaik untuk semua pihak.
Disebalik Tabir Kisah Balik Langkawi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge