Assalamualaikum 🙂
Alhamdulillah diberi lagi peluang untuk bernafas dan menikmati hidup. Hari ni Isnin, sekolah belum cuti lagi. Tapi bagi Mama Ihsan dan Aisyah sama je Isnin ke Sabtu ke Ahad ke. Kecuali Rabu dan Khamis je ada kelainan sikit. Sebab Ihsan homeschool tapi Rabu Khamis pergi special skool. Jadi masa banyak spend di rumah. Cuma feeling permulaan minggu tu tetap ada rasa lain sikit. Mungkin sebab suasana weekday tu sendiri memang berbeza. Sebab pagi-pagi orang dah siap-siap nak pergi kerja. Ada bunyi kereta. Bunyi budak-budak nak pergi sekolah.
Lebih kurang seminggu je lagi sebelum mula cuti sekolah akhir tahun. Budak-budak tadika sekarang tengah sibuk graduation day. Dekat facebook ramai yang share report card, markah kertas exam, sijil, anugerah, gambar pegang skroll dan pakai jubah. Tumpang bangga dengan pencapaian anak-anak masing-masing. Semoga terus jadi anak soleh solehah yang berjaya dunia akhirat. Dan juga membesar jadi masyarakat yang prihatin penuh kasih-sayang. Tahniah! 🙂
Ihsan tak merasa pengalaman ni. Tipu lah kalau kata tak rasa apa-apa. Memang terdetik rasa sedih dan terkilan sebab anak sendiri tak ada pengalaman sama macam kawan-kawan sebaya. Bukan Ihsan tak boleh. As a mom kita tahu keupayaan anak kita walaupun dia special sebab kita tengok perkembangan dia daripada hari ke hari. Bila tengok-tengok gambar tu ada juga terfikir eh ini Ihsan pun boleh buat. Memang dia ada cabaran tertentu. Tapi sebab faktor keadaan dan situasi, dia tak diberikan peluang dan tak dapat peluang tu.
Rupanya bukan saya je yang rasa macam ni. Ramai parents lain pun sama. Perkara macam ni tak pernah terfikir dalam kepala saya apatah lagi nak terfikir apa rasanya. Tapi sebab anak saya special jadi ini memang pengalaman dan perasaan yang baru. Sebelum ni pun ada banyak pengalaman yang saya dah rasa dan saya yakin akan datang pun ada banyak lagi pengalaman extraordinary yang akan saya hadapi. Pengalaman yang tak semua orang dapat rasa. Tapi ramai juga anak-anak special yang bertuah sebab diberikan peluang. Alhamdulillah.
Walaupun Ihsan pernah masuk kindy since umur 2 tahun setengah sampailah umur 4 tahun setengah tapi dia tak pernah attend graduation day. Saya sendiri decide tak nak attend sebab saya daripada awal dah sedar keadaan tak begitu mengharapkan dan mengalu-alukan Ihsan join the occasion. Buat apa saya pergi dan bawa anak saya just for the sake of doing it because other kids are also doing it. Tapi hakikatnya anak saya tak enjoy dan I have to bear the guilt for making him feel different. Sebaliknya… saya memang akan attend kalau situasi tu sendiri memang mengalu-alukan keadaan Ihsan. Get it?
Honestly saya tak terlalu fikir tentang ni pun. I look at this from the positive side. I already expected this. Not that I’m attracting this to happen but as special parents we are aware and acknowledge all possible circumstances from best to worst. I try to appreciate more on what we get instead of what we don’t. Just because we could’t get or do things like many people do but that doesn’t mean we are less fortunate. Instead, I’m sure many people don’t get to experience interesting and extraordinary things that we get too. 
Sekadar berkongsi pengalaman yang tak semua ibubapa dapat rasa. Saya selalu ingatkan diri untuk bersangka baik. InsyaAllah Allah sentiasa hanya memberi yang terbaik. Alhamdulillah! 🙂
Just Because We Are Different Doesn’t Mean We Are Less Fortunate

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge