Assalamualaikum 🙂
Alhamdulillah hujung minggu kali ni dimanfaatkan secara lebih berfaedah. Masa hari Jumaat malamnya tu saya tanya suami dia ada apa-apa program ke hari Sabtu. Dia kata dia free. So secara spontan saya cadangkan pergi berjoging dekat Setia Eco Hill Park Semenyih ni. Ramai orang beriadah kat sini. Tempat tu pun macam best. Suami pernah pergi bawa anak-anak. Saya je yang tak pernah pergi. Jadi pagi Sabtu semalam kitorang pun pergi. Tu pun matahari dah naik. 8.50 pagi baru keluar rumah. Kelam-kabut juga lah. Nasib baiklah dekat sangat je kan. Sampai kat sana wahhh memang best pun rupanya! 😀
Kitorang ni jarang-jarang outing. Jadi seronok lah anak-anak kan dapat keluar main. Kitorang terus start joging 4 beranak. Takde lah joging sangat pun sebenarnya. Sekejap jalan, sekejap lari, sekejap berhenti tengok sana-sini. Tapi tu lah lupa nak ambil gambar tempat tu! Memang cantik dan best. Saya teringat nak ambil gambar masa mula-mula jogging je. Ihsan kayuh basikal sambil suami tolakkan. Aisyah lari dengan saya. Cuaca memang cantik dan cerah. Masih belum panas sangat masa tu. Dapat lah serap saki-baki vitamin D. Kalau dah lewat sangat tu terserap pula vitamin H iaitu vitamin Hitam. Tak nak lah kan hihi 😀 Memang suasana sesuai sangat untuk beriadah. Ramai orang lain juga yang kebanyakan family beriadah kat situ.

Aktiviti beriadah bersama keluarga, exercise bersama keluarga, aktiviti membakar lemak, beriada di Setia Eco Hill Park Semenyih, Tesco Semenyih, Tesco Taman Pelangi Semenyih, Petronas Pelangi Semenyih, highway LEKAS, vitamin D, aktiviti riadah, jogging di Setia Eco Hill Park Semenyih, Pekan Semenyih, kayuh basikal, alat senaman skywalker, cepat kurus, ada banyak kemudahan beriadah, Lepas exercise badan rasa ringan je memang macam jalan atas awan, ada jogging trail, tempat rehat, playground, cycling trail, taman, nak beraktiviti, anak-anak dapat main macam-macam, dapat keluarkan peluh, badan pun rasa sedap sebab lelemak dibadan dah longgar, Fikiran pun lapang dapat tengok pemandangan dan release stress, Saya cadangkan kepada kawan-kawan kalau nak turunkan berat badan boleh amalkan set pelangsingan Cinch Shaklee sambil-sambil beriadah selalu

Setia Eco Hill Semenyih ni sebenarnya kawasan perumahan ataupun township baru yang tengah rancak dalam pembinaan. Lokasinya di seberang jalan berhadapan dengan Tesco Pelangi Semenyih dan Petronas Pelangi Semenyih. Besar juga kawasan ni. Ada kawasan perumahan, bangunan lot kedai dan serentak dengan tu ada juga pembinaan jalan raya ataupun lebuh raya yang dijangka siap tahun 2016. Enjoy lah anak-anak dapat tengok banyak lori besar daripada atas bukit. Lebuh raya ataupun highway ni katanya akan bersambung dengan highway LEKAS. Jadi takde lah jem sangat di Pekan Semenyih tu. Yelah perumahan dah makin banyak tapi jalan ke sini itu je lah kena lalu jalan kat Pekan Semenyih tu. Takde jalan lain dah.
Di Setia Eco Hill Park tu ada banyak lah kemudahan untuk beriadah. Ada alat senaman macam skywalker. Seronok betul saya cuba alat ni. Lepas exercise badan rasa ringan je memang macam jalan atas awan. Sesuai dengan namanya hihi 😀 Ada banyak lagi alat-alat lain tapi saya lupa apa nama. Selain tu ada jogging trail, tempat rehat, playground, cycling trail dan banyak lagi. Kemudahan alatan yang ada tu tak lah macam di taman biasa jadi memang best lah nak beraktiviti. Tempatnya pun well-maintained dan harapnya akan terus diselenggara dengan baik. Memang seronok lah anak-anak dapat main macam-macam. Bila beriadah macam ni dapat keluarkan peluh, badan pun rasa sedap sebab lelemak dibadan dah longgar. Fikiran pun lapang dapat tengok pemandangan dan release stress! Saya cadangkan kepada kawan-kawan kalau nak turunkan berat badan boleh amalkan set pelangsingan Cinch Shaklee sambil-sambil beriadah selalu. InsyaAllah cepat kurus 🙂
Lebih kurang pukul 9.45 pagi kitorang pun balik. Sebab anak-anak pun dah letih dan lapar! Sebelum keluar tu breakfast simple je. Kitorang singgah breakfast roti telur di kedai. Alamak dah penat-penat bakar lemak, ganti pula lemak lain hihihi 😛 Lepas tu singgah kedai runcit beli barang-barang basah sikit sebelum balik rumah dan teruskan dengan kerja-kerja di rumah pula. Sempatlah berkebun dan kemas laman sebelum masak. Dah makan, lepas Zohor semua orang berehat kepenatan. Alhamdulillah Saturday morning spent well. Sepatutnya aktiviti riadah sekeluarga macam ni elok diamalkan selalu. Selain menyihatkan dapat meluangkan masa dengan anak-anak. Tak semestinya perlu berbelanja mahal atau berjalan jauh untuk gembirakan keluarga. Asalkan buat aktiviti bersama-sama dan semua orang happy pun dah cukup baik! Setuju tak? 😀 
Hubungi saya untuk pembelian produk Shaklee dan daftar jadi ahli Shaklee

Pengedar Shaklee Semenyih, Kajang, Rinching, Selangor:
Hazrina Nasir [951651]
Call/ SMS/ Whatapp: 0192692301
Email: blossomwidad@yahoo.com

Untuk setiap pembelian anda layak mendapat konsultasi percuma daripada saya.
Aktiviti Beriadah Membakar Lemak Bersama Keluarga Di Setia Eco Hill Semenyih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge