Makanan Berkhasiat Membantu Proses Penyembuhan Penyakit

Masih lagi berkaitan anak yang tak sihat. Bila anak tak sihat adalah common kalau diorang hilang selera makan dan tak nak makan. Kadang-kadang tu memang buntu dan risau sebab umpan macam-macam tapi tak berjaya juga menambat hati anak. Lagi tak best kalau anak muntah-muntah. Dah lah nak memujuk makan 1 hal. Dah berjaya bagi makan sekali muntah pula! Frust tu tak payah cakap lah. Habis keluar semua isi perut. Sebenarnya sangat penting untuk pastikan badan tetap dapat nutrien penting walaupun tak sihat. Sebab vitamin dan mineral ni lah yang bertindak memastikan organ badan dapat berfungsi dengan baik. Bila semua fungsi berjalan lancar baru lah proses melawan jangkitan penyakit dapat berjalan dengan lebih berkesan.

Tips Daripada Doktor

Beberapa tahun lepas masa anak saya tak sihat saya pernah tanya doktor macam mana nak buat kalau anak tak nak makan? Doktor kata tak makan takpe, tapi yang penting dia nak minum dan pastikan dia tak dehydration. Dia nak air apa pun bagi je. Jus ke apa ke yang dia suka. Sebab dalam air tu pun ada juga zat dan mineral. Kalau dia nak minum susu saja pun dah bagus sangat dah. Walaupun dia cirit-birit tapi yang penting bendalir badan yang hilang tu diganti balik dengan air yang dia minum, So saya pun beli lah macam2 jenis air. Daripada air kotak sampai lah ke air tin berjenis-jenis. Punya lah nak mengenal pasti air yang sesuai dengan selera dia tu. Bila dapat tau mana yang dia suka saya pun beli lah banyak-banyak lagi. Bila anak tak lalu makan ni selalunya saya tak strict sangat sebab prinsip saya anak mesti makan sesuatu. So saya akan offer makanan-makanan larangan (saya jarang-jarang bagi) chocolate, jelly, chocolate chip biscuit sebab makanan-makanan tu somehow memberi tenaga kepada anak.

Bubur Makanan Orang Sakit Demam, Batuk, Selsema Dan Sakit Tekak

Anyway sebenarnya hari ni saya nak share resepi bubur daging yang saya masak hari tu untuk anak saya. Masa tu fikir punya fikir apa lah nak masak ni sebab tekak dia masih sakit teruk. Tetiba terfikir bubur daging. Macam biasa lah Google kan ada 😀 Ada beberapa versi resepi ni. Saya refer resepi bubur daging daripada blog Sinar Kehidupanku dan blog Masam Manis. Asalnya resepi ni daripada chef Hanieliza. Kemudiannya saya pun masak ikut kesesuaian selera sendiri. Yang bestnya makan bubur masa tak sihat ni senang sebab tak payah kunyah, cepat kenyang, jimat masa, menyihatkan sebab tak berminyak dan berkhasiat. 

Resepi Bubur Daging

Resepi bubur daging untuk orang sakit, resepi bubur untuk anak demam, resepi bubur untk anak sakit tekak, anak tak sihat, anak tak nak makan, anak hilang selera makan, Tips Daripada Doktor untuk elakkan dehydration, tanya doktor macam mana nak buat kalau anak tak nak makan, nak minum, pastikan dia tak dehydrated, anak cirit-birit, anak muntah, Makanan Orang Sakit, tak payah kunyah, cepat kenyang, jimat masa, menyihatkan, tak berminyak dan berkhasiat, memang sedap, Daging lembut, memanaskan badan, buang angin dalam badan, ibu boleh cuba resepi bubur daging ni kalau ada ahli keluarga tak sihat, senang masak, lebur semua dalam rice cooker,sibuk dan penat menjaga anak-anak sakit tapi masih boleh bagi homemade food yang berkhasiat cooked with lots of love

Bahan-Bahan:
2 biji awang merah kecil ditumbuk kasar
5 ulas bawang putih ditumbuk kasar
2 sudu kecil serbuk rempah sup
2 cm halia dihiris halus
250 gram daging dipotong kecil
2 cawan beras dibasuh
1 batang lobak merah dihiris
1 biji kentang dipotong dadu
4 cawan air
1 cawan santan/ susu penuh krim
2 batang serai diketuk
10 biji lada hitam ditumbuk kasar (optional)
2 kiub pati ayam/ pati ikan bilis (optional)
Garam secukup rasa
2 tangkai daun sup dihiris
2 tangkai daun bawang dihiris
Bawang goreng
Cara Masakan:
1. Basuh beras dan toskan dalam penapis.
2. Tuangkan 2 sudu minyak dalam rice cooker dan biarkan panas.
3. Tumis bawang merah kecil, bawang putih, rempah sup, halia dan serai. Biarkan kekuningan dan berbau wangi.
4. Masukkan daging dan goreng sebentar.
5. Masukkan beras, air, santan. Kacau dan tutup rice cooker biarkan masak.
6. Bila separuh masak, masukkan kentang dan lobak merah. Kacau dan biarkan masak.
7. Masukkan garam secukup rasa bila dah masak.
8. Boleh hidangkang dengan taburan daun sup, daun bawang dan bawang goreng.
Alhamdulillah memang sedap dan anak-anak makan lajuuu je! Daging pun lembut dan bubur ni memanaskan badan dan buang angin dalam badan. Saya tak letak lada hitam dan kiub perasa sebab takut anak tak nak makan pula. Untuk anak-anak saya tak letak pun taburan dedaun dan bawang goreng. Plain saja sebab selera diorang masih belum okay.
Okay ibu-ibu sekalian boleh cuba resepi bubur daging ni kalau ada ahli keluarga tak sihat. Nak masak pun senang main lebur je semua dalam rice cooker. Walaupun sibuk dan penat menjaga anak-anak sakit tapi masih boleh bagi homemade food yang berkhasiat cooked with lots of love!
Selamat mencuba! 😀
Hubungi saya untuk pembelian produk Shaklee dan daftar jadi ahli Shaklee

Pengedar Shaklee Semenyih, Kajang, Rinching, Selangor:
Hazrina Nasir [951651]
Call/ SMS/ Whatsapp: 0192692301
Email: blossomwidad@yahoo.com

Untuk setiap pembelian anda layak mendapat konsultasi percuma daripada saya.
Resepi Bubur Daging Best Untuk Orang Sakit, Anak Demam Dan Sakit Tekak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge