Kesan Kenaikan 20 Sen Harga Minyak Petrol RON95 Dan Diesel

Minggu lepas harga minyak petrol RON95 dan disel naik lagi 20 sen. Rata-rata masih ramai orang dok rancak bincang isu harga minyak lagi 20 sen ni. Dalam Facebook, dalam Whatsapp, di kedai kopi dan di rumah-rumah. Nilai 20 sen mungkin sikit saja. Kalau 20 sen terjatuh dalam longkang berair busuk, mungkin tak kisah pun nak ambil. Sebab 20 sen je. Tak terkesan pun! Tapi yeke? Kalau tak takkan lah ramai yang risau dan mengeluh dengan kesan yang bakal dihadapi nanti? Pelan-pelan kita dah boleh nampak sikit-sikit kesan kenaikan harga minyak ni. Orang berpendapatan tinggi mungkin tak kisah, tapi yang terasa mestilah kebanyakan rakyat berpendapatan rendah.


Kesan Kenaikan 20 Sen Harga Minyak Petrol RON95 Dan Diesel, bincang isu harga minyak lagi 20 sen Orang berpendapatan tinggi, kebanyakan rakyat berpendapatan rendah, orang yang paling terkesan selalu travel, yuran bas sekolah bakal dinaikkan, harga makanannaik, harga barang bukan makanan naik, kos ulang-alik nak dapatkan bekalan makanan, mesen-mesen guna minyak, sikap kebanyakan peniaga ambil kesempatan nak untung lebih berlipat ganda, naikkan harga kos bahan mentah, pengawalan harga barangan, Fokus Kepada Penyelesaian, Hidup sentiasa berjimat-cermat, masih cukup makan pakai, tempat tinggal, Count your blessings not your problems,  bisnes Shaklee, cost of living di Malaysia tinggi, memberi yang terbaik untuk anak-anak, push factor, surirumah, We have options to choose, Whether to focus on solutions or problems, bantu ringankan beban suami

Rasanya orang yang paling terkesan direct dengan kenaikan harga minyak ni antaranya mestilah orang yang selalu travel sana-sini. Termasuklah suami saya. Keja dia banyak kena set dan attend appointment serata Selangor ni. Belum kira lagi kos makan, minum, service kereta dan lain-lain yang berkaitan. Selain tu, kesan secara tak langsung pula, dah ada dah mak bapak yang dapat surat kata yuran bas sekolah bakal dinaikkan, harga makanan makin naik, harga barang bukan makanan pun naik juga. Yelah kos ulang-alik nak dapatkan bekalan makanan kena guna pengangkutan juga dan of course lah minyak. Kos nak proses makanan pula guna mesen-mesen pun guna minyak juga ye tak?
Saya tak nak ulas panjang pasal kesan kenaikan harga minyak. Sebab saya bukanlah pakar bab ni. Ada yang kata kenaikan harga minyak petrol RON95 dan diesel 20 sen tu tak menjejaskan dan tak bagi kesan pada harga barangan. Jadi mungkin juga sikap kebanyakan peniaga yang ambil kesempatan nak untung lebih berlipat ganda ni yang pakat naikkan harga kos bahan mentah. Jadi secara tak langsung harga barangan akan naik. Which is saya sangat percaya memang perkara ni berlaku. Mungkin banyak kelemahan daripada segi pengawalan harga barangan. Penguatkuasaan yang tak menyeluruh oleh pihak berwajib mungkin?

Fokus Kepada Penyelesaian

Saya biarkan anda rujuk mereka yang pakar ataupun buat analisis sendiri. Saya tak mahu cakap lebih-lebih. Sejujurnya kami tak berapa fokus tentang kenaikan 20 sen harga minyak ni. Bukanlah tak terkesan, Macam saya cakap tadi suami saya nature of work dia kena banyak on the road. Kami ni biasa-biasa je. Hidup sentiasa berjimat-cermat dan Alhamdulillah hidup masih cukup makan pakai dan tempat tinggal. Tapi nak bermewah-mewah tu jauh sekali. Tapi mungkin sebab kami sedar yang isu minyak ni adalah diluar kawalan kami. Kami bising-bising, kami stress, kami sakit hati atau marah sekalipun, kami tak mampu nak ubah perkara ini daripada terjadi. Mungkin kami ni jenis redha? Terlebih positif? Terlalu bersyukur dengan apa yang ada? Count your blessings not your problems gittew hihihi ๐Ÿ˜€
Apa-apa pun, sedari awal saya sedar pentingnya saya ‘buat sesuatu’ once dah balik Malaysia memandangkan pada pendapat saya cost of living di Malaysia terutamanya di bandar-bandar berdekatan KL adalah agak tinggi. Kesedaran ni timbul sejak daripada sebelum kami back for good ke Malaysia lagi. Bila anak bertambah sorang lagi, terus saya terjebak dalam bisnes Shaklee. Sekarang ni anak-anak makin membesar. Dalam nak memberi yang terbaik untuk anak-anak, sangat banyak perkara ataupun isu lain yang perlu ambil kira. Antaranya bayaran terapi berterusan untuk anak istimewa saya yang menghidap Autisme. Kemudahan untuk anak Autisme tak banyak dan yang ada pun sangat tak murah tau!
Jadi… bukan hanya sebab 20 sen tu, tapi ada baanyak lagi sebab utama yang jadi push factor untuk saya terus gigih berusaha menjadi surirumah berkerjaya daripada rumah yang kaya dan berjaya. We have options to choose. Whether to focus on solutions or problems. I choose to focus my energies on things that I can control, the solutions! Saya berazam untuk jadi lebih kuat berusaha dan berjaya dengan bisnes Shaklee saya ni. Seronok pun seronok, dapat ramai kawan baru yang positif, dapat motivasi, dapat banyak ilmu, dapat tingkatkan kualiti diri daripada segi rohani dan jasmani dan dapat bantu ringankan beban suami. Saya tak mahu isu 20 sen membelenggu otak, fikiran, emosi dan mencuri ketenangan dan tenaga saya tapi akhirnya apa pun saya tak dapat melainkan yang negatif belaka…
Sekadar pendapat dan luahan peribadi diri sendiri.

Apa penyelesaian anda? ๐Ÿ™‚

Pengedar Shaklee Semenyih, Kajang, Rinching, Selangor:
Hazrina Nasir [951651]
Call/ SMS/ Whatsapp: 0192692301
Email: blossomwidad@yahoo.com
COD: Lokasi penghantaran adalah di Tesco Semenyih
20 Sen! Harga Minyak Petrol RON95, Diesel Naik Lagi!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge