Assalamualaikum 🙂
Ok apa nak mula tulis dulu ni? Selalu banyak sangat idea tapi sejak jadi Mama kepada seorang anak soleh dan seorang anak solehah, priority saya dah beralih arah. Saya baru sedar rupanya tahun ni baru 2 entries je published. Sungguh kasihan. Walaupun ada je benda rasa nak cerita tapi bak kata orang some things better left to be untold gittew. Nama pun The Little Secret kan. Kita share sikit-sikit je dah lah 😉
Alhamdulillah kali ni saya azam nak kembali aktif berblogging. Sayang sangat sebenarnya blog ni. Macam-macam kisah suka-duka. Kelat, masam, manis, masin, pedas semua ada lah. Blog ni juga jadi penyimpan perjalanan hidup saya sejak 2006. Lebih kurang lah kan. Daripada baru kahwin, dok di Jepun, zaman berdua, lepas tu zaman 2 setengah, pastu jadi 2 balik, lepas tu 3 dan sekarang 4. 
Anak-anak pun makin besar. Garis kedut kat muka pun makin bertambah dan tak ketinggalan juga pertambahan saiz badan ke sisi. Sadis -__-” Tapi saya bersyukur Allah kurniakan kesihatan yang baik dan masih dikelilingi orang-orang tersayang. Walaupun hidup ni tak selalu cerah tapi tujuan hidup di dunia tu sendiri adalah sebagai ujian untuk kita berusaha mencapai redha Allah.
Ok macam kelakar plak baca cara diri-sendiri menulis. Kalau browse balik entry lama-lama kehkehkeh dengan lovey-dovey nya dengan ntah hape hape nya!!! Unsangkarable (konon)! Well… usia dah meningkat, insyaAllah dah makin matang. Hidup itu sungguh mematangkan. Ceh cakap je lah dah tua sebenornya kannn? hihi 😛 Tapi takpe lah… apa yang penting saya ni makin baik daripada saya yang dulu lah harapnya.
Sebenarnya saya niat nak keep writing perkembangan anak-anak. Bukan apa… untuk kenangan saya sendiri. Dalam masa sama nak share kalau-kalau ada yang boleh bagi manfaat kepada orang lain. Selain tu saya rasa writing is good way for me to unwind myself. Walaupun tak semua benda boleh share dalam blog ni. Tapi takpe lah saya nak jadikan blog ni medium untuk memotivasikan diri sendiri. Share yang happy-happy je dalam ni, insyaAllah.
Template pun dah tukar baru. Dah upgrade jadi Ninja Mama dah sekarang hihi 😀 Saja je tetiba dapat idea masa nak ubah-ubah template tu. Lagipun macam best je sebab nak ambik semangat Ninja tu. Selalu supermom je kan. Kita ubah lah sikit. Template pun tak mau fancy-fancy sangat. Mungkin selera orang yang makin matang ni sukakan yang simple dan minimal je. Saya plan nak upgrade ke domain nanti insyaAllah kalau boleh secepat mungkin bila tiba masa yang sesuai 🙂
New Chapter: The Little Secret Of A Ninja Mama

2 thoughts on “New Chapter: The Little Secret Of A Ninja Mama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge