Apakah Vitamin? 

Sebelum tu kita kena faham apakah vitamin ni? Vitamin adalah makanan tambahan ataupun suppplement yang dicipta untuk membekalkan zat dan nutrien tertentu yang penting untuk tubuh badan. Daripada perkataan ‘supplement’ tu sendiri yang bermaksud melengkapkan ataupun menyokong, maknanya vitamin berfungsi untuk mengisi kelompongan zat dan nutrien daripada pemakanan ataupun diet harian. Ataupun dengan ayat mudahnya, makanan yang kita makan tiap-tiap hari belum tentu lagi berjaya mencukupi jumlah vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan setiap hari. Contoh paling mudah:

  • Tak semua orang makan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari. Sedangkan salah satu amalan untuk kekalkan kesihatan ialah kita perlu pastikan kita makan 3-5 jenis buah dan sayur setiap hari
  • Setiap kali kita makan, makanan dalam pinggan perlu mempunyai 7 warna makanan yang terdiri daripada pelbagai jenis makanan. 7 warna banyak tu! 

Bila Perlu Makan Vitamin?

Masa bila nak makan vitamin ni? Vitamin bukanlah ubat. Ramai yang salah faham dan fikir vitamin dan ubat ni adalah benda yang sama. Tapi sebenarnya tak walaupun masing-masing ada persamaan iaitu untuk memperbaiki kesihatan. Tak macam ubat, vitamin boleh diambil ikut keselesaan. Tapi masih perlukan bimbingan cara pengambilan yang betul supaya vitamin boleh bertindak dengan lebih berkesan dan memberi banyak manfaat secara optimum dalam badan. Vitamin dimakan pada masa sihat dengan tujuan untuk memelihara kesihatan keseluruhan secara optimum dan menguatkan sistem imun, Sistem imun yang kuat membantu mengelakkan dan mencegah jangkitan penyakit. Vitamin juga dimakan ketika kita sakit untuk mempercepatkan proses pemulihan tubuh badan.

Bila Perlu Makan Ubat?

Tak macam vitamin, ubat perlu diambil pada masa tertentu yang diperlukan saja dan mesti diambil atas nasihat mereka yang pakar seperti doktor. Ubat diambil bila kita dah jatuh sakit. Jadi ubat adalah sangat perlu untuk mencegah, mendiagnos dan merawat penyakit! Janganlah bila dah sakit tak nak makan ubat pula dan nak makan vitamin saja. Walau bagaimanapun, vitamin boleh dimakan walaupun tengah sakit. Disamping makan ubat mengikut arahan doktor, vitamin juga boleh dimakan dengan cara menjarakkan sikit masa. Tujuannya supaya badan boleh dapat zat dan nutrien penting yang dapat membantu mempercepatkan proses pemulihan badan untuk lawan penyakit. Bila dah sihat bolehlah berhenti makan ubat dan teruskan maintain kesihatan yang baik dengan memakan vitamin dan amalkan gaya hidup sihat.

Melabur Untuk Kesihatan

Tak rugi melabur sikit untuk kesihatan jangka masa panjang dengan membeli vitamin tertentu. Contohnya kalau badan sihat, amalkan mulivitamin Vita-Lea Iron Formula pun dah cukup sebab dalam tu dah ada semua nutrien penting diperlukan badan. Kesihatan tu satu nikmat! Sangat mahal nikmatnya tak boleh dijual beli! Bila kita sihat insyaAllah hidup lebih gembira dan bahagia. Jadi rasanya lebih berbaloi kita pelihara kesihatan berbanding terpaksa berbelanja banyak untuk mengubati penyakit dikemudian hari. Mencegah lebih baik daripada mengubati! Setuju tak? ­čśÇ
Hubungi saya  untuk pembelian produk Shaklee dan daftar jadi ahli Shaklee:

Pengedar Shaklee Semenyih, Kajang, Rinching, Selangor:
Hazrina Nasir [951651]
Call/ SMS/ Whatsapp: 0192692301
Email: blossomwidad@yahoo.com

Untuk setiap pembelian anda layak mendapat konsultasi percuma daripada saya.
Bila Perlu Makan Vitamin Dan Ubat?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge