Bila Anak-Anak Demam, Batuk, Selsema Dan Sakit Tekak

Alhamdulillah cuaca cerah hari ni walaupun pagi tadi hujan agak lebat. Boleh lah kain-kain dijemuran tu kering dengan cepat. Malam nanti boleh terus lipat. Kebelakangan ni perubahan cuaca agak mendadak dan extreme. Kerap betul hujan. Tapi bila hari cerah, rasa panas membahang lah pula. Perubahan cuaca mendadak daripada sejuk ke panas dan panas ke sejuk membuatkan persekitaran kita jadi medium yang sangat baik untuk bakteria dan virus membiak dengan cepat. Saya memang suka hari hujan 😀 Tapi bila cuaca berubah-ubah cepat sangat ni memang sangat mudah nak kena demam, batuk, selsema dan sakit tekak. Budak-budak lah paling mudah infected.
Bila Anak-Anak Demam, Batuk, Selsema, Sakit Tekak, persekitaran baik untuk bakteria dan virus membiak,  food poisoning, viral infection, demam on off, batuk tak berhenti, selsema, muntah dan ada sikit cirit-birit, badan develope sistem imun sendiri,  makan ubat supaya cepat sihat, 6 Cara Tingkatkan Sistem Imun Anak Untuk Cepatkan Penyembuhan, anak sakit bawa jumpa doktor untuk dapatkan ubat-ubatan, bagi antibiotik, ubat adalah penting untuk menyembuhkan penyakit, Diet Sihat, makanan kaya vitamin, zat dan mineral,  Tingkatkan Mikroorganisma Sihat Dalam Perut, minum minuman berkultur, mengandungi Lactobacillus, Kurangkan Stress Dan Kerisauan Anak, hormon serotonin, Love is the best therapy, Pastikan Anak Dapat Tidur Yang Cukup, banyak rehat, antibodi, Herba, Supplement, bagi anak makan Vitamin C, minyak ikan Omega Guard dan protein Meal Shakes
Sebenarnya sepanjang Oktober ni kami anak-beranak lepas sorang-sorang bergilir-gilir tak sihat. 2 minggu lepas episode food poisoning. Mungkin sebab makan di luar. Cuaca tak menentu ni buatkan makanan cepat rosak kalau tak handle dengan baik. Sekarang ni kami bergilir-gilir pula kena viral infection. Saya dan suami tak lah teruk sangat. Tapi kena makan ubat juga lah sebab dah sampai tahap tak boleh nak function. Anak perempuan saya sekarang dah ok. Ni tinggal anak lelaki saya pula masih demam on off, batuk tak berhenti, selsema, muntah dan ada sikit cirit-birit. Kerja saya sepanjang minggu ni asyik tukar dan basuh cadar. Anak lelaki saya tu dah la memang sedia kurus. Bila tak sihat macam ni makin kerempeng jadinya 🙁
Anak-anak saya Alhamdulillah jarang-jarang sakit. Tapi sesekali terkena teruk juga. Sakit sikit-sikit demam, batuk, selsema semua tu somehow bagus juga sebab badan anak akan belajar untuk develope sistem imun sendiri. Tapi kena lah berjaga-jaga dan makan ubat supaya tak makin teruk dan memudaratkan anak pula. Tak boleh biar je! Bila anak tak sihat ni memang susah hati. Sayu je tengok muka masing-masing. Mula lah teringat dan rasa bersalah bila teringat diorang kena marah sebab buat salah huwaaa! Ops tapi bila tak sihat ni pun kadang-kadang kena marah juga. Marah kalau taknak makan ubat. Kalau tak paksa memang dia tak nak makan. Kena makan ubat supaya cepat sihat hihi! 😀
Bila Anak-Anak Demam, Batuk, Selsema, Sakit Tekak, persekitaran baik untuk bakteria dan virus membiak,  food poisoning, viral infection, demam on off, batuk tak berhenti, selsema, muntah dan ada sikit cirit-birit, badan develope sistem imun sendiri,  makan ubat supaya cepat sihat, 6 Cara Tingkatkan Sistem Imun Anak Untuk Cepatkan Penyembuhan, anak sakit bawa jumpa doktor untuk dapatkan ubat-ubatan, bagi antibiotik, ubat adalah penting untuk menyembuhkan penyakit, Diet Sihat, makanan kaya vitamin, zat dan mineral,  Tingkatkan Mikroorganisma Sihat Dalam Perut, minum minuman berkultur, mengandungi Lactobacillus, Kurangkan Stress Dan Kerisauan Anak, hormon serotonin, Love is the best therapy, Pastikan Anak Dapat Tidur Yang Cukup, banyak rehat, antibodi, Herba, Supplement, bagi anak makan Vitamin C, minyak ikan Omega Guard dan protein Meal Shakes

6 Cara Tingkatkan Sistem Imun Anak

Pada pendapat peribadi saya, bila anak sakit memang saya akan bawa jumpa doktor untuk dapatkan ubat-ubatan yang sepatutnya. Selalunya bila dah demam doktor akan bagi antibiotik dan ubat-ubat lain untuk demam, batuk, selsema dan sakit tekak. I’m not against drugs tapi biarlah diambil dengan nasihat dan bimbingan orang yang pakar. Sebab ubat adalah penting untuk menyembuhkan penyakit. Tapi dalam masa sama saya berusaha juga guna kaedah alternatif macam kaedah semulajadi untuk tingkatkan sistem imun anak supaya sakit diorang tak melarat dan boleh cepat sembuh macam biasa. 

Saya nak kongsikan 6 cara untuk bantu tingkatkan sistem imun anak untuk melawan penyakit:

1. Diet Yang Sihat
Selalunya bila sakit anak tak lalu makan. Jadi saya akan cuba bagi makanan yang dia suka dan dalam masa sama kaya dengan vitamin, zat dan mineral. Contohnya anak saya suka buah oren, pisang, epal. Saya cuba juga masukkan sayur dalam masakan. Saya elakkan masak makanan berminyak sebab boleh buatkan batuk lagi teruk. Selalunya saya masak yang simple, sedap dan yang penting anak senang nak makan. Contohnya sup dan bubur. Hirup je tak payah kunyah dah masuk perut. Kita pun tak payah nak bergaduh sangat dengan anak. Tau je lah kalau tak sihat tu mengunyah pun lama sangat.
2. Tingkatkan Mikroorganisma Sihat Dalam Perut
Bila tak sihat, anak-anak tak lalu makan lepas tu mula lah perut pun buat hal. Anak saya akan cirit mungkin sebab perut dah masuk angin dan asid terkumpul. Kesan tindak balas kuman daripada bakteria dan virus yang menjangkiti tu pun boleh jejaskan flora dan fauna perut. Jadi saya akan bagi anak minum minuman berkultur macam Yakult ataupun Vitagen yang mengandungi Lactobacillus.
3. Kurangkan Stress Dan Kerisauan Anak
Saya bagi anak peluang buat dan menikmati perkara yang dia suka supaya dia dapat rasa happy! Contohnya bacakan buku cerita kegemaran dan bagi dia tengok video kartun kegemaran. Bila happy lebih banyak hormon serotonin dicetuskan yang secara tak langsung mempercepatkan proses pemulihan dan menguatkan sistem imun dalam badan. Elakkan marah anak walaupun dia merengek, menangis, menjerit dan sebagainya. Waktu ni memang kena banyak sabar walaupun kita sendiri letih menjaga diorang. Kalau saya memang tak boleh istighfar! 😀 Tunjukkan kasih-sayang supaya anak rasa selamat, selesa and relax. Love is the best therapy!
4. Pastikan Anak Dapat Tidur Yang Cukup
Saya galakkan anak tidur lebih banyak daripada biasa. Kadang-kadang bila sakit lagi susah nak tidur. Contohnya malam tadi semalaman dia batuk tak berhenti! Mama pun tak dapat tidur sebab menjaga dia. Jadi bila waktu siang dia dah kurang batuk, saya biarkan dia banyak berbaring. Saya sediakan tempat untuk dia baring depan tv dan dalam bilik so that kalau dia terlena terus saya tak perlu ganggu dan kejutkan dia. Badan yang tak sihat perlukan banyak rehat! Saya pasang juga bacaan Al-Quran guna tab. Supaya minda dan emosi dia tenang.
5. Ingat, Demam Adalah Tanda Tubuh Sedang Berperang Dengan Kuman!
Bila anak demam kadang-kadang kita risau sangat. Tapi tu sebenarnya a very good sign yang menunjukkan sistem imun tubuh anak kita sedang berfungsi dengan baik untuk melawan jangkitan penyakit. Pertarungan hebat gitu antara antibodi dalam badan dengan virus dan bakteria. Tapi tak bermakna kita boleh ambil tak endah. Kena monitor lah keadaan anak. Jangan biarkan panas terlampau dan berlarutan sebab boleh memudaratkan lagi keadaan dan itu juga mungkin tanda-tanda penyakit yang lebih serius, yang perlu diambil perhatian.
6. Herba Dan Supplement
Makanan tambahan macam vitamin dan supplement boleh membantu mempercepatkan proses pemulihan tubuh. Saya bagi anak saya makan Vitamin C, minyak ikan Omega Guard dan protein Meal Shakes. Selain tu saya bagi juga madu dan kismis disamping hidangan makanan yang kaya zat dan menyihatkan. Zat mineral dan vitamin adalah sangat penting untuk pemulihan sel-sel dalam tubuh. Bila sel sihat barulah kuat nak menentang kuman yang menyerang.
Hubungi saya untuk pembelian produk Shaklee dan daftar jadi ahli Shaklee:

Pengedar Shaklee Semenyih, Kajang, Rinching, Selangor
Hazrina Nasir [951651]
Call/ SMS/ Whatsapp: 0192692301
Email: blossomwidad@yahoo.com

Untuk setiap pembelian anda layak mendapat konsultasi percuma daripada saya.

Bila Anak Demam, Batuk, Selsema, 6 Cara Tingkatkan Sistem Imun Untuk Cepatkan Penyembuhan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge