Wah! Yeke?! Rupa-rupanya serangan jantung adalah pembunuh utama wanita di Malaysia?! Sungguh saya tak sangka sebab saya ingatkan kanser payudara musuh utama wanita. Kekerapannya pula hampir 2 kali ganda lebih kerap berbanding kematian akibat kanser. Nampaknya kita orang perempuan kenalah mula lebih cuba fahami bagaimana serangan jantung ni terjadi. So that boleh lah kita cuba untuk elakkan risiko terkena sakit jantung.

Kenapa kita tak boleh buat tak tahu, endah tak endah saja? Sebab kita mungkin ibu kepada seseorang, isteri kepada seseorang, anak kepada seseorang, rakan kepada seseorang, makcik kepada seseorang, nenek kepada seseorang dan sebagainya. Kita bukan siapa-siapa. Kita orang penting dalam kehidupan seseorang! Kita kena sayang diri kita dulu supaya kita boleh terus sayang diorang! Kan?

Serangan jantung adalah pembunuh utama wanita di Malaysia, kanser payudara musuh utama wanita, kematian akibat kanser, bagaimana serangan jantung terjadi, elak risiko sakit jantung, Peringkat Demi Peringkat Bagaimana Serangan Jantung Bermula, amalan gaya hidup kurang sihat, makan garam berlebihan, makanan berkolestrol tinggi, kurang bersenam, stress, tekanan darah meningkat, permukaan dinding arteri, pengumpulan plak, kolestrol dalam darah, arteriosclerosis, saluran darah sempit, gumpalan darah, thrombosis, menghalang perjalanan darah, jantung kekurangan darah dan oksigen, angina episode, rasa sakit dada, myocardial infarction, stroke thrombotic, arteri koronari, cara elak, cara mencegah sakit jantung, berhenti merokok, pastikan tekanan darah normal, pengambilan makanan tambahan, Minyak ikan kaya dengan Omega 3 membantu merendahkan tekanan darah, Phytocol-ST menghalang penyerapan kolestrol, CoQHealth Plus menguatkan jantung, Vivix kaya dengan antioksidan
Serangan jantung pembunuh utama wanita di Malaysia mengatasi serangan kanser

Peringkat Demi Peringkat Bagaimana Serangan Jantung Bermula

Jom kita tengok macam mana bermulanya sakit jantung ni:

Tekanan Darah Tinggi

Disebabkan amalan gaya hidup kurang sihat zaman moden sekarang ni, seperti amalan makan garam berlebihan, merokok, banyak makan makanan berkolestrol tinggi, kurang bersenam, selalu stress dan sebagainya, menyebabkan tekanan darah kita meningkat. Aliran darah yang mengalir dengan tekanan tinggi daripada normal menekan permukaan dinding arteri menyebabkan dinding saluran darah ataupun arteri kita jadi rosak sebab berlekuk atau berbonggol.

Arteriosclerosis

Bila dah jadi macam ni, permukaan dinding salur darah yang rosak ni menyebabkan pengumpulan plak. Iaitu lemak atau kolestrol dan kalsium yang terdapat dalam darah yang mengalir mula mengeras dan melekat pada dinding arteri. Ini dinamakan proses arteriosklerosis dimana pengumpulan plak berlaku sedikit demi sedikit menyebabkan saluran darah kita jadi sempit.

Thrombosis dan Angina Episode

Disebabkan faktor tertentu, plak ni pula boleh jadi tak stabil dan pecah. Jadi serpihan-serpihan plak ni akan terkumpul jadi gumpalan darah beku ataupun thrombosis yang menghalang perjalanan darah. Bekalan darah yang tak mencukupi ni menyebabkan jantung kekurangan darah dan oksigen. Seterusnya serangan angina episode boleh berlaku. Iaitu kita akan rasa sakit pada dada, lengan, bahu dan tengkuk. Serangan sakit dada yang tak stabil boleh jadi tanda permulaan serangan jantung.

Serangan jantung adalah pembunuh utama wanita di Malaysia, kanser payudara musuh utama wanita, kematian akibat kanser, bagaimana serangan jantung terjadi, elak risiko sakit jantung, Peringkat Demi Peringkat Bagaimana Serangan Jantung Bermula, amalan gaya hidup kurang sihat, makan garam berlebihan, makanan berkolestrol tinggi, kurang bersenam, stress, tekanan darah meningkat, permukaan dinding arteri, pengumpulan plak, kolestrol dalam darah, arteriosclerosis, saluran darah sempit, gumpalan darah, thrombosis, menghalang perjalanan darah, jantung kekurangan darah dan oksigen, angina episode, rasa sakit dada, myocardial infarction, stroke thrombotic, arteri koronari, cara elak, cara mencegah sakit jantung, berhenti merokok, pastikan tekanan darah normal, pengambilan makanan tambahan, Minyak ikan kaya dengan Omega 3 membantu merendahkan tekanan darah, Phytocol-ST menghalang penyerapan kolestrol, CoQHealth Plus menguatkan jantung, Vivix kaya dengan antioksidan
Salur darah tersumbat meningkatkan tekanan darah dan saluran darah jadi sempit

Myocardial Infarction, Dementia dan Stroke Thrombotic

Selain tu, akibat bekalan darah dan okisgen yang tak mencukupi ni, boleh juga sebabkan sel otot jantung jadi rosak. Ini pula dinamakan myocardial infarction. Pada otak pula, darah yang terpaksa melalui arteri yang sempit boleh sebabkan sel otak mati dan terjadinya dementia. Kadang-kadang, aliran darah yang terlalu perlahan pula boleh sebabkan darah membeku dan stroke thrombotic terjadi.

Stroke Hemorrhagic

Lebih buruk lagi, kadang-kadang tekanan darah naik terlalu cepat dan darah jadi terlalu pekat dan tersumbat. Tekanan tinggi ni menyebabkan salur darah jadi bocor dan pecah seterusnya pendarahan dalam otak berlaku ataupun disebut stroke hemoragik yang boleh menyebabkan kematian.

Serangan Jantung (Heart Attack)

Pada jantung kita terdapat arteri koronari iaitu pembuluh darah jantung. Ianya mengelilingi jantung dan bertanggungjawab membekalkan darah yang kaya dengan oksigen serta nutrien ke otot-otot jantung. Ini penting untuk jantung berfungsi dengan sempurna. Tapi bila berlaku gangguan pada aliran darah berpunca daripada keadaan-keadaan di atas tadi, serangan jantung boleh terjadi.

Cegah Penyakit Berkaitan Jantung Dengan Amalan Gaya Hidup Sihat

Jadi para wanita sekalian, terutamanya ibu-ibu, mama-mama, isteri-isteri, makcik-makcik, nenek-nenek dan tak terkecuali juga anak-anak dara sunti, adalah sangat penting okay untuk kita mula amalkan gaya hidup sihat daripada awal. Sebab penyakit berkaitan jantung ambil masa lama nak berlaku. Kalau pun dah berusia tapi masih tak terlambat untuk jaga kesihatan dengan lebih baik. Kalau nak tau, serangan jantung boleh berlaku secara senyap tanpa kita sedar pun!

Serangan jantung adalah pembunuh utama wanita di Malaysia, kanser payudara musuh utama wanita, kematian akibat kanser, bagaimana serangan jantung terjadi, elak risiko sakit jantung, Peringkat Demi Peringkat Bagaimana Serangan Jantung Bermula, amalan gaya hidup kurang sihat, makan garam berlebihan, makanan berkolestrol tinggi, kurang bersenam, stress, tekanan darah meningkat, permukaan dinding arteri, pengumpulan plak, kolestrol dalam darah, arteriosclerosis, saluran darah sempit, gumpalan darah, thrombosis, menghalang perjalanan darah, jantung kekurangan darah dan oksigen, angina episode, rasa sakit dada, myocardial infarction, stroke thrombotic, arteri koronari, cara elak, cara mencegah sakit jantung, berhenti merokok, pastikan tekanan darah normal, pengambilan makanan tambahan, Minyak ikan kaya dengan Omega 3 membantu merendahkan tekanan darah, Phytocol-ST menghalang penyerapan kolestrol, CoQHealth Plus menguatkan jantung, Vivix kaya dengan antioksidan
Serangan jantung berasal daripada akibat amalan gaya hidup kurang sihat sejak muda

Antara perkara yang perlu kita kena selalu ingat ialah:
1. Berhenti merokok! Sebab merokok boleh rosakkan dinding arteri!

2. Elak pengambilan garam berlebihan dan alkohol.

3. Elakkan tekanan atau stress.

4. Rajin-rajin lah bersenam! Sehari 10 minit pun dah cukup.

5. Elakkan makanan kurang berkhasiat macam makanan yang diproses dan makanan segera.

6. Makan lah makanan berkhasiat secara seimbang dan lengkap. Pasti kan setiap kali makan ada karbohidrat, sayur, buah dan protein.

7. Elakkan makan secara berlebihan.

8. Amalkan minum 3 Liter air kosong setiap hari untuk detoksifikasi dan fungsi badan yang sempurna.

9. Buat pemeriksaan berkala untuk pastikan tekanan darah normal.

10. Amalkan pengambilan makanan tambahan seperti:

  • Minyak ikan yang kaya dengan Omega 3 yang membantu merendahkan tekanan darah.
  • Phytocol-ST yang membantu menghalang penyerapan kolestrol dalam salur darah dan mencegah penyakit berkaitan jantung.
  • CoQHealth Plus yang membantu menguatkan jantung.
  • Vivix yang kaya dengan antioksidan untuk perlindungan keseluruhan jantung dan juga kesihatan tubuh secara keseluruhan.
Dengan info yang saya kongsikan ni, kita kena sedar dan mula buat sesuatu untuk pelihara kesihatan jantung sendiri. Sebab kita ada anak-anak, ada suami, ada ibu bapa, ada abang, kakak dan adik. Kalau kita ni bukan siapa-siapa pun, masih ada seseorang yang sayang dan perlukan kita. In fact diri kita sendiri masih banyak perkara yang kita nak buat, impian yang kita nak capai dan diri sendiri untuk kita perbaiki sebagai muslimah yang diredhai.
Okay, saya pun dah mula ‘risau’ sekarang!

Daftar jadi ahli Shaklee untuk penjimatan pembelian produk sehingga 25%!

Pengedar Shaklee Semenyih, Kajang, Rinching, Selangor:
Hazrina Nasir [ID 951651]
SMS/ Whatsapp: 0192692301
Email: blossomwidad@yahoo.com

Ketahui bagaimana Shaklee boleh bantu anda jana pendapatan secara online dengan modal rendah.
Bagaimana Serangan Jantung Terjadi Dan Menjadi Pembunuh Utama Wanita Di Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge